Showing posts with label Wedding preps. Show all posts
Showing posts with label Wedding preps. Show all posts

Nov 4, 2012

6 hari!!


Assalamualaikum...

Sorry sangat-sangat sebab dah lama tak update..

Sangat banyak kerja nak dibuat last minute ni..

Badan dah tak sihat since kelmarin sebab banyak sangat berkerja..

And baju wedding saya belum siap! tapi saya tetap cool..
Jangan marah-marah, nanti tailor rosakkan baju kita.. haha

Got hundreds doorgift tak berbungkus lagi...
Phewww sangat banyak..

Mostly untuk wedding adalah DIY by my mom..pelamin, hantaran...so tak sabar nak shre dengan semua orang! hehe

Nanti lepas wedding insyaAllah akan update sejaya-jayanya sebab ada masa jadi penganggur..haha

Wish me luck & doakan segalanya berjalan lancar dan cuaca baik buat majlis kami..Amin

Muahx!!


Oct 8, 2012

Teaser: wedding shoes


Finally!

Setelah berbulan mencari, akhirnya jumpa kasut yang berkenan di hati dan yang penting murah. hehe.



nampak tak kasut saya?ngee.

p/s: 33 days to go!!


Oct 2, 2012

Mengecat Bilik Pengantin


Last weekend digunakan sebaik-baiknya untuk kemas rumah dan setelkan apa yang patut..

Sebab dah lama tak balik dan nak jimat duit perjalanan, so kena bertungkus lumus tolong mak abah selesaikan apa yang boleh termasuklah mengecat bilik saya!

Sabtu lepas, after balik dari ikut Mak pergi aerobic kat Taman Gelora, terus tukar uniform dan menjadi buruh kasar.. hehe

warna asal adalah purple.
seronoknya dapat cat bilik kaler pink!

Setelah hampir  4 jam berhempas pulas..

Hasilnya.... Tadaaaaa!!





Daripada bilik yang gelap sebelum ni, terus jadi cerah sebab effect cat warna terang tu. Dan nampak lebih luas.

Sangat suka dengan warna baru ni.

Thanks Mak & Abah tolong cat bilik ni sama-sama.


p/s: cantik tak katil & almari baru saya? ada diamond. hehe


Oct 1, 2012

Kisah kanopi


Hello October!!

Selamat Isnin kawan-kawan..

How was your weekend? Hujung minggu saya sangatlah memenatkan..phew~~

Alhamdulillah, berjaya sudah mem'booking' kanopi..

Ada banyak kisah suka duka dalam perjalanan nak book kanopi ni...

Majlis saya nanti akan dibuat kat rumah je. Rumah kami depan padang dan sangat sesuai untuk buat kenduri kat situ. Lapang dan luas.

Awal-awal lagi Abah da cakap, tak perlu risau tentang kanopi sebab dia yang akan uruskan..so, saya pun buat tak kesah je..

Sebelum ni, ada beberapa kali Abah suarakan pendapat untuk buat kenduri kat Dewan Indera Mahkota 2.. dewan ni betul-betul depan rumah ktorang je.. tapi kriteria dewan tu amatlah tidak menepati citarasa saya..

Sebab apa?

1. Buruk & busuk - Cat yang dah lusuh, dan ramai jantan-jantan yang takde adab membuang air kat tepi dewan tu..euwww!
2. Takde air cond - tak sanggup nak biar tetamu panas. kalau ada yang pengsan nanti cane? dah lah sempit.
3. Sempit- boleh muat 300 orang je dalam satu masa, sedangkan jemputan lebih 1000 orang.

Biasanya kalau ada majlis dekat dewan tu, saya dan mak mesti perasan ramai tetamu merungut tak selesa dan sebagainya. Jadi, sebagai tuan rumah, taknak lah dengar tetamu-tetamu saya mengalami benda yang sama. Mestilah nak diorang balik dengan kenangan yang indah. Gitu~~

Jadinya, dengan alasan-alasan ni dan sebab saya dah banyak kali saya kata taknak bersanding dalam dewan tu, abah pun setuju untuk sewa kanopi. Siap dah beli kain untuk buat scallop lagi.

So dah dapat tarik nafas lega.

Tapi tiba-tiba, last week Mak call bagitau, katanya Abah dah bising nak buat kat dewan tu semula. Sebabnya? Dewan tu tengah dalam proses renovation. Dah nak jadi cantik.

