Nov 10, 2011

wedding idea: telur pindang

hye darlingS...

Pernah dengar tentang telur pindang? pernah makan? kalau orang Johor, mesti taw punya tentang telur ni..sebab dia memang famous kat Johor..

source: Cik Fatin Ilani

My mom dulu masa mengandungkan adik bongsu I, dia mengidam nak makan telur ni je..rasa dia sedap..I rasa lagi sedap kot dari telur rebus biasa..

Biasanya kalau I pergi kenduri kahwin dekat Johor, I akan dapat telur ni as one of doorgift..

memandangkan my Abah adalah orang Johor, so my mom kata nak selitkan sikit keJohorian dan keJawaan dalam majlis nanti..dengan membuat telur pindang as isi kat bunga pahar and 'doorgift' untuk VIP sperti keluarga pihak lelaki..

I pun setuju, sebab telur ni tak muak..sambil-sambil tu I bolehlah kenalkan sikit keJawaan family I kat family Han.. bab-bab makan, suka aje nak kenalkan..cuba suruh I cakap Jawa..FAIL.. haha

ni I selitkan resepi telur pindang..mana taw ada yang nak cuba buat.

Telur Pindang:
Bahan-bahan:
8 butir telur ayam
8 butir kulit bawang merah
10 lembar daun jambu biji
800 cc air
3 siung bawang putih, iris tipis
1 sendok teh garam
7 sendok makan kecap manis
1/2 sendok teh lada bubuk
1 sendok teh penyedap rasa, jika suka
100 cc air

Cara membuat:
1. Rebus telur yang sudah diberi kulit bawang dan daun jambu dengan 800 cc air. Ketukketuk kulit telur agar meresap. Setelah matang, kupas kulitnya. Sisihkan.
2. Tumis bawang putih hingga harum, masukkan 100 cc air, kecap manis, lada, garam, penyedap rasa. Masak sampai matang, angkat.
3. Hidangkan.

source: http://www.eresep.com/2481/5/resep-masakan-Telur-Pindang/

Hasilnya, macam ni kat dalam telur tu. Bercorak-corak..hehe

source: Google

agak complicated jugak orang kata nak buat, even my mom pun tak berapa pandai nak masak telur ni..nanti masa majlis, my mom nak minta tolong makcik I dari kampung buatkan..dia memang handal bab-bab telur pindang ni..hehe

sesiapa nak cuba, bolehlah try...

>_<

7 comments:

erin moshimoshi said...

wah mumy erin suke .. ni buat dekat bunga pahar nice . xpon telur asin

miszatie said...

uu atie telur ni mesti atie lari dlu..x tau nape..anti..huk3..:)

aZilsah said...

oo.. ni org Johor+Jawa pnya tradisi ke? tunang i org Johor+Jawa. boleh suggest kat dia! tp kalau org Ipoh biasa telur ni org cina je makan. hehehe

~ NANA ~ said...

MIL suka sgt2 mkn telur pindang..sbb org johor kot...hehe

misya said...

apa rasanya

hanys said...

Tunang pun sukaa sgt telur pindang. Tp i tak ~ huhu

UyaRayza said...

my reception punye doorgift bg telor pindang la hehehehe..x surprise kn? save budget sket..