Jul 30, 2011

~shopping kasut lagi~


Hye sayangS..

Padini memang sentiasa ada sales kan?
Tapi sales semua barang 50%-70% ni memang ada waktu-waktu tertentu je..
kali terakhir saya pergi masa cuti Labour Day..
this week pun ada jugak.. bermula Jumaat ari tu sampailah Ahad ni..

kalau pergi Padini, saya tak minat sangat baju or seluar dia..
masuk je mesti meluru terus ke Vincci.. 
apa lagi..cari kasut lah..hehe
bukan senang nak dapat kasut atau heels cantik-cantik bawah RM40..

inilah hasil shopping kasut semalam..



first time beli kasut kaler merah! hehe
total 2 pasang kasut ni = RM 54 je..tak ke murah?hee

saya ni amatlah cerewet kalau bab nak beli kasut ni..
saya tak suka kasut tumit halus, sebab nanti pijak tanah tenggelam..haha
biasa kalau beli kasut, mesti flat..sandal pun flat..
wedges pun saya suka sebab tapak dia flat..
dah la saya ni memang pendek, bertambah-tambah pendek bila selalu pakai kasut flat je..
tapi takpe,  janji saya  selesa..btoi tak?

sesape yang nak gi shopping tu, seranglah Padini ye..
esok last sales..
selamat bershopping korang!

p/s: tunggu Vincci ada sales lagi..nak beli kasut untuk raya plak..


~al-fatihah~



dia telah PERGI menghadap Illahi..
lelaki yang pernah menjadi perbualan hangat dua minggu lepas telah menghembuskan nafasnya yang terakhir pagi tadi..
takziah buat ahli keluarganya..
semoga kalian tabah menghadapi kehilangan ini..

alfatihah
buat arwah 
Mohd Ashraf Hafiz Abdul Aziz

p/sdan maaf kalau ada salah silap terhadap arwah sepanjang isu dia hangat diperkatakan.


Jul 28, 2011

~first time makan waffle mahal~


Morning cecanteks!

saya sangat bersemangat pagi ni..
taktawlah kenapa..mungkin sebab pengaruh Harimau Malaya merasuk kedalam diri..
anyone yang pergi stadium malam ni? tolong sokong untuk saya ye..
saya tak dapat tiket plus takde teman nak pergi tengok..Han ada test plak malam ni..
so kena sokong dari rumah je la..

ni nak cite ni, malam tadi first time saya makan waffle mahal..
takdelah mahal sangat..tapi kalau satu waffle dekat 20ringgit..
takdelah mampu nak pergi beli sendiri melainkan ada promotion..
baik beli baju je dengan 20ringgit tu..hehe
tak habis-habis nak beli baju..haish

Baru-baru ni Groupon ada promotion Gelare waffle..
harga normal waffle tu RM 17.90 kot..tapi dengan promo tu dapat beli dengan RM 9 je..murah kan?

ni pintu masuk kedai..cantik kan?

the waffle..nyummy!

muka tak sabar nak makan..hehe

waffle dia memang sedap giler..
tak cukup satu..nyum2..
lepas ni kalau ada lagi promotion ni, confirm nak beli!

sape-sape teringin, bolehlah gi Gelare ni kat e-curve..
kedai dia kat Ground Floor, sebelah Tony Roma's..
memang berbaloi-baloi..hehe

>_<









Jul 27, 2011

~Rabu tanpa kata: my man of misery~


lelaki ini menggelar diri dia Man of Misery..
alasannya dia tak suka pandang kamera.
padahal takde kaitan pun dengan Misery tu..




tapi walau macam mana pun aksi awak depan kamera, 
awak tetap lelaki no 1 dalam hati saya (selepas Abah)..hehe

>_<



Jul 26, 2011

~another E-day~


morning darlingS..

dah beberapa hari tak update blog..bersawang dah ni..
idea banyak, tapi takde masa nak mengupdate..
ni pun curi waktu ofis sekejap sebelum bos masuk.. >_<

