May 26, 2011

~bila dilema menjadi punca stress~


Hari ni tak dimulakan dengan sesuatu yang baik. pagi-pagi dah kena marah dengan Mak. puncanya? 

semua orang tahu, cuti sekolah dah dekat, jemputan kawin melambak-lambak, rancangan family gathering pun banyak.. kalendar hujung minggu cuti sekolah saya, dah fully book sejak Mac lagi.. 

28.5  - Outdoor Photoshoot
29.5  - Wedding K.Mas (Port Klang), Kenduri We (Temerloh)
3-5.6 - Family Day Han (Port Dickson)
13.6  - Wedding Kodi (Sungkai)

2 minggu lepas, Mak & Abah suddenly ajak pergi bercuti, 3-5 June tu, nak pergi Tioman katanya. yelah adik2 kan tengah cuti. tapi..saya tengah sedaya upaya jimat cuti ni.. cuti dah tak banyak, nak simpan untuk raya lagi.. saya bukan kerja gomen yang banyak cuti. annual leave 12 hari je. baki yang tinggal 4 hari je. haih. so, terpaksa kecewakan hati diorang dengan berjanji, tahun depan kita pergi. =(

then suddenly, Mak call semalam, Makcu pulak nak nikah 3 June tu. So, Tokwan nak buat kenduri sket Jumaat malam. oh! dunia rasa nak terbalik sekejap. dah janji dengan family han nak gi PD sama-sama malam tu. Then, tetiba ada kenduri mengejut. Serba salah nak pergi ke tak. Makcu dah banyak sangat tolong masa E-day hari tu. Kalau tak pergi nanti, rasa tak patut je.

Tapi since dah berjanji dengan sebelah sana, so, decide lah nak balik Temerloh Ahad ni sekejap, as ganti untuk next week. and Mak pun marah, terus cakap takyah balik. haih. 

Stress jadinya. Saya cuba sebaik mungkin nak jaga hati kedua-dua family, tapi kenapa orang tak faham?

Penyelesaiannya kena berkorban, drive petang Jumaat, 3hb tu dari KL-Temerloh then malam tu terus ke PD. Apa nak jadi pun jadilah. Kenalah gagahkan diri merentas lebuhraya Karak tu malam-malam buta.

Takde mood + stress sangat-sangat hari ni. 

 



p/s: sangat tak suka last minute invitation. 

6 comments:

Super Ummi said...

oops.. kerja gomen pun tak de cuti banyak ye.. ^_^.

Hmm, kadang2 memang sukar nak puaskan hati semua orang kan.. kalau badan kita ni boleh belah2.. mesti sebelah balik kampung, sebelah pergi PD. Kita pun tak suke kalau apa yang kita rancang tak menjadi.. kalau ada ad hoc tetiba.. rasa stress je. Tapi sebab belum kahwin ni. ape kata kita lebihkan family kita dulu... sebab lepas kahwin nanti.. nak tak nak memang kene ikut husband jugak kan...

Tapi, takpe.. buat keputusan yang terbaik utk sume orang dan diri kita.. ibarat tarik rambut dalam tepung.. rambut tak putus, tepung tak berselerak.. ^_^

tqahmisdar said...

ops..tak banyak eh?hehe.. =)

erm.. I pun pikir macam tu.. memang nak puaskan hati semua org kalau boleh.. thanks for ur advice dear.. =)

Aimi Hakim said...

mane yang boleh n mampu kita lakukan..ape kate kita buat k..samada nak utamakan fam atau sebaliknya.. enjoy..idop perlu ceria dear ^_^

tqahmisdar said...

yup..thanks dear.. =)

cik dyla said...

huhu..byk gak la org gomen cuti..baru masuk je dah dapat AL 20hari...belum lame2 keje..xke byk?huhu..
byk2..untong saye!

pape pon awk jgn stress2 ek?

marionette said...

ape2 pun family first tau sayang. tapi mmg betol sumtimes we torn into two. but make sure u ta stress. been there too! btw karak seem scary but afta u watch the muvie, it seems nothing at all! be brave! hehe