Sep 5, 2011

~ kucing saya mangsa neraka PETKNODE~

salam...

entry selepas raya ni dimulakan dengan hal kucing-kucing...nak berkongsi dengan semua orang tentang kucing-kucing yang malang...termasuk anak-anak saya, Bibi & Didi..semua ni angkara Petknode! kejam!

....Disebabkan tahun ni cuti raya panjang, rasa macam tak sanggup nak bawa Bibi & Didi balik Kuantan sebab takut tak ada orang nak jaga kat sana, lagipun barang-barang banyak nak bawa balik...tak muat kereta Viva saya yang kecil tu...carriage diorang pun dah makan suku ruang kereta..so saya decide untuk hantar mereka ke tempat pet boarding...

Google punya google..terjumpalah Petknode Boarding ni..website cantik..nampak professional sangat..baca testimoni orang sebelum ni, semua kata tempat ni OK, harga pun reasonable..kat FB pun tunjuk tempat boarding cantik, ala-ala 5 class gitu..ok..fine, boleh percaya tempat ni..tapi hold dulu sebab nak survey tempat yang lain..

cantik bilik dia kan? pelanggan mana tak konfiden tengok camni tempat dia

Hari tu beberapa minggu sebelum raya, terjumpa satu promo raya ni kat website Petknode.. RM 3.95 per cat/a day.. single cage...wah! murah giler...biasa satu hari RM15..ni boleh jimat banyak..ada 2 ekor, RM 3.95 x 2 ekor x 9 hari = baru 100 lebih campur makan..murahkan? so, mengukuhkan lagi alasan nak hantar diorang kat sana...


saya check in Bibi & Didi 26 August..first masuk kedai.. WOW! cantik...ada friendly cats called Apong & Handsome menunggu customers kat situ...staff dia pun mesra je..nampak suka sangat dengan kucing...then tanyalah diorang, pasal penjagaan kucing-kucing semua..ok..totally boleh percaya diorang ni... then malam tu, baliklah kampung dengan senang hati..Bibi & Didi akan dijaga dengan baik..

Semalam saya patut check out Bibi & Didi..on the way nak pergi kedai tu asyik tersalah jalan je..haih..membazir duit minyak & tol.. then suddenly bila tengah drive, someone called:

Encik A: Cik Atiqah? Ada hantar kucing kat Petknode tak?
Saya: Ye saya. Ada. Kenapa ya?
Encik A: Dah dapat kucing tak?
Saya: Dapat kucing? Maksudnya?
Encik A: Boleh tak cik datang sekarang? ada emergency kat sini.
Saya: OK. saya memang tengah on the way pun. kejap lagi saya sampai.
Encik A: OK. bagus. nanti dah sampai kami cerita.

Saya tercengang lepas letak phone. Kucing saya buat hal ke? Yela..budak berdua tu tak boleh jumpa kucing lain, cepat naik angin.. then cepat-cepat pecut ke Petknode, Damansara Damai..

Sampai kat sana, bau hancing gila kat bangunan tu. cage kucing bersepah dengan poops, air kencing dalam cage. ok. tarik nafas jap. bertenang, then tanya orang kat situ, apa yang dah jadi. then dapat tahu yang polis & beberapa orang pecahkan kedai tu untuk selamatkan kucing dalam kedai. most customers yang sepatutnya dah check out kucing diorang, tak dapat ambil kucing lagi sebab kedai tutup. staf kat situ kata kedai ni buka setiap hari. then bila call, tak dapat & diorang marah-marah customers dan kata nak hantar kucing ke rumah. ada tuan yang dah dapat kucing, marah-marah kucing diorang kotor & kurus gila bila dapat.

antara tuan kucing

rata-rata orang dah menangis-nangis cari kucing diorang, ada yang meraung-raung. Saya cepat-cepat cari Bibi & Didi..then terjumpa Bibi! yea! kesian anak Mama duduk dalam cage kotor. Makanan pun bersepah-sepah. Then cari Didi pulak. tak jumpa!! nak luruh jantung ni cari anak yang sorang ni. memang tak jumpa.

Bibi tengah sabar tunggu Mama

Stay kejap kat situ, tolong Mama & Papa kucing yang lain..sedih sangat tengok ada kucing yang mati kelaparan..cuba tahan airmata dari menitik.. kejam giler manusia ni..macam ni kata servis terbaik?? terbaik sampai kucing mati? haih.. Then ada orang bagitaw, ada lagi kucing dekat Balai Polis Sungai Pelong..apa lagi, cepat-cepat drive pergi sana.. sampai-sampai, cari Didi..tak ada jugak.. ya Allah, manalah anak mama ni..