Sabtu lepas saya join satu rombongan meminang kat Teluk Intan..
kali ni anak kedua Maklong saya pulak yang bertunang..
cantik sangat E-day dia..paling saya suka mini pelamin dia..pink!

jom layan gambar dulu..

the mini pelamin..cantik sangat!

sesi menyarung cincin.

cantik kan B2B ni?
the couple

me , my mom & the couple.

saya dan bakal pengantin..hehe

mini pelamin dia sangat unik sebab multiple use,
boleh guna untuk gantung buaian masa majlis cukur jambul..
terlupa nak ambil gambar versi ada buaian..huhu

papepun, thanks kat family sebelah perempuan atas layanan yang best..
dan tahniah untuk Abang Ngah & Intan..
cepat-cepat kawin ye..



and also, thanks to Han sebab ikut sama rombongan ni..
nak selit jugak..hihi


>_<

p/s: bahasa saya agak membosankan sebab dalam mood skema sekarang. hee

Jul 22, 2011

~i'm 16 today..sila percaya~


its Friday and its my birthday..yea!

percaya tak umur saya baru masuk 16 hari ni?
siapa percaya, terima kasih.. hihi.

alhamdulillah masih bernafas untuk meneruskan tahun baru dalam hidup..
thanks to Mak yang melahirkan saya dan Abah yang memanjakan saya..hehe
untuk Han yang semangat menyanyikan lagu epi besday kat saya pagi-pagi buta..next week kita celebrate eh..hee
dan thanks untuk segala doa & wishes dari anda semua..

excited dan gembira hari ni..
tapi takde mood nak buat kerja..nasib baik half day je..
kalau tak makan gaji butalah jawabnya..hehe

Thanks a lot!
sayang korang sangat!

Mmmmuahx!

nyum nyum! hehe..



Jul 21, 2011

~dressku sepasang wallpaper~








nak pakai baju same design dengan wallpaper rumah tak raya nanti?
cantik jugak ni..hehe
>_<


~apabila lelaki berlumba-lumba nak jadi perempuan~


salam korangS..
mood dah okey sikit hari ni..dah rajin berkata-kata bila Han dah pujuk..
ha..tulah..buat saya merajuk lagi..kan dah susah hati..kui3..

erm..banyak blog yang buat post pasal Ashraf yang nak tukar nama jadi Aleesha tu kan?..
sebijik macam perempuan kan dia? dengan bertudung lagi..
yang paling advance saya pernah jumpa, lelaki pakai baju kurung je kat universiti dulu..
selamba je dia lalu sebelah..tapi nampak perut buncit dia..dapat detect yang dia tu lelaki..
yelah lelaki punya buncit tak sama dengan perempuan kan? tak caye cek perut lelaki2 berdekatan korang..hehe

erm..back to issue si Ashraf ni..
bila baca, rasa geram pun ada sebenarnya..
kat mana kewarasan dia sampai mengetepikan agama..
nama Ashraf..Islam kot..
tak pernah pulak dengar kaum agama lain kat Malaysia ni minta nak tukar nama bila jadi perempuan..
ada ke? kot2 saya tak taw kan..

thanks to Hakim yang menolak permohonan dia untuk tukar nama tu..
once satu kes mahkamah dah luluskan permohonan Ashraf nak jadi Aleesha..
mesti lepas ni beratur-ratur Azizul, Fikri, Hashim, Badrul kat luar sana nak tukar nama jadi Natasha, Siti Nurhaliza, Erra Fazira, Liyana..dan pelbagai lagi nama yang glamer..
kalau si Ashraf ni menang, mesti semua kes-kes akan datang tu merujuk pada kes dia kan?

