Mar 31, 2011

~next station: Genting Highlands..yeeeha!~

holla!
fikiran dah melayang dari kerja..

ada plan best minggu ni..bersama kak Liza Razak dan suaminya, en Kudud..dan juga en Akmal..
nak mendaki puncak Genting Highlands ! haha..macam larat kot..



the best part dalam plan kali ni ialah...
of course bukan roller coaster, bagilah 4,5 juta pun, saya tak nak naik benda tu..huhu (saya penakut ye)
part paling best, nak tdo sana.. wah! dah lama teringin kot..
biasanya datang balik hari je..  >_<

tak sabarnya!
walaupun dah banyak kali pergi, tapi still rasa excited yang melampau2 kali ni..

>_<

Mar 30, 2011

~outdoor photoshoot~

hye!

ni curi masa tulis blog jap.. nak kerja, tipulah kalau tengah2 lunch ni kan? >_<

ok..seperti tajuk di atas..saya memang dah lama teringin nak buat outdoor photoshoot dengan en Akmal.. and saya terjumpa satu photographer ni, hafizudinhamdan .. hasil kerja dia amatlah saya kagumi.. plus saya memang sangat suka gambar-gambar macam yang beliau ambil.. nampak classy..




source: hafizudinhamdan photography

harga package outdoor dia: RM 150 for 2hours.. murah jugak la kan? yang penting gambar cantik..

saya memang serious dah nak book dengan beliau ni, tapi.. ada satu masalah.. lokasi kat mana yang best ye nak photoshoot? area Klang Valley je.. ada sesiapa taw?

teringin nak buat kat stesen KTM Kuala Lumpur, tapi nak taw banyak tempat lagi.. jomlah share sama2..


>_<

Mar 29, 2011

~Bos, saya nak iPad!~

hari ni bos saya buat announcement yang sangat best dan memberi semangat untuk bekerja..

apakah? jeng jeng jeng...

achieve RM 80 000 sales in April..
and boleh dapat iPad!

wah! siapa tak nak kan? kalau sales 80k, commission je dah almost RM 5000..dapat iPad pulak lagi tu.. berganda-ganda rezeki..

start from ari ni, saya kena kurangkan meng'update' post...maybe 2-3 kali seminggu ke.. nak kejar iPad...so kena tumpu kat kerja jap..  >_<

jangan ada followers and readers yang lari ya.. dah achieve 80k, saya akan kembali update blog dengan jayanya..

till then.. love u all.. muahx!

iPad, saya betul-betul nak kan awak!!

~dah dapat pemenang..yea!~

morning olls!
tahniah cik Nur Farhana.. aka Nana..
sebab jadi follower ke 50 blog saya..
as promised, ada sesuatu menanti..
tunggu ye cik Nana.. 
insyaAllah next week saya poskan.. >_<

next mission... follower ke 78..
siape yang bertuah tu? 
lalalala~~


p/s : Nana suka pink kan? >_<

Mar 28, 2011

~menunggu follower yang ke 50..~

sesuatu menanti untuk follower yang ke 50.. 
sekarang dah ada 49... 
siapa nak jadi orang bertuah minggu ni? 

sila angkat tangan!

ngee >_<

~contest gambar pets paling comel~

another contest..~ 
jom join! by Cik Syazwani

 
okay..ini gambar yang saya nak pertaruhkan..
Jantina: Betina
Jenis: Kucing Domestic
Tabiat: Suka menyibuk & buat aksi yang comel-comel
Nama: Bibi

  1. Wajib seorang blogger
  2. Wajib untuk follow blog wani ye... tak rugi pun follow. Kalau follow , boleh tahu results contest ni nanti :)
  3. Contest ini berdasarkan gambar pets sahaja. tak kisah lah gambar anda bersama pets ke , atau gambar pets anda je yang posing. :) Masukkan hanya 1 gambar sahaja ye... ikut kreativiti pets anda berposing :)
  4. Taip mengenai pets anda seperti : Jantina , jenis haiwan , tabiat , nama pets tersebut.
  5. Wajib letak banner contest ini di entri atau sidebar anda (tak kisah celah mana nak letak) . ambil code banner di atas tu ye...
  6. Tajuk entri post anda - Contest Gambar Pets Paling Comel .
  7. TAG kan kepada 3 orang rakan blogger anda ( beritahu melalui shoutbox @ comment entri mereka ) 

TARIKH TUTUP:

31 MAC 2011

so, saya nak tag: 
 

~riang ria Sunway Lagoon~

selamat siang semua! ngee

last Saturday, me & officemates pergi Sunway Lagoon.. bos belanja, mestilah nak pergi kan? nak bayar sendiri, macam kena pikir 450 kali je..ceh..kedekut btol.. bos belanja ni bukan sebab dia sangat pemurah..tapi sebab last year, team kami menang team competition.. sales group yang paling banyak untuk Oktober-Disember..seronok2!

kitorang beli tiket untuk All Park, so satu hari suntuk kat dalam Sunway tu..dari 11 pagi sampai pukul 6..

here are some piccas.. mari layan~

wajib peluk patung comel ni..

the girls

dalam kasut

with hantu scream park

kami gumbira!

saya berjaya naik benda ni..yea!



satu hari ni betul2 membakar kalori.. berlari-lari dalam Scream Park sebab takut.. haha.. sungguh sengal hantu2 tu main sergah2 orang.. then main air lagi, berkayak & kayuh swan.. fuh! kurus sekejap.. hehe

konklusinya.. memang best dan penat!! berbaloi-baloi..ngee ~~

Mar 25, 2011

~action of the day~

berjaya menakluki kipas!

