Aug 30, 2011

~ 2 big events today..Salam Aidilfitri~


Selamat Hari Raya Aidlifitri semua..
Maaf Zahir & Batin dari Misdar & family.. >_<

tema purple..tapi ada 2 manusia sesat..hehe

dan ...

Happy Birthday Han Sayang!!
Kita celebrate jauh-jauh ye..kesiankan..takpe..ling tolong makankan kek yang sedap ni untuk Han..hehe
Semoga Panjang Umur & Dimurahkan Rezeki selalu sayang..Amin.

I Love You sooooo much!! Muah!


have fun today warga bloggers.. 

>_<


Aug 26, 2011

~Selamat Hari Raya warga bloggers~


hai semua..

tak dapat nak pos kad kat semua orang, jadi saya buat special Hari Raya E-Card..
simple je..tak cantik macam orang-orang lain punya..hee

okey tak?


Hari terakhir berkerja sebelum cuti 9 hari..
heaven sungguh raya kali ni kan? lama betul cuti..hehe

Sesiapa yang drive nak balik kampung tu, drive elok-elok ok?..
sedara mara kita nak pergi beraya, bukan nak pergi Majlis Tahlil..
jadi ingatlah orang yang tersayang..

Selamat Hari Raya in advance buat warga bloggers dan seluruh umat Islam..
>_<


Aug 24, 2011

~Rabu tanpa kata~




Cek gaji dah dapat..hoho
boleh sambung shopping raya malam ni..yea!
>_<


Aug 23, 2011

~baju raya..done!~


hai followers & readers..

ni teaser baju raya..haha..baju raya pun nak buat teaser ke Tqah?ceh..hehe
takpela..just nak share dengan korang.. >_<

raya kali ni ada 3 pasang baju..


1) raya pertama: kaftan, purple

   
ni ikut tema kaler family tahun ni..saya suka purple..hehe
kaler baju ni sebenarnya purple manggis..tapi nampak tak cantik dalam kamera saya..
kamera murah, biasela..hehe
 

2)raya ke2: baju kurung,hitam

sedondon dengan Han!hehe..
walaupun kitorang raya jauh-jauh, tapi baju harus ada yang sama..kui3..
ni actually besday gift dari Han..saje mintak baju kurung..boleh selalu pakai..
lagipun bila lagi nak pow dia baju kurung mahal-mahal..haha

suka manik-manik kat baju ni..first time tengok dah jatuh hati..


3) raya ke 3: Maxi Dress, Turqoise
beli online je kat FB sini, tengok dalam gambar nampak turqoise kebiruan..
sekali sampai lebih hijau rupanya..huhu..
tapi takpe, yang penting cantik & murah..hee


baru perasan, baju raya tahun ni semua plain..takde bunga-bunga pun..nak kena beli baju satu lagi ke?haha.. giler baju dah saya ni..

nanti raya kita share-share gambar kita semua pakai baju raya okey?..

>_<





Aug 20, 2011

Please leave your link here

Ini adalah sticky post. Scroll ke bawah untuk baca latest entry ye.

Hye followers and readers, feel free to untuk tinggalkan your link here. Saya akan berblogwalking di blog korang dan akan klik Nuffnang atau mana-mana iklan kat dalam tu sebanyak mana yang saya mampu.

In return, just need your help to click mine. Need to make extra money for hari raya and my wedding..hehe.

Thanks in advance !

Aug 19, 2011

~tunang saya bukan lagi student~

Salam Jumaat followers and readers..

sihat hari ni? baju raya dah beli?lagu raya dah download? biskut raya dah siap? nyum2.. tak lama dah nak raya ni.. mood nak kerja pun dah terbang ke lautan Atlantik, tenggelam bersama kapal Titanic..

ni nak share ni..pagi tadi last paper final exam Han.. so, maksudnya, tunang saya dah habis belajar.. yea!! setelah setahun saya menunggu dia nak habiskan tahun terakhir dia..dengan macam-macam dugaan, kena tambah short sem la...nak kena repeat project paper la, nasib baik tak jadi..banyak sangat hal U dia tu..haih..sabar je kan..kalau kena repeat, mau lagi 3, 4 tahun baru kawin..tak ke haru biru?

gembira tak terkata hari ni..macam diri sendiri pulak yang nak grad rasanya.. tak sabar nak tunggu convocation Han..dan harap-harap Allah permudahkan rezeki Han untuk dapat kerja sebagai engineer..amin..

saya memang dah lama mengidam nak kawin dengan engineer, dari kecik lagi..taktaw lah kenapa, mungkin sebab engineer kedengaran agak macho dari perkerjaan lain..haha..ada kaitan ke?tapi kalau tak dapat engineer, kerja lain pun okey, asalkan kerja yang halal..kan2?

anyway, congrats Han! malam ni kita jumpa ok?..kita celebrate sama-sama weekend ni..yeeha!