Saya pun bila dengar dah mula gelabah. Rasa pening kepala dan sakit-sakit satu badan. Punyalah tak suka kan dewan tu.. haha..

Esoknya, terus saya ambil cuti, balik Kuantan lepas Subuh. Sampai je kat Kuantan dalam pukul 10 pagi, terus bawa Abah pergi book kanopi kat Koperasi Pekerja, (KOSPEK) Majlis Perbandaran Kuantan. 

Dan Alhamdulillah. SETEL sudah!

Tak perlu risau tentang dewan buruk tu lagi. 

Boleh kacau mood kalau fikir pasal dewan tu. Haha.

Dan semalam dengar mak cerita, rupa-rupanya ada pakcik yang merangkap AJK dewan terbabit yang menghasut abah untuk buat kenduri kat dewan tu. Biasalah golongan bapak-bapak ni cepat ikut cakap kawan.

Takpelah pakcik, Abah saya lebih sayangkan saya. Muahaha.

Sekian kisah kanopi.

p/s: rasa macam berterabur je tulisan hari ni.




Sep 21, 2012

Progress oh progress


Sangat banyak benda nak update pasal wedding, tapi malasnya nak menaip. huhu.
Demi anda semua,, ku gagahkan jua.

1. Baju reception Han 
Dah berjaya tempah secara last minute kat Harlina Collections, Medan mara Sabtu lepas.
Main masuk je kedai & tanya harga semua, terus tempah. Dah penat nak survey. Hopefully it will turn out well dan tak ada masalah. Dah last minute kan, so tak boleh nak banyak songeh sangat. Next month dah boleh pergi ambil.

2. Cadar Pengantin
Dah selamat beli 2 minggu lepas masa Sogo Warehouse Clearance Sale. Mintak mak datang dari Kuantan, untuk temankan anak dia pilih. Kalau saya pilih, mesti corak katun-katun. hehe. Memang berbaloi. Dapat cadar cotton yang high quality dengan harga yang agak murah. Boleh  bodek salesperson bagi 2 bantal lagi. hehe. Dan yang penting, warnanya SHOCKING PINK!! Nyummmy!

3. Barang hantaran Han
Alhamdulillah. Semua barang-barang yang penting dah dibeli, tinggal makanan je tak beli lagi. Last week Han datang merempit dari Penang untuk settlekan semua ni. Lega rasanya dah tak payah pikir sangat dah. Pening je sebab duit banyak terbang. haha.

4. Veil
Kan konon nak DIY hari tu. Tetiba rasa macam tak panadi dan give up. So saya sewa je. Haha. Memang hangat-hangat tahi itik. Sewa daripada siapa? Jeng jeng jeng. Rahsia. hehe

5. Kebenaran berkahwin Han
Dah setel untuk side dia. Thanks to bakal pak mertua yang baik hati tolong kami. Tinggal nak setelkan side saya pulak. Next month baru boleh buat.

 Rasanya itu je yang penting untuk setakat ni. Tak sabar rasanya nak balik Kuantan, tolong Mak Abah hias rumah, dan tolong apa-apa yang patut.

Mak kata Abah nak cat bilik saya jadi pink. Oh sukanya!

50 days to go!! 

p/s: Semoga segalanya dipermudahkan. Amin.

Sep 4, 2012

Wedding preps: Kad dah siap!


Morning semua!

Alhamdulillah..kad dah siap sebelum raya hari tu..
Bunting pun dah dapat last week..

Puas hati sangat dengan Grazine!

Penat jugak la berhempas pulas lipat 1000 kad ni..tapi buat pelan-pelan tak terasa sangat banyaknya...

InsyaAllah hujung bulan ni dah boleh edar kad..  >_<







Aug 14, 2012

Wedding preps: Prosedur baru HIV Test



Selamat pagi kawan-kawan...

Hari ni nak story pasal HIV test yang saya & Han baru buat semalam...

Rupa-rupanya HIV test untuk mohon kebenaran berkahwin dah ada prosedur baru!

Baru 2 minggu lepas, saya call Klinik Kesihatan untuk cek prosedur dan still sama macam yang lama. Tapi semalam bila pergi Klinik Kesihatan, pegawai kesihatan kat situ bagitau ada arahan baru diterima daripada pihak atasan tentang HIV test dalam minggu lepas.

