Dec 23, 2011

wedding idea: reception dress

Assalamualaikum..

sedang busy mencari design untuk reception dress..
dah beli kain..tapi masa beli kain tu takde idea nak buat design macam mana...


thanks to Martha Stewart...
found few design for inspiration..
but still need to choose and see how much tailor will quote.. >_<








Dec 9, 2011

real wedding : Nora & Kerel

Salam Jumaat warga bloggers semua..

nak lari dari topik Indonesia Trip jap..since my story tak dapat banyak sambutan..hihi..
lagipun berhutang nak story pasal majlis Nora ni...

sampai majlis Nora around 1pm..senang je nak cari rumah Nora sebab sebelah jalan..dan jarak dia dalam 5minit je dari rumah saya..

sampai je terus excited nak amik gambar...so, mari layan gambar-gambar yang sempat disnap..



posing sket

photobooth

meletup sangat pelamin ni!

decoration khemah

candy buffet

me with bride, Nora

Nora & pelamin nikah...cantik sangat!

all the hantarans
abang aiskrim

kalau nak tempah boleh call..hehe

sayangnya tak sempat jumpa B2B Pahang semua...terpaksa bergegas balik awal sebab ada urusan lain.. isk3...ruginya..

to Nora & Kerel, tahniah...semoga bahagia berdua hingga ke syurga..Amin..cepat-cepat dapat baby ye..

p/s: tetibe rasa tak sabar nak kawin..hihi  >_<

Dec 7, 2011

Indonesia Trip: Taman Mini Ancol

Holla!

bagi sesiapa yang terlepas kisah sebelum ni boleh refer kat links ini ye..
1. http://tqahmisdar.blogspot.com/2011/12/indonesia-trip-departure-arrival.html
2. http://tqahmisdar.blogspot.com/2011/12/indonesia-trip-mangga-2.html

mari sambung kisah trip ke Indonesia saya!

selepas agak tidak puas bershopping di Mangga 2, kami pun bergerak ke Taman Mini Ancol..jarak kedua-dua tempat ni dalam 10minit je..

bayaran masuk ke Taman Mini ni 15k Rupiah kalau tak silap..tak berapa ingat dah sebab tak excited sangat nak masuk..masing-masing dah penat, dan berpeluh-peluh.

Taman Mini ni lebih kepada macam taman tema kecil. Ada roller coaster, cable car, dan beberapa mainan lain..ala-ala Genting Highlands lah..cuma versi tanah rata.

turun je dari bas, kami terus cari tempat untuk makan dan solat. teringin juga nak naik mainan-mainan tu, tapi disebabkan jalan dengan Mak & makcik-makcik, maka terpaksalah ikut mereka berehat-rehat. Semua orang pun macam tak berminat nak jalan lebih-lebih kat situ sebab dah penat and badan berpeluh-peluh tak mandi lagi.

tapi sempatlah jugak Mak & Achik saya berposing kat taman tu..macam kanak-kanak riang..

ni je yang sempat ambil..sedih

My mom & Achik

kami diberi almost 3 jam kat situ untuk jalan-jalan tapi semua dah mendesak ketua kumpulan supaya balik ke hotel awal, maka after 2 hours kami pun naiklah bas dan mula bergerak ke Bandung...

bila dah balik, rasa rugi pulak tak habis jalan-jalan kat situ..sebab baca balik, memang banyak sangat part menarik dalam taman ni..

masa on the way ke Bandung tu, ada satu pemandangan yang buat saya kagum..sebab rasanya tak pernah jumpa ni kat Malaysia...

kagum dengan landasan keretapi ni..gayat!!!
punyalah penat, sampai semua orang pun tidur sepanjang perjalanan 3 jam ke Bandung..

next, cerita pasal Bandung pulak.. >_<

Dec 5, 2011

Indonesia Trip: Mangga 2

Holla...

mari kita sambung cerita Indonesia Trip..

first destination bila sampai Jakarta ialah Mangga 2.. anyone pernah pergi sana?

ni landmark nak pergi tempat shopping tu

Tempat ni best kalau nak shopping handbag.. banyak sangat handbag longgok 50k Rupiah satu.. cantik-cantik pulak tu.. 50k Rupiah tu dalam 17 ringgit duit kita.. Kalau handbag tak Ori grade A pun banyak yang cantik-cantik & murah..memang rambang mata...phew~~

saya terlepas peluang nak beli sebab ikut Mak & makcik cari telekung punya pasal.. kat sini kain telekung dia taklah murah sangat and even nak tawar menawar pun tak banyak yang diorang bagi turun.. kalau nak beli telekung better beli kat Pasar Baru atau Tanah Abang..

