Jun 30, 2011

~review: Transformers 3~


disaat mereka bersorak riang pasukan Malaysia menang bola..
saya bersorak kesukaan sebab penantian hampir setengah tahun berakhir untuk tengok Transformers 3 ni..
setiap kali trailer dia keluar kat panggung, stiap kali tu, rasa sakit sgt hati..
sebab kena tunggu lama nak dapat tengok..



sejak awal Jun dah mula cek kalau2 gsc dah buka beli online ke tak..
bayangkan, almost every day dalam last week saya cek website dia..
then Jumaat lepas, bila diorang release showtimes, ape lagi..
dah tak pikir dah, terus sapu 2 tiket..
gembira giler rase..hehe

tadi, dah berjaya tengok kat GSC Tropicana City Mall..
hall memang penuh sampai seat depan sekali..

cerita dia boleh tahan..
mula-mula agak slow sikit..
tapi after 15-20 minutes cerita, dia dah makin jadi best sangat!


sequel kali ni banyak part yg buat orang touching..
mcam nak nangis je tengok autobots kena bunuh, kena tembak..
lagi-lagi bila Bumblebee nyaris nak kena bunuh..
ops! terbagi spoiler pulak..hehe

Patrick Dempsey pun ada taw..
si pengganti Megan Fox tu pun boleh tahan hot nye..
lakonan dia lagi bagus dari si Fox tu..

saya bagi 9 setengah bintang untuk sequel kali ni..
of course akan tengok 2 kali..macam X-Men..
dah janji dengan Han nak tengok 2nd time yang 3D dengan dia..

nanti gi tengok k, konfirm tak rugi..

>_<


Jun 29, 2011

~Rabu tanpa kata:3~

source: stylemepretty

kek ni betul2 menarik perhatian saya..
apa pendapat korang dengan design dia? 

>_<


~salam Israk Mikraj~


dalam keriangan dan tak kesabaran menunggu nak tengok Transformers malam ni..
terlupa satu peristiwa bersejarah dalam Islam..
Israk Mikraj..

dulu masa sekolah, gigih belajar & dengar cerita apa yang berlaku masa Israk Mikraj ni..

antara peristiwa yang menarik yang boleh kita jadikan pengajaran:

1) Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam. Kata Jibrail : Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.

2)   Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali. Jibrail memberitahu Rasulullah: Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang).

3) Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Kata Jibrail: Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri / suami.

4) Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibrail: Itulah orang yang makan riba`


dan pelbagai lagi peristiwa lain, boleh rujuk kat sini..  

so, jom kita sama-sama hayati hari bersejarah dalam Islam ni..

Salam Israk Mikraj..
>_<





Jun 28, 2011

~ a purple wedding~

haloo..
mood nak kawin dah datang..hehe..

google-google..terjumpa wedding ni..
sangat suka lighting dia.. purple!!






p/s: tetiba rasa nak buat majlis kat dewan.. hehe

all pictures credit to: onestylishbride

Jun 27, 2011

~blur~


nak update blog..
tapi taktaw nak update ape..

dah hampir 5 jam merenung keyboard..
mengkorek2 idea untuk menulis..
tapi..hampeh..
adoiyai..

korek lagi..korek..korek..

new boyfie..
p/s: ni netbook baru saya..nama dia James..sempena nama James McAvoy..haha
say hi to James kawan2...   


>_<

Jun 26, 2011

~netbook baru..yea!!~


Hallooo.. 
(sila baca seperti Acai..hehe)

mood excited terlebih ni..
sebab..finally dah berjaya beli netbook..yea!
setelah 2 bulan menahan diri dari bershopping..

kali ni beli netbook je yang mampu..
ringan n senang nak bawa gi mana2..
takdelah risau lappy hilang bila umah kena masuk dengan pencuri jahanam lagi macam kisah seblom ni..

semalam pergi Low Yatt dengan harapan nak beli Acer @ Dell..
sebab ada 2 brand ni ada model kaler pink...hehe..
tapi sekali..terbeli ASUS plak..

memang terbaiklah salesperson tu...
bila dengar dia explain n pasal produk, memang wat kita rasa kita patut beli..
bukan macam sesetengah kedai..bila suruh explain pasal satu2 netbook..
diorang just explain benda2 basic je eg: storage, RAM..
semua tu dalam brochure kita boleh tengok kan?

tapi Mamat tu explain dari A-Z..lengkap!..
saya recommend kalau korang nak beli lappy or netbook..boleh pergi kedai dia..
Mexcore Unlimited Access kat 2nd floor...
siap dapat 20 freegift lagi tu...fuhh~~

lepas ni bolehlah kembali berblogwalking n berblogging dengan jayanya...
yea!


