Sep 29, 2011

~double promo by RKM~

Morning darlingS..
pagi-pagi dah sakit jantung tengok promotion ni..
sangat + amat menarik! 
 since saya 'mungkin' B2B 2012.. 
'mungkin' tu sebab dalam tempoh berbincang lagi..>_<

insyaAllah akan grab peluang ni and book nak jumpa Kak Siti..
promotion sampai 30 Oktober je..cepat2! hehe

source: RKM

Sep 28, 2011

~Dilemma: Blackberry~

Alhamdulillah, berjaya capai target untuk dapat komisyen beli Blackberry..  >_<

tapi pening nak pilih nak yang mana satu..memandangkan ni first time nak beli handphone guna sepenuhnya duit sendiri, mestilah saya nak yang bagus dan dalam masa yang sama dapat jimat duit..

Bold4

VS

Bold3
 

Function Bold 4 memang lagi tiptop lah kan, plus memory dia lagi besar. My fren kata dia browse internet dengan Bold 4 sangat-sangat laju berbanding Bold 3. Totally memang dah jatuh hati sangat dengan Bold 4 ni.

Saya bukanlah mahir sangat dalam guna handphone mahal-mahal ni..and kalau dapat BB ni, nak guna untuk bersosial, update blog, twitter, FB dan sebagainya. Han kata kalau reason tu je saya nak beli, better ambil Bold 3 je..tapi hati tetap nak Bold 4. degilkan?

As for price..Bold 4, price dia sekarang dalam RM 2000-RM 2100. Kalau Bold 3, last time saya check, price dia RM 1300-RM1400. Maybe dah turun sket ke, tak sure. Kalau saya beli Bold 4, saya boleh simpan sikit je untuk wedding, tapi kalau Bold 3, saya boleh save lagi RM 800! banyak tu..boleh cover duit baju mungkin.. haih..

Hati kata nak Bold 4, otak kata Bold 3..macam mana? setan ni jahat cucuk-cucuk orang suh beli yang mahal-mahal..haish



HELP!!

Sep 24, 2011

~10.11.12~

10.11.12

This number keep playing in my head..terngiang-ngiang..
Perfect date for a wedding..

Why?
Bukan kerana nombornya cantik..
Sebab minggu tu minggu penuh cuti:
13.November (Selasa) : Cuti Deepavali *ada yg kata Deepavali 11hb..tak sure
15 November (Khamis) : Cuti Awal Muharram
Dan cuti sekolah pun dah mula..

Tak perlu ambil cuti lama-lama kan? And family pun maybe akan rasa senang..
No more excuses, dah habis cuti, tak ada cuti, anak sekolah dan sebagainya..

Erm.. malam tadi dah discuss dengan Han semula secara baik, dia kata dia akan fikirkan..
At least dia tak say NO..betul tak?

Lets pray for the best..

Enjoy your weekend darlings.. >_<

Sep 23, 2011

~akibat kurang sabar~

"sayang, jom kawin tahun depan.."

bukanlah satu ayat yang best untuk diungkapkan pada tunang/boipren anda yang masih dalam proses mencari kerja atau belajar..

saya taw salah saya..tapi, salah ke kalau saya cuma nak plan & discuss awal-awal?

hilang mood nak kawin-kawin dan stress..nilah akibat kurang sabar dengan tanya soalan mengarut ni..padan muka aku.

today, nak fikir kerja & kerja & kerja..


15k more sales for September..untuk beli bold 4 next month..doakan saya semua..amin >_<

Sep 22, 2011

~Jangan gelak bila baca: Ini Bukan TINTED~


Apa pendapat korang?

>_<


Kesian orang ni kan? Habis cermin kereta dia..  Sabo je la..

>_<

Sep 21, 2011

~Rabu tanpa kata: Sisters~




cute tak kami? hehe..
miss my little sister..nama dia Atirah..
maybe dia ada blog nanti, nama blog dia jadi trahmisdar..

>_<

Sep 20, 2011

~wedding theme: mixing colours~

Hye readers & followers...

saya ambil masa agak lama nak post entry ni..searching, googling contoh yang sesuai.. this 2 weeks berfikir kuat-kuat dan gigih colour theme untuk majlis akan datang..

Main colour yang bermain-main dalam fikiran, LIGHT YELLOW + BABY BLUE.