Bila semua lelaki dah pakai tudung, berbaju perempuan, bermekap bagai..
dengan IC je kita boleh bezakan jantina diorang kan?
kalau tak dapat beza, kan dah lelaki sejati terkahwin dengan perempuan tak sejati ni..
bukan ke dah berganda-ganda dosanya?
lepas tu mula penuh jadi tajuk berita kat Metro..
Isteriku Lelaki lah.. Ditipu Isteri dan lain-lain..

Tolonglah buka mata dan berfikir panjang dari segi moral dan agama..
Jangan sekadar pertahankan moral dan agama diketepikan macam tu je..
Nanti dapat balasan macam Kaum Lut baru tau..diterbalikkan buminya sebab ramai homoseksual..
Nauzubillah..

kesian jugak pada family yang kena tanggung cemuhan dan pandangan masyarakat akibat tindakan sendiri..
fikir panjang-panjang dulu na..
jangan jadikan hormon sebagai alasan nak jadi perempuan..
saya pun banyak hormon lelaki, sebab banyak bulu..
tapi tak pernah teringin pun nak jadi lelaki..

wallahuaalam

>_<

p/s: salah satu tanda kiamat, apabila perempuan lagi ramai daripada lelaki..


Jul 20, 2011

~Rabu yang malas nak berkata-kata~



stress + malas + sedih + kecewa +sakit hati

i'm not POSITIVE today..

Wednesday, please be good to me..
jangan jadi macam dia..



Jul 19, 2011

~design baju nikah~


morning cecanteks!

nak share ni..
saya dah jumpa design baju yang sesuai dengan kain baju nikah yang saya ada..
ri tu beli kain tak pikir design camne..dah pening mencari design..
ni dia..taraaaaa..

source: Arma Abd Rahman Wedding Couture
ke nampak macam kurang sopan untuk majlis nikah?
macam nak labuhkan sikit baju tu..
nak jadi gadis sopan masa nikah nanti..hehe

kain lace yang saya ada hampir sama dengan dress ni..kaler krim jugak..
tapi beading dia tak secantik yang ni la..tapi tetap cantik..gedik kan? hehe
cuma maybe kena beli chiffon sket untuk kain..
ataupun kain tu gune plain satin je..
masih berfikir..

>_<

p/s: tarikh tak ada lagi, dah pikir design baju nikah.. kui3.


Jul 15, 2011

~Harry Potter memang terbaik~


update malam-malam buta..
ni baru balik dari tengok Harry Potter : The Deathly Hallows Part 2 dengan Han..

excited amat nak review pasal movie ni..
biarlah esok mata lebam2 gi ofis tak cukup tido..
sementara rasa excited ni tengah fresh..baik update dulu..hehe

dari pagi tadi excited nak tengok movie ni..
lagi bertambah excited bila baca review dari critics and wartawan ..
HP ni yang terbaik dan Must Watch 2011 movie..


Dan hasilnya saya sangat dan amat suka HP ni..
dah ikut semua episod 1sampai akhir.. 
and yang akhir ni yang terbaik..
effect, jalan cerita, persembahan pelakon.. PERFECT!
walaupun ada sikit je cacatnye..tapi episod kali ni nmpak sangat best..

si Pelakon Harry Potter tu makin bagus dalam episod ni..
dah tak nampak pelik bila dia berlakon..
and HP ni sedikit menyentuh emosi..
 ada part bila segala rahsia yang Snape simpan terbongkar tu,scene tu nyaris je nak nangis!hehe..

siapa yang belum tengok and tengah pikir2 nak tengok ke tak tu..better tengok..
kalau nak bandingkan tengok Transformers..
better tengok HP.. lagi best dari Transformers tu..

disebabkan terlalu amat suka, saya bagi 10 bintang!

p/s: anak Harry Potter comel sangat..nama dia Albus Severus Potter.. cute! hehe

>_<





Jul 14, 2011

~meh undi design cake~

next week besday saya! 
sila ingat ye kawan-kawan, 22 Julai..umur bakal jadi 16 tahun..muda tak? =D
tu pun nak kecoh kan..ish3

bila dah dekat besday ni, mulalah merepek nak mintak hadiah bukan-bukan..
semalam SMS adik2, mintak diorang kumpul duit, belikan saya Blackberry..haha
memang confirm lagi 10 tahun baru dapat, sebab diorang semua sekolah lagi..hehe

