Apr 30, 2011

~ oh! weekend ~


korang

saye penat..

siang tadi melepas segala rindu dendam terhadap Jalan TAR dan Sogo..
puas seharian menabung kat situ sorang-sorang..

kaki dah lenguh..
need some rest..

esok nak dating dengan Han pulak..
nak tawaf OU & the Curve..plus marathon movies.





tak sabar!

>_<


Apr 29, 2011

~fanpage@group B2B?~


holla!

selamat malam minggu..

nak tanya B2B yang cantik-cantik sekalian..

kalau saya buat fanpage atau group untuk B2B kat Facebook, 
korang sokong tak?

tujuannya, nak mengumpulkan semua B2B & ex-B2B blogger seantero Malaya..
mungkin ramai lagi yang kita taktaw kewujudannya..


apa pendapat cantik-cantik sekalian?

>_<




~blogshop adalah tempat saya menabung duit~

saya memang gila shopping.
lagi-lagi kalau online..


semalam saya order contact lense lagi..kat sini..
warna pink & grey..
ari tu dah beli kat alinacshoppe, ni nak cuba kat tempat lain pulak..
 
agak-agak cantik tak kalau saya pakai? 
ke macam hantu je ropenye?hee


orang ni pakai macam cantik je..hee

 dan tadi..saya menabung lagi untuk tabung Radiusite..

sekarang saya tengah giler inner neck cotton..
tak sampai 10minit diorang update, terus order..
kalau lambat confirm SOLD OUT.




dalam 2 minggu ni saya dah habis almost RM 200 beli inner neck..waa!!
tujuannya nak guna semula shawl yang bertimbun-timbun kat dalam almari tu..

kalau Han taw ni, konfirm kena bebel panjang..
 
camne nak elak dari menabung kat blogshop ni ye? meh ajar saya sket..

>_<

p/s: still jenguk-jenguk blog yang jual barang wedding.. 
boleh jadi next 'Tabung'..


~posto..posto..hadiah GA~


Morning! 
cantik tak? hee

akan dipos sekejap lagi untuk follower bertuah..

next GiveAway: follower ke 227..

p/s: suka no ni sebab tarikh besday saya.hehe.


>_<

Apr 28, 2011

~gaji dah masuk, weekend dah dekat~


gaji dah masuk.. yea!

semua hutang-hutang dah dibayar..alhamdulillah..
duit PTPTN je tak bayar lagi..tunggu duit komisen katenye..ngee

oh! banyak sales weekend ni..

Cik Roxy kata Padini buat sales 30 April- 2 May..




Cik Nora pulak kate ada sales kat Sogo..



kerinduan terhadap Jalan TAR dah membuak-buak..
source: Izzatul Haliqa
perlu susun aturcara sepanjang weekend ni..

mana satu nak terjah dulu..

yang penting Ahad dating..seronoknye! 

tak sabar nak weekend!!


>_<



~wedding yang luar biasa?~

Morning sayang-sayang..

pagi tadi dengar radio Era, ada topik best..
Wedding luar biasa..
bersempena dengan wedding Prince William & Kate esok..

ada pemanggil yang call,  kata nak bersanding dalam kapal terbang..

source: google

ada yang nak bersanding dalam air..

source: google


ada jugak yang nak bersanding dalam kapal selam..

source: google

topik pagi tadi membuat saya terfikir..
macam mana wedding luar biasa yang saya nak?

setelah berperah otak, saya nak wedding saya dipenuhi kucing-kucing comel!
mereka lah yang jd bridesmaid dan hulubalang saya..

macam yang kat bawah ni pun boleh  >_<

source: google

kalau saya nak buat macam ni, konfirm kena bebel dengan Han & Mak 5 hari 5 malam..hehe

so, sayang-sayang ada idea wedding yang pelik-pelik?
jom share dengan saya!

 mana taw kita boleh jadikan kenyataan.

 tak salah berangan..

>_<



Apr 27, 2011

~mini pelamin yang dah basi~


dah dekat dua bulan bertunang, baru nak citer pasal mini pelamin masa E-day ari tu..
ingatkan dah ada post pasal ni.. rupe-rupenya tak ada.
banyak sangat minum air semut ni... ngee

walaupun rasanya dah basi..tapi tetap nak share jugak.

inilah dia..

taraaa..

 
sebelum pasang lampu

lepas pasang lampu


hasil kerja tangan Mak tersayang bersama Abah..
gigih Abah ulang alik ke IM3 untuk kutip papan nak jadikan stage tu..
bertukang sampai gaduh-gaduh manja dengan Mak..hehe
 mekaseh Mak Abah!
simple je Mini Pelamin saya ni..
tapi saya puas hati sebab saya suka..


sayang-sayang suka tak?