Kalau baju pun ada yang best jugak, cuma agak mahal sikit..and fesyen dia macam baju-baju Thailand, tshirt biasa..tak banyaklah yang best..

Tapi..saya berjaya jumpa baju nikah saya kat sini..yeah! Harga dia dalam 250k Rupiah..kira dalam 80 ringgit lebih je..kalau kat Malaysia rasanya orang jual dekat RM400 kot sehelai sebab beading & manik dia penuh dan berat..memang puas hatilah bila dah beli tu.. boleh cut cost banyak dah..cuma kena buat kain dan inner dalam je untuk baju tu..

Memang tak cukup masa nak round habis dalam ni..lagipun kami just diberi 2 jam setengah untuk jenjalan ..sebab lepas tu nak bergerak ke Taman Mini Ancol...dan tak sempat nak amik gambar banyak-banyak sebab bila dah shopping memang kamera dah dilupakan..hehe

next saya cerita tentang Taman Mini Ancol pulak..

>_<

Dec 3, 2011

Indonesia Trip: The Departure & Arrival

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum..

Akhirnya, terjumpa masa nak update pasal trip ke Indonesia last 2 weeks...timbunan kerja dan connection internet yang tak berapa nak bagus membataskan keinginan nak update yang membuak-buak..

Okey..lets story about the trip..

22.11.2011

Seawal 3 pagi dah bangun & bersiap-siap nak ke LCCT. Agak liat nak bangun pagi tu sebab malam tu tidur lambat akibat tengok bola. Excited sangat sokong Malaysia masa final bola tu.

Tiba kat LCCT dalam pukul 5..dan terpaksa bersiar-siar cari parking kat situ sebab parking full akibat himpunan penyokong Harimau Muda yang memenuhi airport..ramai gila yang tunggu team Malaysia..siap nyanyi bagai..

Hampir setengah jam lah jugak cari parking tu..dan kami pun terpaksa rushing nak drop baggage dan terpaksa skip Q orang ramai.. yelah flight pukul 7...nanti kena tinggal pulakkan..

This is my first time naik flight... so agak excited dan semua gambar pun nak amik.. agak jakun disitu..almaklumlah kecik-kecik tak merasa nak naik kapal terbang.. hehe


my mom & auntie

muka excited naik flight


setelah 2 jam perjalanan, kami pun sampai ke Terminal 3 Soekarno Hatta International Airport.. terminal ni katanya baru dibuka..nampak cantik lagi dan lagi best dari LCCT... Terminal 3 ni memang khas untuk Air Asia Indonesia kalau tak silap saya..


bye Malaysia! hehe

after settle check out semua, kami pun sabar menunggu Pak Supir kami.. dan mula bergerak ke bandar Jakarta...

dan memulakan misi SHOPPING! Yeah!

...to be continue....

>_<

Nov 30, 2011

Sheena wedding dress

Hye alls!!

maaf tak update lagi tentang Indonesia trip..sedang catch up dengan kerja yang banyak ni.. phew~~

oh ya..sangat ramai yang request nak tengok dress wedding member I last week..masih ingat lagi entry real wedding: Sheena & Zaki ?

Ramai juga yang tertanya-tanya tu baju Elyana ke..

Tekaan anda semua BETUL! .. *clap-clap* >_<




Sorry korang..tak snap baju ni full...melepaslah pulak..huhu

I memang tak tahu pun tu baju Elyana..lepas baca komen-komen korang, baru taw.. kesiankan?
Cepat-cepat I tanya Sheena untuk konfirmkan..dan betul..tu baju Elyana..Sheena kata dia dah lama berkenan dengan dress ni and kebetulan Zery Zamry nak let go this dress kat blog dia..  Alhamdulillah..rezeki..