Jun 23, 2011

~jatuh hati~


jatuh hati dengan dress & veil ini...
 

Ya Ampun..kata patung ini..hehe


oh my....nak satu!

>_<



Jun 22, 2011

~Rabu tanpa kata:2~


Love is not blind..
It sees more and not less,
but because it sees more it is willing to see less.

- Will Moss -

Jun 20, 2011

~kelam kabut nak nikah~


hari ni my nikah day..
gila!
kelam kabut malam-malam cari klinik nak buat HIV test..
dengan pikir nak submit borang macam-macam..
tok kadi ada ke tak..

stress sangat malam tadi..rasa nak nangis2 je..
tiba-tiba terjaga, terus tarik nafas lega..
alhamdulillah..mimpi je..

agaknya ni tanda yang saya dah kena mula ambil serius segala persiapan semua..
as permulaan, this week nak mula buat checklist &  budget..

oh! harap-harap tak memeningkan kepala yang sememangnya dah pening kejar nak naik satu pangkat ni..
 bos dah push suruh cari 65k sales untuk julai..
dush!






~dah 3 hari angau kat laki lain..haish~


morning alls!

saya ada masalah besar ni..dah 3 hari angau kat laki lain ni..
oh tidak! saya takkan menduakan Han...
lelaki yg saya angau ni bukan lelaki2 biasa, dia boleh baca fikiran orang..ha..hebatkan?

siapakah?
baca fikiran dia!
Professor X!..haha..ni lah bahana nya tengok X-Men Sabtu ri tu..


actually, dah lama sangat dah suka James McAvoy ni..
tapi bila tengok X-Men 1st class kelmarin, makin angau plak kat dia..haish..
takde lah hensem mana orangnye, tapi suka sangat dia punya accent bila bercakap..




Semalam gigih mencari DVD dia ni berlakon, tapi tak jumpa..
ape da kedai tu..cite Wanted pun takde..ish2..
dapat DVD X-Men sebelum2 ni pun jadi la..
tengok Professor X yang botak tu pun bayang muka dia je..haha..



Han pun dah tak larat nak layan angau saya ni.. hehe
tapi Ling sayang Han sorang je..
>_<



Jun 19, 2011

~Happy Birthday & Happy Abah's Day~


hensemkan Abah saya? macam Anil Kapor..hehe

Happy Birthday yang ke-50 Abah..
waaa! dah setengah abad dah umur abah..
tak lupa juga, Happy Abah's Day..
Semoga panjang umur & sentiasa dimurahkan rezeki.. amin..
tak dapat nak celebrate sama-sama hari ni.. isk3..
gambar kat atas ni kitorang celebrate last week sebab minggu ni saya tak dapat balik Kuantan..

hope Abah suka dengan hadiah mesin polish kereta yang kitorang bagi..
lepas ni boleh polish kereta kitorang dengan jayanya..yea! hehe..
(Abah saya memang suka basuh kereta..ngee)
Along sayang Abah..
Mmmmmmuuuuaaaaahhh!

xoxo



Jun 16, 2011

~Kodi's reception, simple tapi meriah~

Hye sayang-sayang..

Nak cerita ni..
last Monday, saya join ofismate saya berkonvoi ke Sungkai, Perak untuk attend Assistant Manager kitorang punya wedding..

kitorang gerak dari Jejantas Sg Buloh around 4.30pm..awal tak? hehe
excited ni..1st time attend Indian wedding..

jom layan gambar dulu..

dalam kereta pun wajib posing..


kami yang berkonvoi..
interframe kejap..hehe

diorang ni excited pakai seluar besar..hehe

cantikkan?

vanakam..hehe

meja makan pengantin..

the dais..simple sangat..tapi still cantik..

peace! hehe..

the food sangat lah sedap..ada lamb!