Tunang saya yang hensem tu nak bagi apa? ha..
jeng..jeng..jeng..

saya minta Kek Baskin Robbins dan juga..rahsia..hehe
Baskin Robbins je yang mampu u olls..tak berani nak kikis banyak2.. hehe

erm..minggu lepas dok belek2 design kek kat website BR ni..
tak taw nak pilih yang mana..
padahal masuk perut jadi tutttt jugak kan..
tapi tak kira! nak design yang cantik jugak..hehe

meh korang tolong undikan!

design 1

design 2

design3

isi dalam mestilah cake chocolate & eskrem dia Chocolate Chip! 
Nyummy!

design camni kat Baskin Robbins ade ke?


ni kek kawin idaman hati saya..


meh korang, tolang saya..nak suruh dia order dah ni..hehe


>_<




~Pypy.Lamb Studio~


selamat pagi!

pagi-pagi ni saya nak promote satu blog.. 
one of my favourite blogshop..
wajib suka sebab blog bakal kakak ipar..haha

blog ni sekarang jual barang pre loved..
maksudnye barang2 yang dah pernah guna n dah beli tapi tak guna2..
biasalah perempuan kan..nampak cantik nak beli, pastu taktaw bile nak guna..
macam saya..hehe

kualiti jangan risau, semua oke2 lagi..tak tipu! 
selera FSIL saya ni besar..so, memang barang2 dia antara yang terbaik..
saya sendiri kadang-kadang geram tengok koleksi beg n baju dia..penuh satu bilik stor..

Jadi...
Mari lawat ini belog.. 
by Liza Razak






tuan kedai..

dan akan datang ada shawl satin..
ha..kalau ada b2b nak pakai satin shawl untuk kawin nanti, boleh beli dengan blog ni..
confirm best!


jangan segan2 melawat ye..
http://pypylambstudio.blogspot.com/

Have a Good Day Alls!!

>_<

Jul 13, 2011

~Rabu tanpa kata 4 :Dah 4 bulan~



alhamdulillah..genap 4 bulan jadi tunang Han hari ni..
another 20 months to go..
 (sebab taktaw lagi tarikh kawin..tulis je 20 dulu..hehe)


p/s: cute tak mak abah saya? 
rindu sangat nak balik jumpa diorang.. =(

Jul 12, 2011

~Gaji 3k untuk 1 family, cukup ke?~


nak share dengan korang..
ni dapat dari ofismate..


ape komen korang?
cukup ke 3k untuk satu family?

>_<

Jul 11, 2011

~saya taknak jadi bulat~


saiz pinggang makin besar..
perut pun makin ke depan dan membulat..
seluar pun makin hari makin ketat..
sekarang, kena pakai baju yg besar2 je..
kalau tak, nmpak macam ibu mengandung!! 
tidak!

I miss my OLD me!
pendek dan kurus tapi muka bulat..
sekarang, semuanya bulat dan pendek!

wake up Tqah!
need some work out and healthy diet..
tak sanggup nak jadi macam ni..


source: Google


Jul 7, 2011

~kad kawin kipas Farah AF~


another kad kahwin artis yang unik..



ni lah kad kahwin Farah Breep Breep..hehe
majlisnya akan diadakan 16 Julai nanti..
ramai retis kawin bulan Julai ye..
katanya tema garden kat Putrajaya..

tak sabar nak tunggu gambar ni..


>_<




~BERSIH yang menyusahkan!~


hye alls.. nak share.. 
tadi dapat email ni dan sakit hati..

Dear All,
For your information.
 