Cantik kan?


>_<

Nov 27, 2011

Indonesia Trip: Done!

Salam Maal Hijrah buat followers dan seluruh umat Islam..

feel good to be home in Malaysia...
banyak sangat nak update tentang trip...

harap semua orang bersabar ye...

Selamat Bercuti!

>_<

Nov 21, 2011

real wedding: Sheena & Zaki

Date: 19.11.2011 (Sabtu)
Time: 7.30 pm
Venue: Kg Pengantin, Setapak

This is my first time attend wedding kat Kg Pengantin. That place dari luar nampak macam kedai-kedai makan, sebab sebelah dia ada tempat makan Cina & pasaraya. Tapi bila masuk dalam..fuhhh lawa giler.. sangat sesuai untuk sape-sape yang nak kan garden wedding as their theme.

Takmo cakap banyak..lets enjoy picture yang sempat  Han capture.. I tak bawak kamera kesayangan, so tak boleh nak posing lebih-lebih..hehe  >_<

cantik sangat hall dia..

the bride & the groom

the dais..sweet je

kami bersama pengantin..   


The dress, dais, make up, decoration semua cantik sangat.. especially dress Sheena tu sangat cantik!! cuma kesian kat tuan majlis, lampu dewan banyak kali terpadam dengan sendiri.. so for those yg ada perancangan nak buat majlis kat sini, better check first k..

Btw, Congrats to Sheena & Zaki!

Semoga Bahagia bersama hingga ke akhir hayat.

Amin

>_<

Nov 16, 2011

Scrapaperclip Giveaway

Hi semua orang!

dah lama tak join GA..
to all B2B, ni lah peluang keemasan nak menang guestbook .. 
macam saya, memang tak ada langsung dalam bajet nak buat guestbook ni..
so, mari join GA best ni!  

Hadiah
A Free A5 size wedding guestbook for 2012 wedding
worth RM 180

GA ni organize by cik Farah, empunya Scrapaperclip


Camne nak join?
1. Be a follower.
2. Spread this news in your blog post title Scrapaperclip Giveaway. Simple one will do
3. Post it here
4. DONE !

Hurry up! 
tarikh tutup 17 November.

>_<


Nov 15, 2011

wedding video : Dira Abu Zahar + Helmi


This is video nikah Dira & Helmi by my VideoG, mhpictures
I harap cantik macam ni lah video nikah I nanti ye..

Enjoy    
>_<


Nov 11, 2011

11.11.11

11.11.11

beautiful date...
got a lot of wedding invitation...
congrats to brides & grooms..
wish to enjoy the moment with all of you..

but..


I'm SICK..
not feeling well...



pray for me darlingS..


Have a Nice Weekend   
>_< 


Nov 10, 2011

wedding idea: telur pindang

hye darlingS...

Pernah dengar tentang telur pindang? pernah makan? kalau orang Johor, mesti taw punya tentang telur ni..sebab dia memang famous kat Johor..

source: Cik Fatin Ilani

My mom dulu masa mengandungkan adik bongsu I, dia mengidam nak makan telur ni je..rasa dia sedap..I rasa lagi sedap kot dari telur rebus biasa..

Biasanya kalau I pergi kenduri kahwin dekat Johor, I akan dapat telur ni as one of doorgift..

memandangkan my Abah adalah orang Johor, so my mom kata nak selitkan sikit keJohorian dan keJawaan dalam majlis nanti..dengan membuat telur pindang as isi kat bunga pahar and 'doorgift' untuk VIP sperti keluarga pihak lelaki..

I pun setuju, sebab telur ni tak muak..sambil-sambil tu I bolehlah kenalkan sikit keJawaan family I kat family Han.. bab-bab makan, suka aje nak kenalkan..cuba suruh I cakap Jawa..FAIL.. haha

ni I selitkan resepi telur pindang..mana taw ada yang nak cuba buat.