Kalau dulu, cuma ambil darah pada hujung jari je, sekarang dah kena ambil darah dekat lengan.
Kalau dulu, boleh dapat keputusan dalam sehari je, sekarang kena tunggu 2-3 minggu untuk dapat keputusan.

Makanya kelam kabut jugaklah dengan Han semalam.

Semalam saya ambil cuti untuk buat HIV test dekat Klinik Kesihatan Bota Kiri. Han ajak buat test ni sekali, sebab tu kami pilih buat dekat Bota sebab dekat dengan rumah dia.

Disebabkan ni bulan puasa dan biasanya tak ramai orang kat klinik, maka kami bercadang untuk ke klinik pada pukul 10. Nak dijadikan cerita, sebelum keluar, future father in law telefon, bagitau yang ada prosedur baru dan kat Klinik Bota Kiri tu dan tak boleh buat HIV test hari ni. Kelam kabut dah dibuatnya.

Saya pun call untuk double check and apa yang Abah Han cakap tu betul. Dan diorang baru ubah jadual, HIV test available untuk Selasa & Khamis sahaja. Dalam 2 minggu dah berubah semua benda dekat situ. T_T

Then, kami pun ajak mak Han sekali untuk pergi klinik, memandangkan mak dia dulu nurse dekat hospital kerajaan, and abah dia pun pegawai kesihatan, so boleh tolong kami skip barisan atau sebagainya, sebab semalam saya kena kejar train untuk balik ke KL pukul 2pm.

Setelah kelam kabut rushing ke sana ke mari, kami pun berjaya buat HIV test dekat Klinik Kesihatan Parit. Alhamdulillah tak ada orang pun, cuma saya & Han je yang ada untuk buat HIV Test. Maka, dalam setengah jam je dah settle.

Macam-macamlah pegawai kesihatan tu tanya pasal HIV ni. Dan lepas tu, dia terangkan, selepas 3minggu baru datang semula ambil keputusan dan bawa borang HIV test yang ada sekali dalam borang Kebenaran Berkahwin tu.

Makanya, lepas raya baru boleh tahu apa keputusannya.

Alhamdulillah majlis kami ada lagi dalam 2 bulan lebih, so tak rasa kelam kabut sangat nak dapatkan keputusan ni.

Selesai satu benda. Alhamdulillah.


p/s: ada sapa-sapa baru pergi buat HIV test baru-baru ni? sama tak prosedur kita?
kot dekat Perak je yang ada prosedur macam ni.





Aug 8, 2012

Checklist: 94 days to go


Hye kawan-kawan..

Dah lama tak buat checklist kan..

Mari tengok samada banyak tak benda yang dah gerak..


1.  Detail majlis
Nikah
Tarikh: 10.11.12
Waktu : Malam
Lokasi : Rumah
Tema:  Off white + Red

Reception
Tarikh: 11.11.12
Waktu :Siang
Lokasi : Rumah
Tema: Lite blue+lite yellow+ soft pink

Bertandang : 
Tarikh: Pending
Waktu:  Siang
Lokasi: Rumah (Gelung Pepuyu)
Tema: Purple (kot)

2. Dokumen Nikah
- Kursus kahwin
- HIV test  - Next Monday
- medical checkup
- Borang perkahwinan  PENDING

3. Attire + Accessories  : PENDING
Nikah
- Baju nikah
- Tudung    IN PROGRESS
- Veil      IN PROGRESS

Reception
- Baju resepsi    BOOKED
- Tudung   PENDING
- Veil    BOOKED
- Kasut   PENDING

4. Jamuan Makan
- Nikah - rewang
- Resepsi - rewang

5. Make-up 
- Nikah
- Reception
- Bertandang  : PENDING

6. OP 
- Nikah      : BOOKED
- Reception   : BOOKED
- Bertandang   :  FOC

7. The Dais
-Nikah   : DIY
-Reception  : BOOKED
-Bertandang  :  PENDING

9. Bilik pengantin
- Bedroom Set  :   BOOKED
- Cadar  : PENDING
- Langsir  : PENDING
- Dekorasi  : PENDING

10. Doorgift
- Nikah   : PENDING
- Reception (Tetamu)  : PENDING
- Reception (VIP)  : PENDING

11. Kek - PENDING

12. Hand Bouquet -
- Nikah  : PENDING
-Reception  : PENDING
-Bertandang  : PENDING

13. Entertainment
- Kompang  : BOOKED
- Lagu  : PENDING

14. Honeymoon -
- Destination : DECIDED
- Air-ticket  : BOOKED
- Accomodation  : PENDING

Others: 
- Kad jemputan - BOOKED
- Doorgift boxes - DONE
- Guest book - DONE
- Wedding signage- pending
- Bunting- BOOKED
-TQ Sticker - BOOKED


Masih banyak pending...takutnyaaaaaaa!!