>_<



~saya nak menang Samsung Galaxy Tab!~



meh klik kat sini

Just perlukan lebih kurang 600 orang je lagi nak ON kan deal ni..

moh klik ramai-ramai.


p/s: kalau ada rezeki, nak hadiahkan kat Han..dia mengidam sangat benda ni  >_<




~Love~

 Morning sayang-sayang..
tadi terjumpa satu quote ni..
so, nak share...

Love one another and you will be happy. 
It's as simple and as difficult as that.
'Michael Leunig'

Mendalam maksudnya.. 

>_<


p/s: hari ni dapat gaji..yea yea!!


Apr 26, 2011

~ehem..ehem.. 1 je lagi~



1 orang je lagi nak jadi 111 followers..

ade hadiah spesel ni untuk beliau..

siapakah beliau yang bertuah tu?

>_<

source: Mr Google



~3 benda comel dalam sirih junjung~

last week, masa tolong Mak saya (tolong nyibuk je..hehe) siapkan hiasan sirih junjung..
mata saya yang sepet ini terpandang 3 benda comel..
apakah?

jeng jeng jeng..






comel tak?

mula-mula tengok ingatkan biskut..haha
rupe-rupenye pinang, gambir & kapur..

apsal la comel btol ropenye?

ni first time tengok ni..
jakun giler rasa. .>_<

harga dia boleh tahan jugak.. satu set ni, dekat RM 20 jugakla..
tapi berbaloi bagi mencantikkan sirih junjung anda..


>_<




~erk? saya kena marah~


morning all!

tadi buka blog aliarosli, kena marah dengan dia..
adoi.. padan muka saya..ngee

kenapa? sebab tak tinggalkan jejak dan apa yang sepatutnya kat blog beliau..
sumpah tak taw yang selama ni, bloglist saya tak keluar kat profile..

adoila..
kalau beliau tak buat entri khas tu sampai 20 tahun akan datang pun tak taw..

thanks ye cik aliarosli yang menyedarkan saya.. hehe.

p/s: saya budak baru belajar.. kalau salah meh tunjukkan.. ^_^.



Apr 25, 2011

~ Contest Love Song ~


nak join contest!

di organize oleh Cik Strawberry..

mesti ramai yang ada love song sendiri kan?
as for me, saya & han ada 2 love songs..
nak letak dua-dua..tapi..
 syarat contest ni harus letak satu je..
kena ikut cakap organizer..nanti kena babab. ngee



lagu: Unintended
Artist: MUSE

lagu ni selalu mengingatkan saya camne kitorang berdua dari sekadar berkawan..
mula-mula tak suka..then jadi sayang tiba-tiba..

bila dengar lagu ni, dari marah kat dia terus sejuk hati..

>_<

p/s: saya tag semua orang untuk join.


~tolong..tolong!~


korang!
saya diserang satu penyakit akibat obses terhadap kucing..
tangan saya naik gatal-gatal..

oh tidak! 
dari satu, jadi dua.. pagi tadi bertambah jadi lima pulak..
tak taw la apa nama penyakit gatal-gatal ni.. makin teruk.
rope dia dah macam kawah kat bulan dah..adoi~~

ada gaya kawah kat bulan tak?

tangan ni dari takde parut, terus jadi banyak..
gatal gila pulak tu..

tolonglah penyakit, lari jauh-jauh..
tak sanggup nak tahan gatal-gatal ni dah..huhu

sesiape yg ada pengetahuan tentang ni, share dengan saya ye..

sharing is sexy !
pinjam dari Kina. >_<





Apr 24, 2011

~make up class..part1~


holla!

now nak share, about make up class yang saya pergi pagi tadi..
saya join kelas ni, lepas berjaya beli deal dalam Groupon..
RM50 untuk 3 sesi kelas..
boleh tengok deal tu kat sini..

pagi tadi adalah sesi yang pertama..

kitorang sampai around 9.40 pagi kat Empire Gallery, Subang..

misi mencari Malswisse.
yea! dah jumpa!

kelas ni ada 3 sesi, dan untuk sesi pertama ni, kitorang belajar pasal skin care..

nama cikgu yang ajar kitorang hari ni ialah Kak Safi..


ni pelajaran untuk sesi pertama.

sebelum & selepas kelas.


during class tu, ada sesi soal jawab..
siapa dapat jawab, dapat hadiah voucher 5 ringgit..

dan saya menang 3 voucher..yea!!
ni lah vouchernya.


sempat posing jap dalam kelas..
peace!

dalam toilet pun jadi.

all class & Kak Safi.

setelah 2 jam berguru dengan Kak Safi dan menghabiskan duit bershoping kat situ..
kitorang pun beredar nak cari tempat isi perut..

sambil tunggu lif pun sempat posing.

kitorang pun menuju ke Chillis..
first time ni makan kat situ..ni pun Karm tolong bayarkan..sayang ko Karm! ngee


ni lah apa yang kami makan.


bila dah kenyang, jalan-jalan jap dengan muka yang cantik..hehe
then balik kekenyangan..

saya sangat seronok hari ni!

yea!