Telur Pindang:
Bahan-bahan:
8 butir telur ayam
8 butir kulit bawang merah
10 lembar daun jambu biji
800 cc air
3 siung bawang putih, iris tipis
1 sendok teh garam
7 sendok makan kecap manis
1/2 sendok teh lada bubuk
1 sendok teh penyedap rasa, jika suka
100 cc air

Cara membuat:
1. Rebus telur yang sudah diberi kulit bawang dan daun jambu dengan 800 cc air. Ketukketuk kulit telur agar meresap. Setelah matang, kupas kulitnya. Sisihkan.
2. Tumis bawang putih hingga harum, masukkan 100 cc air, kecap manis, lada, garam, penyedap rasa. Masak sampai matang, angkat.
3. Hidangkan.

source: http://www.eresep.com/2481/5/resep-masakan-Telur-Pindang/

Hasilnya, macam ni kat dalam telur tu. Bercorak-corak..hehe

source: Google

agak complicated jugak orang kata nak buat, even my mom pun tak berapa pandai nak masak telur ni..nanti masa majlis, my mom nak minta tolong makcik I dari kampung buatkan..dia memang handal bab-bab telur pindang ni..hehe

sesiapa nak cuba, bolehlah try...

>_<

Nov 9, 2011

Indonesia Trip: The Plan

morning alls!...

thanks to those yang bagi idea untuk my wedding dress.. >_<

now, I nak cerita pasal my planning trip to Indonesia in 2 more weeks..

Ni first time I nak pergi luar dari negara dan first time jugak I nak naik kapal terbang...sedey kan? isk3.. sebab tu  I excited melampau sangat-sangat..hehe


Trip ni actually my mom yang ajak..ada member dia promote join travel pi Indonesia ni, trip ke Jakarta & Bandung untuk 4 hari 3 malam..for RM 900. tu campur ticket flight, hotel, and transport kat sana. Ni trip kumpulan yang besar, maybe dalam 20 orang kot..and maybe ramai makcik2..

Bila my mom ajak, I terus setuju..tak fikir pun 900 tu mahal ke tak..u olls rasa mahal ke? I pun tak google dulu sebelum setuju tu..hee

hari tu masa balik raya, my mom bagitau tentatif trip dah keluar..bertambah-tambahlah excited nya..google sana sini..nak tengok apa yang best..so, here is the plan:

22/11/11 : 
Flight to Jakarta
Shopping at Tanah Abang
Shopping at Senayan Mall City
Bertolak ke Bandung

23/11/11:
Visit Tangkuban Gunung Berapi
Visit Trans Studio (pun ada shopping mall kat situ..hehe)

24/11/11:
Shopping at Pasar Baru
Shopping at Toko3
Visit Kedai Kek Lapis Indonesia
Balik ke Jakarta

25/11/11:
Shopping at Mangga 2
Balik ke Malaysia

Cuba u olls kira, berapa banyak perkataan shopping disitu? waaaaa! I excited sangat!


Duit dah kumpul, tinggal nak tukar ke duit Rupiah je belum lagi..jadi jutawan lah kat sana kan..ada berjuta-juta Rupiah..hihi..I nak cari sikit barang untuk wedding, jeans, begs, kebaya... semualah...Hopefully cukuplah duit yang I bawakkan...hee

Nak guna advise ni sepenuhnya nanti,


hihi... wink wink >_<

Nov 8, 2011

wedding preps: the dais & color of dress..


Hi semua! 

first day at work after 4 hari bercuti, rasa malas sesangat kan? tapi I kena buat-buat rajin..sebab lagi 2 minggu nak cuti panjang.. nak pergi Indonesia..insyaAllah..so, kena bagi bos nampak kita rajin, nanti dia bagi kita cuti dengan senang hati..hee

I'm so excited!! Counting days macam orang kira nak kahwin..and now totally tak ada mood nak buat kerja, fokus dah hilang..waaaa! 

Nanti I cerita lebih lanjut tentang Indonesia trip tu ye..

now, nak minta tolong sesayang semua bagi cadangan...
I tak boleh nak decide warna untuk my reception dress..waaaa!