 
finally, with the bride.. cantikkan dia?


pengalaman first time attend Indian wedding, rasa seronok sangat..
ada show by dancers, ala-ala Hindustan gitu..
plus, wedding dress dia sangat cantik..
geram tengok beading gojes kat sari tu..hee

 btw, Tahniah Puan Kodi..
cepat masuk office ye..dah rindu sangat ni..hehe


Jun 14, 2011

~kad kawin Kimono Mizz Nina & Noh Hujan~



hari tu Zed Zaidi buat kad kahwin design facebook..

kali ni Mizz Nina & Noh Hujan pulak nak cipta kelainan..

source: BeautifulNara
Cute kan? 

tarikh nikahnya 1 Julai kalau tak silap..
tema wedding diorang Jepun kot, hari tu ada terbaca kat paper..

tak sabar nak review wedding diorang nanti.. 
mesti sweet gitu..

>_<

Jun 13, 2011

~dah 3 bulan~


hari ni genap 3 bulan menjadi tunang Han..

Han, semoga hati dan jiwa kita terus kuat untuk tempuh beberapa bulan akan datang..
dan setia bersama-sama menepis cabaran dan godaan yang menunggu..

amin.. 

>_<



Jun 11, 2011

~review: wedding Nana~


hye sayangS..

akhirnya ada sesuatu nak update..yea!hehe..

tadi ikut Nora & Sarah pergi wedding Nana..
kebetulan hari ni saya ada kat Kuantan, and Kemaman pun dah dekat..
dapatlah ikut diorang..

wedding Nana sangat CANTIK..
daripada pelamin, make up, baju..semualah cantik..
suka sangat5..
paling suka, dia punya kek..nyummy!

centerpiece

cantik kan?

meja buffet..menarik sangat!

nyummy!

yea! dapat tulis guestbook..

instead of nyanyi2, group macam ni buat persembahan pun menarik 

pelamin yang meletup!

pelamin nikah..cantik!

dengan Nora & Sarah..

with Nana! 

kitorang dengan pengantin

the bride and groom

finally, doorgift yang dapat dari majlis Nana..yea!

tahniah Puan Nana. semoga bahgia selamanya...
amin..

>_<


Jun 10, 2011

~an apologise~


maaf..

dah lama sangat takde idea nak update ape2..
blog ni terpaksa dibiarkan berhabuk sekejap..

awal minggu ni dapat taw, my sales paling rendah since January..
so, kena kerja 5kali ganda untuk kejar teammate lain..
kalau sebelum ni selalu online waktu office hour, now kena tengok blog waktu lunch n pagi2 je..

tapi saya masih lagi ada..
setia berblogwalking dan komen entri-entri korang..

sedang berkerja keras untuk dapat duit beli netbook jugak..
nak ganti laptop yang hilang dicuri bulan lepas..
bila dapat netbook, boleh update blog n google idea wedding dengan jayanya..
insyaAllah..

weekend is approaching..
tonite nak balik Kuantan, esok insyaAllah nak pergi wedding bakal Puan Nana..

selamat berhujung minggu ye sayangS..
take care..

adik baru..

p/s: ada adik baru beli.. comel tak? takde nama lagi..hehe 

Jun 8, 2011

~Rabu tanpa kata~


source: HafizudinHamdan
to love someone deeply gives you strength..
being loved by someone deeply gives you courage..
*Lao Tzu*




Jun 6, 2011

~my aunt wedding~


hye sayangS!

enough with 2 hari bercuti..now, dah kena mula kerja.. boring..hehe

last Friday was my Makcu's wedding..ni her 2nd wedding..
so, majlis yang diadakan secara kecil-kecilan je.. 
no mini pelamin, no pengapit..
just akad nikah n sedikit jamuan makan..
moh kita layan gambar je..

aku nikahkan dikau...

the bride..

khusyuk dengar penerangan tok kadi.

Makcu dan Pakcu baru..hehe

me with my makcik2 and cousin..

lauk of the day..ada ikan patin masak tempoyak..nyum2

me with Makcu..

alhamdulillah..segala-galanya berjalan dengan lancar walaupun nasi tak cukup..hehe
tak sangka ramai pulak tetamu yang datang..

tahniah Makcu! 

>_<