Dec 7, 2011

Indonesia Trip: Taman Mini Ancol

Holla!

bagi sesiapa yang terlepas kisah sebelum ni boleh refer kat links ini ye..
1. http://tqahmisdar.blogspot.com/2011/12/indonesia-trip-departure-arrival.html
2. http://tqahmisdar.blogspot.com/2011/12/indonesia-trip-mangga-2.html

mari sambung kisah trip ke Indonesia saya!

selepas agak tidak puas bershopping di Mangga 2, kami pun bergerak ke Taman Mini Ancol..jarak kedua-dua tempat ni dalam 10minit je..

bayaran masuk ke Taman Mini ni 15k Rupiah kalau tak silap..tak berapa ingat dah sebab tak excited sangat nak masuk..masing-masing dah penat, dan berpeluh-peluh.

Taman Mini ni lebih kepada macam taman tema kecil. Ada roller coaster, cable car, dan beberapa mainan lain..ala-ala Genting Highlands lah..cuma versi tanah rata.

turun je dari bas, kami terus cari tempat untuk makan dan solat. teringin juga nak naik mainan-mainan tu, tapi disebabkan jalan dengan Mak & makcik-makcik, maka terpaksalah ikut mereka berehat-rehat. Semua orang pun macam tak berminat nak jalan lebih-lebih kat situ sebab dah penat and badan berpeluh-peluh tak mandi lagi.

tapi sempatlah jugak Mak & Achik saya berposing kat taman tu..macam kanak-kanak riang..

ni je yang sempat ambil..sedih

My mom & Achik

kami diberi almost 3 jam kat situ untuk jalan-jalan tapi semua dah mendesak ketua kumpulan supaya balik ke hotel awal, maka after 2 hours kami pun naiklah bas dan mula bergerak ke Bandung...

bila dah balik, rasa rugi pulak tak habis jalan-jalan kat situ..sebab baca balik, memang banyak sangat part menarik dalam taman ni..

masa on the way ke Bandung tu, ada satu pemandangan yang buat saya kagum..sebab rasanya tak pernah jumpa ni kat Malaysia...

kagum dengan landasan keretapi ni..gayat!!!
punyalah penat, sampai semua orang pun tidur sepanjang perjalanan 3 jam ke Bandung..

next, cerita pasal Bandung pulak.. >_<