Ada somebody bagitaw, owner kedai tu tengah on the way angkut lagi kucing-kucing dari sebuah rumah..tarik nafas lega sikit..harap sangat anak Mama ada.. lepas sejam tunggu, van pun sampai, tak ada jugak Didi! then kakak ni bagitau, dorang ada trip lagi nak ambil kucing.. WHAT?? berapa banyak kucing diorang simpan?? kat kedai dah 90..dekat rumah ada dalam 200++ lagi.. gila! ingat kucing tu kotak ke? boleh sumbat banyak2..

ni lah rumah tempat diorang simpan kucing. credit to: KTAJ

jam dah pukul 4..saya terpaksa lari sekejap nak hantar adik pergi LRT Kelana Jaya sebab dia nak balik asrama before pukul 6.. tinggalkan my cousin kat situ untuk tunggu Didi.. after an hour, dapat call dari dia, kata dah jumpa Didi..tapi kotor sangat! lega rasa hati..boleh bernafas sekejap..

Sampai sana, terus ambil Didi..balik and bersihkan diorang dan bagi makan..saya nak tolong volunteers lain, tapi badan dah penat sangat sebab drive dari Kuantan sebelum tu..kesian anak-anak Mama..lapar sangat.. jahat dua ekor tu buat kucing macam ni kan?

ni lah 2 manusia jahanam tu. credit to: KTAJ

Saya beruntung sebab anak-anak saya masih hidup, walaupun keadaan diorang kotor dan kurus..kesian kat mereka yang baby diorang mati kelaparan..RIP kitties.. Allah akan balas perbuatan mereka..

rehat setelah trauma seminggu

Followers & Readers, lets pray for them okay? Semoga 'si zalim' berdua tu dapat balasan yang setimpal...

more info: http://www.myanimalcare.org/ atau https://www.facebook.com/#!/ktaj0311

11 comments:

malynd_anggun said...

ya Robbi..cian nye kucing2 tuh..ade yg mati pulakkk..demmm!! kuang ajo punye manusia! nak untung je..adooiii...act, ape citer nye dgn depa nih ye? ade dpt info ke pasal diorg nih? kne tangkap polis napa?

tqahmisdar said...

malynd: dorg buat bisnes pet boarding..dah lama dah..smalam kantoi, utk raya ni dorg ambil order 300 ekor kucing..smlam dah kena tangkap..tp dah dilepaskan.. =(

cik dyla said...

nape dengan kucing2 ni?dorg curik kucing utk ape?

tqahmisdar said...

dyla, dorg tak curi kucing..dorg spatutnya tlg jaga kucing..kita dah bayar servis dorg..tp dorg jaga tak elok..tamak sgt, nak duit je

Unknown said...

sedihnya.tengok sampai kurus2 kucing kt situ.apa masalah diorang sebenarnya.staff tak cukup ke?tuhlah tamak sangat.buat promo tapi takley nak handle.tak pepasal kucing jadi mangsa.:(

e.t.t.y said...

dpt update dari admin ktaj thru phone je. tak puas hati kenapa semua sibuk2 pasal petknode. sekali, masyaAllah. kejam gila. melayu islam pulak tu. pui lah! buat org susah nk percaya kt mana mana boarding centre kan...

phatgurl said...

Syukur alhamdulillah your babies still sihat & selamat. Kita punyalah sayang kucing kita sampai sanggup spend hantar boarding diorang selamba wat tak kesah. Dasar manusia tamak haloba...habis haiwan bersalah menjadi mangsa. Kejam betul.

Super Ummi said...

nilah jenis manusia yang tamak haloba... duit nak tapi servis macam hampeh... sabar ye tqah.. Alhamdulillah, baby tqah2 selamat kan..

Ezza Z said...

comel giler anak2 u.
nak jaga sorang boleh?(baca:sekor)
hehehe.

OmmaHussein said...

diorang ni, mmg tamak haloba betul..kesian kucing2 tu, sedih dengar ada yg mati..

Renee Meow said...

alhamdulillah ur kitties selamat..tp mesti trauma kan..huhuhu. i mmg still cant get over dis event..rasa mcm nak tlg tp time tu kat genting da n my sis plak ada baby... kecian sgt222 kat those kitties yg meninggal n kurus2 kotor2 tu.. huwaaa.. T_T