Aug 2, 2012

Wedding preps: Design bunting


Bekerja dengan Grazine sangat best. Dapat draft kad cepat gila and silap pun dibetulkan dengan cepat.

Now, dah dapat design bunting.
Baru je beberapa jam saya bagi design dan diorang dah siapkan! Puas hati!

Simple je =D

Hasilnya....





Sangatlah..teramatlah..puas hati...seperti apa yang saya nak.

Ramai yang tanya kenapa tak letak tarikh atau 'majlis perkahwinan' dekat bunting..

Saya tak letak sebab nanti boleh guna bunting ni untuk letak kat rumah kami dan dijadikan hiasan.

Plus, boleh guna untuk kedua-dua majlis. Jimat disitu. >_<

Hopefully it turns out well bila dah print.

Nanti saya share design kad kahwin pulak ye.



Aug 1, 2012

Wedding preps: Tudung Nikah (1)


Misi DIY tudung nikah bakal bermula...

Last week beli lace ni dari Kawa-ii Shop . Hanya RM 7 semeter.
Semalam dah sampai!











Terbeli banyak pulak lace ni. Kalau tak guna boleh pakai untuk raya nanti. >_<






Excited dan semangat berkobar-kobar nak mula DIY!

Semoga menjadi.. amin.. =)


Jul 26, 2012

Wedding preps: Kad kahwin


Selamat berpuasa kawan-kawan.. >_<

Di bulan puasa yang indah ni, saya agak malas nak update menu makanan saya..dah dekat 2 minggu tinggal rasanya...ya ampun..
Kita sambung lepas raya lah ye.. =D

Mari sambung dengan kisah wedding preps saya..

Pada 14 Julai yang lepas, saya dan Han telah sama-sama pergi ke Festival Pengantin di Shah Alam Convention Centre.. Tujuan kami ke situ cuma satu, nak dapatkan vendor kad kahwin.
Usually pakej yang ditawarkan masa festival berganda murahnya dan kita boleh dapat banyak gift.hehe

Sampai dekat situ, memang tak sempat pandang booth lain, Han tegaskan, kita tengok kad je.. everytime saya nak pergi tempat lain, dia dah mula nak tarik muka kan.. haip! Ni la beza perempuan dengan lelaki..nak window shopping dalam tu sikit pun tak boleh kan..Lagipun hampir semua dah setel, so no point juga kami nak tengok booth lain, takut nanti sakit hati..Kui3

Semua booth vendor kad kahwin kami pergi, semuanya kami tanya soalan yang sama, berapa harga sekeping kad untuk 1500pcs dan boleh buat untuk kedua-dua pihak. Jalan punya jalan, kami jumpa satu vendor ni yang bagi harga 30 sen untuk sekeping. Yea!

Kami taknak ambil pakej sebab bajet kami untuk kad kahwin bawah RM 500. Dan saya pun dah ada idea untuk beg doorgift yang lagi murah. Lagipun, saya dan Han berpendapat yang kad kahwin, mahal-mahal rasa membazir, sebab nanti orang buang.  kui3.

Vendor tersebut adalah Grazine . Tiada bayaran deposit booking dikenakan masa tu. Just bagi contact details dan nanti mereka contact kita untuk dapatkan further details tentang majlis. Masa tu, diorang bagi gift beg canvas polka dot dan voucher MUA bernilai RM 50. Dan kami juga dapat 2 bunting free! Jimat lagi disitu.


Lebih kurang macam ni design kad kahwin kami nanti. Simple saje

So far, agak senang bekerja dengan Grazine ni. Saya baru emailkan details Isnin lepas, dan hari ni saya dah dapat draft. Yea! Agak cepat mereka ni buat kerja.

Ada beberapa perkara yang perlu dibetulkan pada kad, hopefully next week dah boleh start printing.

Kalau sempat, boleh diedarkan masa raya nanti sebab masa tu ramai saudara mara yang boleh jumpa.

Lega rasa dah hampir selesai satu benda. Alhamdulillah.