+


+

??????

Still tak decide nak mix dengan warna apa..
maybe....

1) white or cream



2) spring green + blush

 3) pink
saya cuba cari pink+blue+yellow tapi tak jumpa.. just dapat bayangkan warna macam ni & campur kuning.. pink tu just sampingan..



saya berkenan kalau mix dengan pink..sebab light yellow& light blue tu dah sangat soft warnanya, so nak ada satu warna yang shocking, saya rasa warna pink yang paling sesuai..
still tak decide lagi..masih googling nak cari contoh yang sesuai..selain The Perfect Palette, ada website lain tak yang best nak tengok warna-warna wedding ni? ada sesiapa boleh bagi cadangan?
mari sharing-sharing..

>_<



Sep 13, 2011

~songket as reception dress~

hye darlings...back to issue kawin-kawin..yeah!

suddenly membuak-buak rasa nak pakai songket untuk reception lepas tengok songket kuning ni..terjumpa pic ni kat PhotoAura.. sweet je warna songket dia.. n beading dia simple tapi cantik! *melting*

Mak dah pernah bersuara nak anak dia pakai songket masa majlis nanti..sebelum ni macam tak setuju tapi lepas tengok gambar ni, ok, keputusan dibuat! Han pun dah approve untuk pakai songket nanti..sukenye! kebetulan kawan Abah penenun songket, mungkin boleh beli dengan dia dengan harga yang agak murah nanti..Amin..tapi jangan tetibe saya berubah fikiran dah la..hehe





pic: credit to PhotoAura

p/s: pengantin, pinjam gambar ye..jatuh hati sangat dengan baju kamu.. =))

Sep 7, 2011

~Rabu tanpa kata: kejamnya manusia~


masih dalam mood 'Petknode'..
ni gambar ibu & anak kucing mati berpelukan..
kesian dah sedih sangat



3 hari berturut-turut pergi balai untuk buat report & sokong kes ni..
lets pray for owners & volunteers yang masih berjuang nak penjarakan 2 jahanam tu..

amin..



Sep 5, 2011

~ kucing saya mangsa neraka PETKNODE~

salam...

entry selepas raya ni dimulakan dengan hal kucing-kucing...nak berkongsi dengan semua orang tentang kucing-kucing yang malang...termasuk anak-anak saya, Bibi & Didi..semua ni angkara Petknode! kejam!

....Disebabkan tahun ni cuti raya panjang, rasa macam tak sanggup nak bawa Bibi & Didi balik Kuantan sebab takut tak ada orang nak jaga kat sana, lagipun barang-barang banyak nak bawa balik...tak muat kereta Viva saya yang kecil tu...carriage diorang pun dah makan suku ruang kereta..so saya decide untuk hantar mereka ke tempat pet boarding...

Google punya google..terjumpalah Petknode Boarding ni..website cantik..nampak professional sangat..baca testimoni orang sebelum ni, semua kata tempat ni OK, harga pun reasonable..kat FB pun tunjuk tempat boarding cantik, ala-ala 5 class gitu..ok..fine, boleh percaya tempat ni..tapi hold dulu sebab nak survey tempat yang lain..

cantik bilik dia kan? pelanggan mana tak konfiden tengok camni tempat dia

Hari tu beberapa minggu sebelum raya, terjumpa satu promo raya ni kat website Petknode.. RM 3.95 per cat/a day.. single cage...wah! murah giler...biasa satu hari RM15..ni boleh jimat banyak..ada 2 ekor, RM 3.95 x 2 ekor x 9 hari = baru 100 lebih campur makan..murahkan? so, mengukuhkan lagi alasan nak hantar diorang kat sana...


saya check in Bibi & Didi 26 August..first masuk kedai.. WOW! cantik...ada friendly cats called Apong & Handsome menunggu customers kat situ...staff dia pun mesra je..nampak suka sangat dengan kucing...then tanyalah diorang, pasal penjagaan kucing-kucing semua..ok..totally boleh percaya diorang ni... then malam tu, baliklah kampung dengan senang hati..Bibi & Didi akan dijaga dengan baik..

