Dec 3, 2011

Indonesia Trip: The Departure & Arrival

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum..

Akhirnya, terjumpa masa nak update pasal trip ke Indonesia last 2 weeks...timbunan kerja dan connection internet yang tak berapa nak bagus membataskan keinginan nak update yang membuak-buak..

Okey..lets story about the trip..

22.11.2011

Seawal 3 pagi dah bangun & bersiap-siap nak ke LCCT. Agak liat nak bangun pagi tu sebab malam tu tidur lambat akibat tengok bola. Excited sangat sokong Malaysia masa final bola tu.

Tiba kat LCCT dalam pukul 5..dan terpaksa bersiar-siar cari parking kat situ sebab parking full akibat himpunan penyokong Harimau Muda yang memenuhi airport..ramai gila yang tunggu team Malaysia..siap nyanyi bagai..

Hampir setengah jam lah jugak cari parking tu..dan kami pun terpaksa rushing nak drop baggage dan terpaksa skip Q orang ramai.. yelah flight pukul 7...nanti kena tinggal pulakkan..

This is my first time naik flight... so agak excited dan semua gambar pun nak amik.. agak jakun disitu..almaklumlah kecik-kecik tak merasa nak naik kapal terbang.. hehe


my mom & auntie

muka excited naik flight


setelah 2 jam perjalanan, kami pun sampai ke Terminal 3 Soekarno Hatta International Airport.. terminal ni katanya baru dibuka..nampak cantik lagi dan lagi best dari LCCT... Terminal 3 ni memang khas untuk Air Asia Indonesia kalau tak silap saya..


bye Malaysia! hehe

after settle check out semua, kami pun sabar menunggu Pak Supir kami.. dan mula bergerak ke bandar Jakarta...

dan memulakan misi SHOPPING! Yeah!

...to be continue....

>_<