107 days to go!!




Jul 19, 2012

Wedding Preps: To Do List July & August


Sangat banyak benda nak kena buat 2 bulan ni..

1. Beli Brown Paper Bag
2. Beli Doily Paper
3. Confirmkan pelamin
4. Follow up baju reception dengan Kak Ujie
5. Setelkan kanopi
6. Tempah Tok Kadi
7. Tempah Kad Kahwin        DONE
8. Tempah Homestay untuk family lelaki & sedara mara
9. Confirmkan Photographer        DONE
10. Alter baju nikah
11. Tempah baju reception Han
12. Beli doorgift VIP
13. Setelkan barang hantaran Han
14. Booking Payung Lace     DONE
15. Booking sampin + tanjak for reception
16. Booking bantal nikah
17. DIY centerpiece
18. HIV Test
19. Beli kain untuk sepupu perempuan
20. Booking dulang    DONE



Orang sibuk nak beraya, saya sibuk dengan benda lain..hehe



Mar 22, 2012

Checklist: 233 hari sebelum

Progress.. progress..

1.  Detail majlis
Nikah
Tarikh: 10.11.12
Waktu : Malam
Lokasi : Rumah
Tema: Off white + Red

Reception
Tarikh: 11.11.12
Waktu :Siang
Lokasi : Rumah
Tema: Lite blue+lite yellow+ soft pink

Bertandang : 17.11.12
Waktu:  Siang
Lokasi: Rumah (Gelung Pepuyu)
Tema: Purple

2. Dokumen Nikah
- Kursus kahwin
- HIV test 
- medical ckeckup
- Borang perkahwinan

3. Attire + Accessories  : PENDING
Nikah
- Baju nikah
- Tudung
- Veil
- Kasut
- Aksesori

Reception
- Baju resepsi
- Tudung
- Veil
- Kasut
- Aksesori

4. Jamuan Makan
- Nikah - rewang
- Resepsi - rewang

5. Make-up 
- Nikah
- Reception
- Bertandang  : PENDING

6. OP 
- Nikah      : BOOKED
- Reception   : BOOKED
- Bertandang   :  FOC

7. OV 
- Nikah    : BOOKED 
- Reception :   Under Consideration

8. The Dais
-Nikah   : BOOKED
-Reception  : BOOKED
-Bertandang  : N/A

9. Bilik pengantin
- Bedroom Set  :   BOOKED
- Cadar  : PENDING
- Langsir  : PENDING
- Dekorasi  : PENDING

10. Doorgift
- Nikah   : PENDING
- Reception (Tetamu)  : PENDING
- Reception (VIP)  : PENDING

11. Kek - PENDING

12. Hand Bouquet -
- Nikah  : PENDING
-Reception  : PENDING
-Bertandang  : PENDING

13. Entertainment
- Kompang  : BOOKED
- Lagu  : PENDING

14. Honeymoon -
- Destination : DECIDED
- Air-ticket  : BOOKED
- Accomodation  : PENDING

Others: 
- Kad jemputan - pending
- Doorgift boxes - pending
- Guest book - pending
- Wedding signage- pending
- Bunting- pending


Agak banyak yang dah boleh slash.. phew..
Hopefully next month dah boleh slash segala berkaitan baju. 

InsyaAllah.


>_<

Feb 27, 2012

honeymoon: destination confimed

tiket dah beli...

kemana? jeng jeng jeng...

PHUKET!!




terima kasih Air Asia buat promo best dan murah..
pergi balik untuk 2 orang RM 317 je total.. >_<

kalau tak dapat tiket murah, honeymoon kat Pangkor je la jawabnya...hehe

hajat hati nak ke Bali..tapi tarikh yg kami nak tu tiket murahnye dah habis..sedih.. isk3..takpela..dapat jugak pergi Thailand..

tak sabar!!

p/s: tak kawin lagi dah tak sabar nak honeymoon. ngeee

Feb 24, 2012

wedding preps: wishlist for hantaran

neno neno..

blog dah berhabuk..ampun!!

update pasal kawin lagi..

banyak benda nak update sebenarnya, tapi kerja sedang bertimbun-timbun dan tengah usaha mengejar dateline.. makanya kerja kena utamakan dulu..tak kerja, duit pun kurang..which is not good..
(abaikan bebelan tersebut)

I percaya most of B2B and G2B ada wishlist hantaran yang dorang nak kan? I pun sama.. bila lagi nak ketuk duit bakal suami kalau bukan time ni.. haha.. (sila jangan ikut)

kami akan berbalas hantaran 7-9 dulang..so, I akan dapat 7 dulang (hopefully).. dulu masa E-day, janjinya 11 dulang, sekali dapat 15.. hihi

So, ni wishlist I..