Have a Great Weekend darlingS!

>_<





Aug 18, 2011

~kad kawin unik Ashraf Muslim~


salam..

another kad kawin artis..yang ni Ashraf Muslim punya kad..
insyaAllah diorang akan kawin September ni..
semoga segalanya dipermudahkan..amin.. >_<




cantik & unik kan? 
sejuk hati memandang..


Aug 15, 2011

~dah malas nak kawin~


morning people! what day is today?today is Monday.. *sambil menguap*

tajuk, kontroversi kan?hehe..

hari ni dah 15 Ramadhan..lagu raya dah mula berkumandang kat corong radio..menambah mood saya yang sangat-sangat excited nak raya ni..dari first day puasa lagi dah excited nak raya, sampai dah terlupa bab-bab kawin ni..

sekarang sibuk nak fikir berapa duit raya nak bagi kat adik-adik, baju raya nak design camne, tudung macam mana, dan lain-lain yang berkaitan dengan raya..hal-hal kawin ni, kita simpan kejap, lepas raya baru fikir dengan jayanya..hehe

excited sangat nak raya oi..korang dah beli baju raya?hee..

layan satu lagu dulu sebelum mula kerja.. >_<








Aug 13, 2011

~5 bulan dah~


alhamdulillah

dah 5 bulan jadi tunang Han dan kami masih kuat bersama menempuh hari-hari darah manis ni..


another 19 months to go untuk melangkah seiringan bersama menuju hari bahagia..

doakan yang terbaik untuk kami...

amin

>_<



Aug 12, 2011

~hadiah besday dari bos~



dapat kain pasang ni dari bos last week..
as besday present..

Thank you boss, boleh buat baju raya haji nanti..hehe
Nanti saya kerja rajin-rajin ok?

>_<

p/s: Happy sebab company tutup seminggu untuk raya, bos paksa semua orang cuti..yea!


Aug 10, 2011

~takmo kawan dengan McD dah~


salam..

ini bukanlah cerita yang bertujuan untuk menurunkan sales McD.. jangan salah sangka ok? >_<

sejak minggu lepas, teringin sangat nak makan McD Breakfast.. sebab dah lebih 2 bulan kot tak dapat makan.. cadangnya time puasa ni, bolehlah pergi sahur kat McD sambil menikmati Chicken McMuffin with Egg kegemaran saya berserta Hash Brown..nyummy

dan semalam, saya dah buat plan, pagi ni nak sahur kat McD..masak pun cukup-cukup je untuk berbuka semalam.. taknak bagi ada lauk lebih, takut nanti rasa menyesal bila tak habiskan n tak jadi sahur kat McD..saya ni tak boleh tengok ada lauk lebih..cepat kesian..

malam tadi saya kunci jam kul 4.45 pagi..awal tak? dalam tidur pun sampai termimpi-mimpi sahur kat McD.. tapi dalam mimpi tu, McD 24 hours Kota Damansara tu tutup..sedih je..

Pagi tadi, pukul 5 dah sampai McD..ramai jugak orang.. masuk pun laju je.. yelah tak sabar nak jumpa Sausage McMuffin.. tapi sampai kat kaunter... tercengang sekejap.. eh?? Kenapa tak ada set McD Breakfast? yang ada, set McValue Meal.. then dengan muka sememeh baru bangun tido tu, saya tanya lah kat abang jaga kaunter tu..

Saya: Bang, McD Breakfast tak ada ke?
Abang McD : Breakfast pukul 6 nanti. Ada lagi sejam..
Saya: La..sejak bila pulak jadi pukul 6? Lepas pukul 6 tak jadi sahur lah pulak.. tak puasa namanya..huhu

Makanya saya dengan penuh kecewa terpaksalah mengorder set McChicken.. lari bajet..makan pun takde selera je..yang diidam tak dapat.. haih..sejak bila set Breakfast tu jadi pukul 6 ye? sebelum ni bukan pukul 4 ke? adoi..

Merajuk dengan McD samapi habis puasa.. takmo kawan dah..

source: google
kan seksi McMuffin ni? nyum2..



.

