selamat pagi Isnin..
dah beberapa hari tak mengupdate blog..
masih lagi dalam mood tertekan dan sedih setelah peristiwa malang yang berlaku Khamis lepas..
rumah saya telah dipecah masuk oleh pencuri jahanam!
kepada pencuri tersebut, nilah luahan hati saya:
takde rumah lain ke kau nak pecah wahai pencuri oi.
nak curi laptop curila..
tak perlu kot nak curi make up kit aku..
dah la tu hantaran tunang hari tu..
kau bapok ke pencuri?
sekali dengan buku-buku bank aku pun kau sapu..
tak pasal-pasal aku kena caj macam-macam nak buat buku baru..
dah la tu kalau hilang buku ASB, kena pergi PNB pulak..
hidup kau memang suka menyusahkan orang ye pencuri?
handbag aku pun sampai 2 kau kebas..
ramai sangat ke girlfren kau pencuri?
lagi satu, external hard disk aku tu banyak data..
aku simpan dari UPM dulu semua movies tu..
gambar tunang aku pun semua dalam tu..
curi pendrive sudahlah..urgh!
tak cukup dengan tu, kau nak susahkan aku dengan curi astro decoder aku..
kau tak taw ke kitorang ni bosan giler takde astro kat rumah?
tak pasal-pasal kena bayar 200 nak dapat decoder baru..
kau ingat banyak sangat duit kitorang nak bagi kat astro tu pencuri?
pencuri, kau memang dah menyusahkan aku..
agaknya memang kau lahir dah takde kerja lain selain membinasakan hidup orang..
takpe kali ni aku boleh sabar..
kucing-kucing aku kat rumah jadi saksi kau kat akhirat nanti..
terima kasih lah atas kenangan terindah ni, wahai puncuri.
sedih tak terkata, sampai sakit-sakit badan ni.
sakit hati bertambah-tambah bila jiran sebelah yang dengar, tak de rasa prihatin nak buat report polis..
haih.. ingatkan rumah tu dah cukup sempurna sebab ramai orang Melayu n jiran baik-baik..
rupa-rupanya tak bleh harap..
nak masuk bilik sendiri pun dah tak berani..
hope rasa fobia n takut ni berakhir tak lama lagi..
amin..
|
macam nilah rupa bilik saya |