>_<





~rombongan meminang~


hye alls..

semalam saya join rombongan meminang anak Mak Long saya..
best sangat!
kitorang konvoi lebih dari 10 buah kereta..
dapat bayangkan tak berapa ramai semuanya?

Dan yang menarik, Omey, Abang & Oyen, 3 ekor kucing adik saya tu pun ikut sekali..

>_<


ni antara peserta rombongan


jumlah hantaran tak pasti pulak berapa..lope nak kire..ngee..
yang hijau dari pihak laki & merah itam dari pihak perempuan..


walaupun majlisnya simple je, tapi sangat2 meriah..sebab ramai sangat orang..
thanks sebab layan kitorang dengan best ye Makcik Pakcik..


Orang yang dipinang..

Pakar perunding

After 2 jam bertandang kat situ, kitorang pun balik..
dengan perut penuh dan kepenatan..

Omey, Abang & Oyen pun penat sampai tertido..
Mana taknya, kena paksa dengan adik saya join rombongan ni dari Kuantan ke Jerantut..

overall, semuanya best!!
tahniah Abang Long & Kak Noni!

>_<


kami pun penat..

ops!. nak interframe gambar sendiri jugak..hehe





Apr 22, 2011

~jumaat datang lagi..yea!~

hye sayang-sayang..
its Friday!
everyone loves Friday..nyum nyum~

sayang-sayang dah ada plan untuk weekend?

as for me, I have millions of plan..
tapi of course lah tak mampu buat semua tu kan..

esok nak join rombongan meminang ke Felda Kemasul, Bentong..
anak Mak Long saya nak bertunang..

Ahad pulak ada kelas make up kat Malswisse, Empire Subang..
tak sabarnye!

 wah! sangat excited nak update pasal semua ni.
have a great Weekend ye sayang-sayang.. ^_^


p/s: hari ni pergi ofis, pakai inner scarf baru..muka tak nampak bulat da.. ^_^




Apr 21, 2011

~rambut yang boleh dimakan~


saya peminat setia Encik Rambutan!

thanks to tunang saya yang hensem tu sebab hantar rambutan ni untuk saya..
khas dari Gelung Pepuyu..
Nyum nyum..

jom makan rambutan sampai kembung perut!

^_^

~kad kahwin tema facebook~



 kad kawin Zed Zaidi & Natalia Mustapha Kamal

cute kan?

semoga bahagia ke anak cucu..

amin.. 

>_<

p/s: gambar pinjam dari Ardini Humaira..ngee

~I adore Heliza Hilmi~


Hye Sayangs..

Saya adore Heliza Hilmi sebab dia super cute!

tengok gambar di bawah.. comel melampau kan?




plus, saya sangat kagum dengan dia sebab dia sentiasa ingatkan peminat-peminat dia tentang solat kat Facebook..
dari Subuh sampailah ke Isyak dia tak jemu ajak orang solat..
dia selalu minta kita ingatkan Allah, rindukan Rasulullah, dan amalkan sunnahnya.. 




walaupun dia artis, dia sentiasa humble..
dan saya sangat kagum dengan semangat dan cita-cita dia!


untung siapa jadi suami dia nanti kan?
mesti Wedding dia secute orangnya nanti.

>_<

Apr 20, 2011

~Jom Join Bloglist Hackers~



kategori: Bloglist Gadis Pilihan Hackers

saya nak join bloglist ni..
sebab saya suka Upin Ipin dalam banner di atas.. 
aci tak? 

>_<

sape2 nak join, boleh klik kat sini..
blog ni best sebab ada info2 best kita boleh dapat..
sesuai dengan namanya..


~kalau nak banyak pelamin boleh?~

jalan-jalan kat blog Tepaksireh Bridal Boutique, terjumpa pelamin biru yang cantik ini..

simple dan cantik.

saya sangat suka!.

source: tepaksireh bridal boutique

~saving itu penting untuk jadi kaya~

selamat hari rabu semua..

hari ni saya sedikit semangat nak berkerja..puncanya? entahlah..ngee  >_<

erm..semalam saya gi Maybank dengan ofismate saya, Nurul. Kitorang gi masukkan duit saving dalam ASB. Akhirnya, bergerak jugak nombor kat buku ASB tu kan..sebelum ni sakit mata tengok RM20 je dalam akaun tu..padan muka saya..sapa suruh tak simpan banyak.. ngee..