Aug 9, 2011

~beza dah jadi tunang orang~


assalamualaikum dan selamat berpuasa korang..

ni nak cite, last week, ada seorang member ni tanya saya, apa beza dah jadi tunang orang dengan masa jadi girlfriend dulu.. macam sama je kan.. 

erm lama jugak saya pikir nak jawab soalan ni.. dan jawapan saya ialah, saya rasa SECURE.. kalau dulu-dulu time kapel, rasa risau je dia ni gatal-gatal dengan perempuan lain.. atau perempuan lain gatal-gatal dengan dia.. almaklumlah sekarang ni ramai sangat perempuan macam Dahlia Teck tu.. ops! (tu je perumpamaan yangs sesuai sekarang) dah taw lelaki tu dah berpunya, gatal jugak nak ngorat2, sms, mms gambar sendiri yang bajet cun tu.. dan perkara-perkara yang seangkatan dengannya.. 

so, once dah bertunang, rasa risau tu akan berkurang dengan sendirinya.. mungkin sebab saya tahu Han jenis   yang sangat komited dengan family dia dan dia takkan sesekali malukan diorang dengan kes-kes putus tunang ni..kami berdua anggap pertunangan ni satu perkara besar dan serius.. bukan macam si KFCM tu.. fikiran tak berapa nak matang..takde sefahaman, nak putus..jumpa orang lain, nak putus..alasan je semua tu..

rasa yakin 100% tu datang dengan sendirinya..lagi-lagi bila tengok si dia pakai cincin tunang kat jari sepanjang masa..rasa cam sejuk je hati.. takde dah nak curiga-curiga lagi.. dan yang penting kepercayaan pada dia tu semakin kuat..rasanya tu salah satu sebab kenapa kami dah tak banyak sangat bergaduh sejak bertunang ni..rasa cool je.. kalau gaduh pun sebab benda-benda sebesar kuman je..gaduh-gaduh manja gitu..saja buat cukup syarat nak gaduh..hehe

tapi..setiap orang mesti ada perubahan yang berbeza kan? yang penting..bila dah bertunang, rasa sayang tu bukan makin berkurang dan masing-masing tahu tanggungjawab sendiri dan sama-sama usaha untuk jayakan hubungan ni.. >_<

sekian. 














Aug 6, 2011

~entry takde tajuk~


its weekend! yahoo!

boleh rehat dan cover tidor hari ni..zzzzzzzz


nak lena macam kucing saya ni tido...

sesiapa yang gi shopping baju raya tu, tolong beli untuk saya satu ye...hehe
enjoy you weekend darling!

>_<



Aug 5, 2011

~ menghilang kerana Hong Kong Disneyland~

hello..hello...

lama tak update panjang-panjang kat blog.. dah naik sawang-sawang dan spider pun bermaharajalela dekat sini.. bukan apa, bulan puasa ni saya rasa letih sangat..n tak cukup tido.. so, balik je rumah terus tido.. tak sempat nak update blog..just sempat baca entry korang je..

nak update kat ofis dah tak boleh sangat dah.. why? ops bukan kantoi dengan bos ye.. summary sales performance dah keluar..and guess what? saya yang paling sikit sales.. orang lain dah dekat 300k, saya baru 100k lebih.. tak ke sedih?

so, I really need to catch up..kejar kawan-kawan yang lain untuk dapatkan sales seiring dengan mereka.. bos janji nak bawak pergi Hong Kong Disneyland tahun ni kalau kami berjaya capai target sales 5.5 million sampai Disember ni.. dan syarat kelayakan dia ialah every salesperson kena dapat 250k setahun baru boleh ikut... jadi saya perlu kejar 150k lagi dalam masa 5 bulan ni.. agak besar jumlah tu..kalau ofismate lain boleh buat..kenapa bukan saya kan? saya akan cuba!

jeles sangat tengok korang dapat update entry 3-4 kali sehari.. teringin sangat nak buat macam tu.. tapi tak boleh.. sebab saya ni cepat hilang fokus.. time kerja, kalau buka website lain2 ni, mulalah mood nak kerja tu lari.. sebab tu lah sales sikit..buat sales ni tak sama macam kerja-kerja biasa, once kita hilang fokus n motivasi, memang teruklah performance kita.. so, terpaksalah korbankan masa berblogging ni...isk3

saya taw ada yang mengharapkan update dari saya.. saya akan cuba sedaya upaya untuk update sekurang-kurangnya 3 kali seminggu...

kepada followers dan silent readers yang sentiasa singgah kat teratak ni... thanks ya.. saya akan cuba tak menghampakan korang semua.. ececeh..macam artis konon..hehe

anyway, selamat berpuasa korang... perbanyakkan amalan di bulan yang mulia ni.. amin..

wassalam..


Tunggu saya datang k Mickey & Minnie

meronta-ronta nak pergi bila tengok castle ni..



image source: Google


p/s: can U feel the FUN? oh...nak pergi!!