Jun 29, 2011

~salam Israk Mikraj~


dalam keriangan dan tak kesabaran menunggu nak tengok Transformers malam ni..
terlupa satu peristiwa bersejarah dalam Islam..
Israk Mikraj..

dulu masa sekolah, gigih belajar & dengar cerita apa yang berlaku masa Israk Mikraj ni..

antara peristiwa yang menarik yang boleh kita jadikan pengajaran:

1) Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam. Kata Jibrail : Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.

2)   Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali. Jibrail memberitahu Rasulullah: Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang).

3) Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Kata Jibrail: Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri / suami.

4) Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibrail: Itulah orang yang makan riba`


dan pelbagai lagi peristiwa lain, boleh rujuk kat sini..  

so, jom kita sama-sama hayati hari bersejarah dalam Islam ni..

Salam Israk Mikraj..
>_<





3 comments:

Unknown said...

bgus la tqah...peringatan...semoga kita dijauhkan dari kemungkaran dan hasutan syaitan dirajimmm..aminnn~

~ NANA ~ said...

tq share...mudahah-mudahan dijadikan peringatan :)

tqahmisdar said...

uya: amin.. =)

nana: yup2.. igtan utk diri tqa jugak.. =)