Dulang 1: Cincin & Mas Kawin

Dulang 2: Al-Quran
Dah lama tak ada al-Quran baru.. >_<

Dulang 3: Kain telekung
Telekung dah beli dah, masa pergi Bandung dulu. Saja beli kat sana sebab kat sana murah-murah & cantik..tapi tak ada gambar nak jadi teaser.. hehe


Dulang 4: Handbag
Ikutkan nafsu, nak minta Marc Jacobs.. tapi sedar diri tak berapa nak mampu, maka, beli yang dalam lingkungan budget je la.. buat ape beli handbag mahal-mahal kalau kena makan ikan kering kan? hihi..baik kitorang guna duit tu untuk honeymoon (membebel lagi) .. tunggu sales gila-gila boleh beli handbag! so far, tak ada lagi yang berkenan. Carlo Rino pun takde, Guess pun takde, Charles & Keith pun takde.  Kalau kat Prada mungkin ada.. hihi..(berangan je mampu)

indahnya dunia kalau dapat satu! hehe

Dulang 5: Perfume set
Teringin sangat nak beli one of Chanel perfume ni.. dua-dua pun bau sedap..dah lama mengidam..nyum2.. tapi I ni tak tentu, pikir nak beli lain, nanti beli lain.. Gucci punya perfume pun best jugak.. beli semua aci tak?hehe..tapi dah pun beli last month dengan Han..perfume apa? Rahsiaaaa...hehe

 


Dulang 6: Cake/Coklat
Yang ni terpulang pada pihak lelaki nak bagi kek/ coklat macam mana pun.. nyum2.. sedapkan coklat? next..

Dulang 7: Set Shower
nak minta set mandian yang best-best..nanti boleh wangi untuk suami..hihi.. (gatalkan)

setakat ni, ni saja wishlist..kami rancang nak beli barang2 hantaran satu setiap sebulan..supaya tak rasa sangat duit keluar banyak..hehe

sekian.

selamat berhujung minggu kawan2.. >_<

Jan 11, 2012

wedding checklist : 10 months before wedding

 
Hye sayang-sayang semua..
 
akhirnya I ada kesempatan nak update checklist I... ada 9months & 29 days to go... still banyak lagi yang pending... banyak masa lagi orang kata..tapi yang penting perkara-perkara besar dah banyak settle.. Alhamdulillah..

Kalau ada yang kurang atau I terlupa dalam checklist ni, inform k.. >_<

1.  Detail majlis
Nikah
Tarikh: 10.11.12
Waktu : Malam
Lokasi : Rumah
Tema: Off white +  ???

Reception
Tarikh: 11.11.12
Waktu :Siang
Lokasi : Rumah
Tema: Lite blue+lite yellow+ soft pink
 
Bertandang : pending

2. Dokumen Nikah
- Kursus kahwin
- HIV test / medical ckeckup ( Early January )
- Borang perkahwinan

3. Attire + Accessories
Nikah
- Baju nikah
- Tudung
- Veil
- Kasut
- Aksesori

Reception
- Baju resepsi
- Tudung
- Veil
- Kasut
- Aksesori

4. Jamuan Makan
- Nikah - rewang
- Resepsi - rewang

5. Make-up  -- pending
- Nikah
- Reception
- Bertandang

6. OP - pending
- Nikah
- Reception
- Bertandang
 
7. OV - MH Pictures - booked

8. The Dais
-Nikah - booked
-Reception - booked
-Bertandang - pending

9. Bilik pengantin - pending
- perabot
- Cadar
- Langsir
- Dekorasi

10. Doorgift -pending
- Nikah
- Reception (Tetamu)
- Reception (VIP)

11. Kek - pending

12. hand bouquet - pending
- Nikah
-Reception
-Bertandang

13. Entertainment
- Kompang - Abah
- Lagu - pending

14. Honeymoon - pending
- Destination
- Air-ticket
- Accomodation
 
Others: 
- Kad jemputan - pending
- Doorgift boxes - pending
- Guest book - pending
- Wedding signage- pending
- Bunting- pending