masa kat bank tu, kena tegur dengan sales person, dia offer ASB Loan.. yang saya faham dengan benda alah ni, kita simpan duit dengan berkomitmen untuk dapat jumlah yang kita nak..contohnya, dalam 10 tahun lagi, kita nak duit kita ada 50k, so bula-bulan kena bayar 523 ringgit.. camtula.. yang best dengan benda ni, dia ada dividen.. kadang2 byk juga dividen dia.. bila dengar banyak dividend..mulalah hati terpikat.. mata duitan lah katakan.. haha..

sekarang tengah berfikir-fikir, nak buat ke tak nak.. saya nak gunakan saving ni untuk beli sebuah rumah besar satu hari nanti..takmo rumah kecik2..(demand giler..haha) atau pun guna untuk travel around Europe..tapi takut tak boleh seimbangkan dengan saving kawin je..adoi! banyaknye duit nak kena guna.

sekarang barulah realise duit tu sangat penting.. Dulu masa belajar, tau boros je..tak pandai nak saving kan..padan muka sendiri..kuikui..sejak dah kerja ni.. tiba-tiba rasa macam dah sangat dewasa, kena pikir saving untuk kawin, hari tua, deposit rumah, duit anak-anak, dan bla bla.. waa! sangat banyak!

korang dah banyak duit simpanan? mesti dah kan..pada yang belum tu, mohlah kita sedar bersama-sama yang saving ni 50x ganda penting untuk future kita.. nanti dah tiba waktu emergency, baru sibuk nak korek duit dalam bank, pinjam sana-sini.. tak best la nak tebal-tebalkan muka pinjam duit kat orang kan?..and yang tak patut, umur dah lebih 30 tahun pun minta pinjam kat mak ayah tiap-tiap bulan..sepatutnya, kita yang bagi duit kat mereka..bukan sebaliknya.. >_<

source: google

tadi google, jumpa tips untuk jadi kaya ni, jom kaya sama-sama!

tips untuk jadi orang paling kaya di dunia:
1) SAVE duit..
dalam bank okey.. bukan dalam poket ye.. bukan juga di kedai makan atau butik-butik kegemaran saya.. waaa! kena berkorban..

2) say NO to Credit Card..
oh saya sangat menginginkan benda alah ni satu ketika dahulu..tapi ada makhluk Allah pernah cakap pada saya, orang yang paling kaya kat dunia ni, ialah orang yang tak ada kad kredit..so, siapa nak jadi kaya?  >_<

3) Belanja ikut kemampuan..
Gaji 50 sen, ada hati nak pakai BMW kan..so, kita belanja based on apa yang kita mampu dan earn.. >_<

source: google
 
semua orang ada pandangan dan cara masing-masing untuk saving dan berbelanja kan?yang penting kita enjoy hidup kita dengan cara yang lebih bijak..<------ nasihat untuk diri sendiri ni..sebab saya sangat boros dan tidak tahu menyimpan..ngee..

till then..have a nice Wednesday you all..

p/s: ofismates saya kata, nak banyak duit, buat sales banyak-banyak.. >_<

Apr 19, 2011

~rambut sama hitam, minat lain-lain~

hurm.. agak tensi sedikit malam ni..

saya taw saya nak kawin lambat sangat lagi, mungkin hujung tahun depan, mungkin juga tahun 2013, (sebab nak tarikh 3.3.13)..bila saya tulis post pasal kawin2 ni, orang akan kata, kan lambat lagi nak kawin..tempoh tunang kan 2 tahun.. dan bla bla bla..

haih.. memang minat saya ke arah tu..nak buat macam mana..once dah jadi tunang orang, secara autonye, fikiran tu dah terfikir wedding yang kita nak macam mana..nak taw & ikut trend..kumpul suggestion orang yang dah banyak pengalaman.. takkan lah 2bulan sebelum majlis baru sibuk nak survey sana sini..saya bukan jenis yang suka buat event tanpa plan..i want a PERFECT wedding.

setiap orang menulis ikut minat masing-masing..untuk saya, I really adore WEDDING.. and saya sangat excited nak enjoy momento yang ada dalam menghasilkan event terbesar dalam hidup ni..

salah ke saya terlebih excited dalam hal2 kawin ni??

rambut kita sama hitam, tapi hati & minat kita lain-lain ok.. respect minat orang walaupun kita tak suka..then people akan respect minat korang juga..

nak tido da.. sok nak bangun sahur..

nitezzz~~

~pelamin angan~

source: Zaifie Zainal
sejujurnya, saya tak pernah tengok pelamin sudut macam ni.. 
dan memang sangat5 cantik+gorgeous+meletup!..

Design by Zaifie Zainal memang superb.. 

Han, ling nak pelamin kita nanti macam ni, okey?

>_<