Semalam saya patut check out Bibi & Didi..on the way nak pergi kedai tu asyik tersalah jalan je..haih..membazir duit minyak & tol.. then suddenly bila tengah drive, someone called:

Encik A: Cik Atiqah? Ada hantar kucing kat Petknode tak?
Saya: Ye saya. Ada. Kenapa ya?
Encik A: Dah dapat kucing tak?
Saya: Dapat kucing? Maksudnya?
Encik A: Boleh tak cik datang sekarang? ada emergency kat sini.
Saya: OK. saya memang tengah on the way pun. kejap lagi saya sampai.
Encik A: OK. bagus. nanti dah sampai kami cerita.

Saya tercengang lepas letak phone. Kucing saya buat hal ke? Yela..budak berdua tu tak boleh jumpa kucing lain, cepat naik angin.. then cepat-cepat pecut ke Petknode, Damansara Damai..

Sampai kat sana, bau hancing gila kat bangunan tu. cage kucing bersepah dengan poops, air kencing dalam cage. ok. tarik nafas jap. bertenang, then tanya orang kat situ, apa yang dah jadi. then dapat tahu yang polis & beberapa orang pecahkan kedai tu untuk selamatkan kucing dalam kedai. most customers yang sepatutnya dah check out kucing diorang, tak dapat ambil kucing lagi sebab kedai tutup. staf kat situ kata kedai ni buka setiap hari. then bila call, tak dapat & diorang marah-marah customers dan kata nak hantar kucing ke rumah. ada tuan yang dah dapat kucing, marah-marah kucing diorang kotor & kurus gila bila dapat.

antara tuan kucing

rata-rata orang dah menangis-nangis cari kucing diorang, ada yang meraung-raung. Saya cepat-cepat cari Bibi & Didi..then terjumpa Bibi! yea! kesian anak Mama duduk dalam cage kotor. Makanan pun bersepah-sepah. Then cari Didi pulak. tak jumpa!! nak luruh jantung ni cari anak yang sorang ni. memang tak jumpa.

Bibi tengah sabar tunggu Mama

Stay kejap kat situ, tolong Mama & Papa kucing yang lain..sedih sangat tengok ada kucing yang mati kelaparan..cuba tahan airmata dari menitik.. kejam giler manusia ni..macam ni kata servis terbaik?? terbaik sampai kucing mati? haih.. Then ada orang bagitaw, ada lagi kucing dekat Balai Polis Sungai Pelong..apa lagi, cepat-cepat drive pergi sana.. sampai-sampai, cari Didi..tak ada jugak.. ya Allah, manalah anak mama ni..

Ada somebody bagitaw, owner kedai tu tengah on the way angkut lagi kucing-kucing dari sebuah rumah..tarik nafas lega sikit..harap sangat anak Mama ada.. lepas sejam tunggu, van pun sampai, tak ada jugak Didi! then kakak ni bagitau, dorang ada trip lagi nak ambil kucing.. WHAT?? berapa banyak kucing diorang simpan?? kat kedai dah 90..dekat rumah ada dalam 200++ lagi.. gila! ingat kucing tu kotak ke? boleh sumbat banyak2..

ni lah rumah tempat diorang simpan kucing. credit to: KTAJ

jam dah pukul 4..saya terpaksa lari sekejap nak hantar adik pergi LRT Kelana Jaya sebab dia nak balik asrama before pukul 6.. tinggalkan my cousin kat situ untuk tunggu Didi.. after an hour, dapat call dari dia, kata dah jumpa Didi..tapi kotor sangat! lega rasa hati..boleh bernafas sekejap..

Sampai sana, terus ambil Didi..balik and bersihkan diorang dan bagi makan..saya nak tolong volunteers lain, tapi badan dah penat sangat sebab drive dari Kuantan sebelum tu..kesian anak-anak Mama..lapar sangat.. jahat dua ekor tu buat kucing macam ni kan?

ni lah 2 manusia jahanam tu. credit to: KTAJ

Saya beruntung sebab anak-anak saya masih hidup, walaupun keadaan diorang kotor dan kurus..kesian kat mereka yang baby diorang mati kelaparan..RIP kitties.. Allah akan balas perbuatan mereka..

rehat setelah trauma seminggu

Followers & Readers, lets pray for them okay? Semoga 'si zalim' berdua tu dapat balasan yang setimpal...

more info: http://www.myanimalcare.org/ atau https://www.facebook.com/#!/ktaj0311