I ada berkenan pada satu pelamin ni.. First time tengok pelamin ni kat blog Liyana SCR tentang wedding her friend, I dah jatuh hati sangat-sangat.. simple dan sweet..

so, I dapat inspirasi untuk buat pelamin macam ni, and ubah sikit-sikit kot nanti..tapi I think yang ni pun dah sangat perfect..agak-agak kalau kita buat sebijik-bijik, vendor asal marah tak?huhu..vendor pelamin ni asal dari JB, De Casa Impiana, jauh..huhu


sumber: Liyana SCR.. tengok ada 'logo' dia kat gambar..hehe


I try tanya beberapa vendor, how much upah diorang untuk buat pelamin macam ni...ada yang quote bawah 1k.. Alhamdulillah, still dalam bajet.. bajet I sikit je untuk pelamin..tak sanggup nak keluar riban-riban..huhu

semalam I tunjuk dekat my Mom, dia kata dia boleh DIY pelamin ni sendiri, cuma kena beli kerusi je.. I pun macam, wow! cam menarik je idea mak ni kan..mini pelamin I masa tunang pun 100% my mom yang buatkan..cuma I taknak susahkan dia kali ni..takpe..tu nanti kita decide kemudian..

masalahnya sekarang, if pelamin I nanti, sebijik macam ni.. apa warna dress yang I patut pakai? adakah sama warna dengan bantal tu? atau baby blue macam warna langsir? atau putih?  waaa! I pening.. I dah teringin sangat nak pakai warna baby blue, tapi mak kata tak 'naik' warna tu.. nanti pengantin tenggelam.. isk3

Dalam previous post, I decide nak buat tiffany blue+blush pink for my reception..and I nak tambah sikit dengan soft yellow/cream and white...

I ada beberapa choice, need you all punya sokongan:

1. Tukar warna pada langsir pelamin tu kepada blush pink, and I pakai tiffany blue.
2. Langsir tu kekal biru, I pakai dress blush pink..nak bagi nampak matching, bunga tepi tu I nak campur dengan warna pink sikit..
3. Pakai baju warna putih
4. Pakai baju sama kaler dengan warna langsir

macam mana? which one you olls rasa okey? I nak cari kain kat Indonesia lagi 2minggu ni..isk3..

help!!



Nov 6, 2011

11 things: Answering Tag by Amy


1. Impian anda?
Jadi billionnaire
2. Perkahwinan yang macam mana anda inginkan?
Sederhana, cantik dan meriah
3. Angka yang anda minati?
7
4. Apa yang anda suka pada pak we/teman anda?
Everything. >_<
5. Apa yang anda tidak suka pada pakwe/teman anda?
Bila dia balas sms lambat.kui3
6. Perkara yang lucu ketika dating?
macam-macam. banyak sangat nak senaraikan. >_<
7. Tempat yang anda rasa paling best yang pernah anda pergi?
Shopping Complex? hehe
8. Suka masak?
Yup!
9. Tabiat buruk anda yang susah nak ubah?
Emo. hee
10. Pandangan anda terhadap ayat "cakap tak serupa bikin"?
tah hape-hape je orang macam ni.
11. Ada apa dengan blog saya?
your diary yg wonderful >_<

11 things : Answering Tag by Bahirah


1) Nama penuh anda..nama ayah tak payah la..hehee..
Nur'Atiqah

2) Status? Single? Married? Engaged?
Engaged

3) Pernah tengok lelaki menangis depan mata? tahu tak kenapa?
Pernah. Sedih sebab orang yang dia sayang.

4) Tell me one of your best memory zaman sekolah rendah :)
selalu dapat top3 dalam kelas..hehe

5) Restoran Ikan Bakar atau Western Foods? State your reason.
Both! Ikan Bakar sebab I suka seafood, western food sebab I selalu bajet omputih, nak makan stik & pasta..hehe

6) Bunga/ Romantic Dinner/ Cake/ Shopping voucher? Pilih satu je..tak bole tamak..
Shopping Voucher! 

7) Define bestfriends and kawan.
The one yg akan berada susah dan senang and accept kita seadanya.

8) Korang ade RM10 dan terdesak nak beli hadiah utk tunang/suami. Korang beli ape?
Beli makanan! sebab Han suka makan. hehe

9) 1st reaction bile terjumpa ex-bf/ ex-gf... hihihi
erk??? Hi! 

