Mar 9, 2011

~kisah sedih~

Good Morning!

Pagi ni Tqa terbaca satu berita kat KOSMO! .. sedih sangat.. Tqa doa perkara macam ni tak jadi kat Tqa & readers sekalian... semoga roh arwah ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman.. =)

‘Jodoh kami setakat ini’


Oleh SAJIDA ASARULAH KHAN

JEMPOL – “Jodoh kami hanya setakat ini sebab baru sehari bertunang, dia telah pergi meninggalkan saya selama-lamanya.”

Demikian luahan sedih Wan Mohamed Ali Shafawi, 23, tunang kepada Allahyarham Saripah Saodah Md. Nazir, 22, yang maut bersama kakak dan anak saudaranya di Kilometer 13, Jalan Kuala Pilah-Simpang Pertang di sini kelmarin.

Cerita Mohamed Ali, dia yang menerima maklumat berhubung kemalangan itu bergegas ke lokasi kejadian dan hampir pengsan apabila melihat Saripah sudah tidak bernyawa.

Lebih memilukan, baju berwarna ungu yang dipakai Saripah pada hari pertunangan mereka di dalam kereta itu turut dipenuhi percikan darah.

p/s: en Akmal, saya sayang awak sangat2.. =))