Road closure on Saturday, 9 July 2011.
  • Lebuh Ampang
  • KLCC
  • Bank Negara
  • Dataran Merdeka
  • Sogo
  • Chow Kit
  • Menara Sultan Ismail
  • Masjid Negara
  • Jalan Raja Chulan
  • Jalan Ipoh
  • Sentul
  • Jalan Tuanku Abdul Rahman
  • Jalan P.Ramlee
  • Jalan Bandar
  • Subang Jaya ( Near Segi )
  • Sunway Pyramid and Subang Parade
  • The Federal Highway
  • LDP ( Lebuhraya Damansara Puchong )
  • The KL – Seremban Highway in Seri Kembangan
Store affected
  • Ampang , Scott Garden , Extra Selayang , Puchong , Mutiara

Weyh! dah lah nak lalu LDP pergi PICC Sabtu ni.. tak pasal-pasal kena lalu NKVE, tol 10 ringgit kot pergi balik..tu je masa yang ada nak pergi Festival Pengantin tu..

menyusahkan betol la BERSIH ni..huhu



Jul 6, 2011

~Rabu tanpa kata:4~




"Men always want to be a woman's first love. 
Women have a more subtle instinct: 
What they like is to be a man's last romance."
-Oscar Wilde-



Jul 4, 2011

~tahniah Mizz Nina & Noh~


tahniah untuk mereka berdua..
semoga kekal bersama hingga ke Syurga..
amin..



their reception 6 Juy ni..
mesti meletup tema Jepun diorang nanti..

>_<


p/s: google cari gambar baju Mizz Nina, tapi tak jumpa..dush!


Jul 3, 2011

~i feel good~


Holla!

dalam previous post, saya ada cerita yang saya akan join larian Feel Good Run, ntv7..
alhamdulillah..tadi berjaya menghabiskan 3km..yea!
seronok sangat lari ramai-ramai sampai tak terasa jauh 3km tu..
next time nak try yang lagi jauh pulak..hee

takmo cakap banyak.. jom layan gambar dulu..
asek2 gambar..dush! hehe

sibuk mengisi kertas nak tampal kat baju..
sangat ramai orang yang join rupenya..
purple! so ntv7..hehe
Faizal Ismail..walaupun saya tak suka dia, dah nampak, ambik je la gambar..hehe

jumpa Dynas! sangat cantik orangnya!..
sila abaikan tuala atas kepala tu..hehe
hasil dari larian ni..banyak sangat isi dalam goodie bag! hehe

we all with the gold medal..hehe

the best part bila saya sangat excited bawa Cik Anon saya untuk amik gambar dngan jayanya..
tapi.. saya lupa isi Memory Card dalam tu.. dush!
terpaksalah pakai camera handphone yang cabuk tu..


seronok sangat dapat join larian ni..
selain selebriti, ada macam2 costume yang lari sama-sama..
ada superman, batman, pocong!! ha..
tapi seksa je tengok diorang ni lari pakai kasut boot.. haih..


skarang tengah consider nak join McD punya run pulak..
jom korang, kita join sama-sama?

>_<


Jul 1, 2011

~rasa bagus lari..ntv7~


hye! 
mood tengah excited giler ni..

kenapa? tadi dapat goodies bag dari ntv7 untuk larian 'Feel Good Run'..
saya join larian ni.. percaya tak? haha..
kalau cerita kat mak ni, dia mesti tak percaya anak dia nak join lari-lari..
ajak gi aerobik pun malas, ni kan nak berlari..hee



saya akan join bahagian Run with Celebrities, sebab 3km je..tak larat nak lari sampai 7km..
semput nanti..hehe

antara celebrity yg akan ada..
back to apa yang kitorang dapat dalam goodie bag tu.. ni dia..
botol air yang cute!

the bag

pink towel

and last, the t-shirt!

tak sabar dah ni..
petang ni nak gi jogging lagi.. hehe
persediaan awal kononnye..

ada followers yang join tak? boleh jumpa Ahad ni..

>_<