10) Bile last purchased kasut?
Seminggu yang lepas


11) Anda buat apa time public holiday hari ni?
Makan, tido, main dengan kucing, update blog. hehe


11 things: Answering Tag by Fza

TERMS & CONDITIONS:
1.You must post these rules.
2.Each person must post 11 things about themselves in their journal.
3.Answer the questions the tagger set for you in their post. And create eleven new questions for the people you tagged to answer.
4.You have to choose 11 people to tag and link them on the post.
5.Go to their page and tell them you have tagged HIM/HER
6.No tag back!
7.No stuff in the tagging section about "YOU ARE TAGGED IF YOU ARE READING THIS" YOU LEGITIMATELY (a.k.a REALLY, TRUST, WITH ALL HONESTY) have tagged 11 people.


11 things about TqahMisdar

1. My fullname is Nur'Atiqah binti Misdar
2. I am mix, Jawa + Malay = Jalay (ade ke?hehe)
3. Anak sulung dari 6 adik beradik, 4 adik lelaki & seorang perempuan
4. I am a cat lover
5. Working as Sales Executive at Asia iKnowledge..dulu I tak suka sales hokey..tapi sekarang dah fall in love
6. I gila twitter..sepanjang masa boleh update status..kui3
7. Die Hard Fan MR PRAWN aka Udang
8. Engaged to Muhammad Akmal Abd Razak
9. I giler beli baju
10. I suka makan tapi tak suka exercise
11. I sayang semua followers & readers I >_<

 Nak jawab soalan dari Fza dulu.
1. What is your dream?
To be a billionnaire
2. First impression when u look at me? 
Sweet je orangnya..hehe
3. What is your favourite movie?
Aviator,The Hangover.. mostly movie Leonardo Dicaprio berlakon
4. Adakah anda suka berkawan dengan saya?
Yup! of course *hugs*
5. Jika anda ada 60 saat, apa yang anda nak ucapkan?
saya sayang semua orang dan benda disekeliling saya dan saya amat menghargai dan bersyukur dengan kehadiran mereka. (cam skema je..hehe)
6. Kereta idaman anda?
Ford Fiesta & Honda Civic 
7. Adakah anda tahu kenapa anda di tag? berikan sebab.. hehe
sebab di tag.. hehe
8. Makanan kegemaran anda?
Semua makanan yang tak pelik..hehe
9. Negara yang anda ingin kunjungi?
ITALY!!!
10. Brand laptop yang anda guna sekarang?
ASUS
11. Siapakah nama kekasih/suami/tunang anda?
Muhammad Akmal Abd Razak >_<

11 soalan yang I nak tanya:
1. Best tak raya?
2. Dulu sekolah rendah kat mana?
3. Pandai masak apa?
4. Pandai siang ikan tak? I tak pandai..hehe
5. Baju kurung or dress? why?
6. Pagi tadi makan apa?
7. Berapa tinggi?
8. U rasa Rozita Che Wan patut tak jadi pengacara ASK2011?
9. Ada Twitter tak? meh nak follow.
10. Kasut Vincci or Nose?
11. Sayang I tak? hehe

I tag semua orang! hehe..
selalu ngelatkan..
ok lah I tag:
3. Nana
5. Nora
10. Uya
11. Sara

wedding idea: blush pink+tiffany blue

hye!
korang perasan tak blog I dah bertukar warna? hehe.. saje tukar, nak amik mood untuk aktifkan kegiatan wedding prep.. >_<

dari tadi duduk google wedding inspiration..raya-raya ni, orang tengah sibuk berkorban, I duduk dalam bilik google idea kan..hihi..

and I found these combinations..*melting*..

looks like I kena jadikan tiffany blue & blush pink sebagai main colour untuk reception..while soft yellow or gold as 3rd colour...

>_<









sweet je kan? >_<

source: Google

salam Aidiladha

Selamat Hari Raya Aidiladha 
untuk readers & followers yang beragama Islam..
maaf zahir batin andai ada terkasar bahasa ,tersalah cakap ..
mari kita sama-sama hayati erti Korban ini..

kepada yang non-Muslim, selamat bercuti! 




PEACE! >_<


Nov 4, 2011

wedding idea: hair accessories for bride

hye!

just found this.. thought of nak share with all beautiful B2Bs..
since I am not free hair..just berangan je la nak pakai comel-comel macam ni kat rumah..hehe.. enjoy!