~contest gaya & fesyen~

hye uolls~  morning!
okay. bagi menyahut seruan kak Liza Razak yang baik hati men'tag' saya untuk join contest ni.. walaupun gaya & fesyen saya tak hebat sangat kalau nak dibandingkan dengan beliau yang dah tahap sifu ni.. =D first time join contest ni.. ngee~~


Contest ni dianjurkan oleh Cik Cundaa.. jom kite tengok syarat-syaratnya:

1- Terbuka kepada lelaki dan perempuan
2- Mestilah follow blog Cunndaa
3- Contest bermula dari 27 Feb - 27 Mac
4- Buat entry berkaitan dengan contest GAYA & FESYEN
5- Link kan entry anda ke komen Cunndaa
6- Gambar yang dipertaruhkan adalah 1 sahaja
6- Letakkan banner contest di sideblog
7- Tag 3 kawan dan yang penting diorang mestilah tahu


puas membedah external hard disk nak cari gambar.. jumpa yang ni je.. hee
saya ni pemalu nak amik gambar sorang2.. ngee

erm.. saya sangat suka dress. kalau beli baju, mesti nak cari dress, tak kesahlah labuh ke, paras lutut ke..
as long as nama dia dress and design dia cantik, saya akan pakai..
dress ni boleh pakai dengan cardigan, jacket and inner.. 
so, senang kan? boleh dipakai berulang kali dengan gaya yang berbeza.. =D

saya tag 3 bloggers yang best dalam dunia ni:


Mar 24, 2011

~Pahang b2b~


Holla! 
Nak promote banner ni.. special made oleh cik K.I.N.A. comel sangat!

Memandangkan saya dah jadi tunang orang, n bakal menjadi bakal pengantin di Pahang satu hari nanti.. lambat lagi kot..
saya menyokong persatuan ni! 

Sesiapa B2B Pahang kat sini, moh lah kite sebarkan banner ni kat blog.. Ayuh!

Hidup Tok Gajah! ngeee

Mar 23, 2011

~blue mood~

Hye! Okay. Mood nak berangan untuk Wedding Day nanti dah tiba. Walaupun lambat lagi, tapi Tqa ni jenis yang tak suka buat persiapan last minute, so memang dah patut mula fikir kot. Hee.

First, nak mula dengan warna tema. Tqa tak taw la kenapa, dulu berangan nak buat purple as theme, sebab masa kecik2 suka sangat purple. Tapi bila masuk universiti, nak buat warna turqoise pulak, sebab colour dia sangat cantik n lembut je. And sekarang, dah berubah. (tak tetap pendirian kan..haha). Rasa nak buat biru pulak. Ni semua gara-gara tengok dress Hatta Dolmat. hehe. Tqa try google dress tu, tak jumpa. Hari tu tengok kat TV9. Cantik sangat!

Okay. kembali ke topik asal. Ni ada beberapa combination warna biru yang Tqa suka n sedang pertimbangkan. Tak boleh decide lagi sebab kena tanya wedding planner aka MAK. Nanti warna tu masam la, tak naiklah. Macam-macam. Tapi beliau tetap WP terbaik Tqa. I Lap U Mak!

source : The Perfect Palette 
1) Navy Blue + Cream..nice

2) Navy Blue + Pink.. Sweet sangat!


3) Baby Blue + Purple



4) Turqoise + Orange.. menarik jugak kan?



5) Baby Blue + Merah..tak pernah jumpa lagi orang buat ni. =)


6) Soft Blue..lembut je.
Antara keenam-enam ni, Tqa paling suka nombor 3 & 5..Heart sangat. So, macam mana pendapat anda? Which one is better antara enam ni? Sharing is Caring.

Muahx!

Mar 22, 2011

~saya nak berbisnes~

holla!

menarik tak tajuk post kali ni? Tqa nak buat bisnes, tapi taktaw nak buat bisnes ape.. baju? dah banyak sangat5 kot orang jual baju kat blog.. tudung? pun byk jgk kan? waaa! taktaw la.. tengah memerah otak ni..

duit banyak nak guna akan datang.nak kumpul untuk kawin,nak beli rumah lagi..n yang penting nak buat Lasik Surgery dalam tahun ni..nak harapkan duit gaji & komisen je memang tak berapa nak cukuplah kan..silap2 kena puasa tiap hari..

hurm.. any idea? Tqa sangat2 memerlukan pertolongan readers semua..

please.. please..please...

~jom sokong hari air sedunia!~


SAYA SOKONG HARI AIR SEDUNIA!

Mar 21, 2011

~last Saturday~

holla..
isnin kembali menjelma..tak best! hehe

tapi last Saturday dapat jumpa en Akmal kat Melaka, sangat seronok! jumpa dia dapat kumpul semangat untuk kerja selama seminggu!

okay, nak review apa ktorang buat Sabtu tu.. cam biasa, bila datang Melaka, aktiviti wajib: marathon movie! macamla kat KL ni takde cinema kan..hehe.. lain perasaan dia, bila tengok dengan kawan2, n tengok dgn kekasih hati..ada beza tu..*senyum*

ktorang tengok 2 movies.. I am Number Four & Rango! Dua movie ni best.. tapi jalan cerita dia agak slow sket.. tapi masih ditahap bolehla layan..


*sebelah2 je hall dia*

next, ktorang gi makan! ouh ni part yg paling best.. sebab en Akmal belanja makan kat Seoul Garden! dah lama ngidam nih.. baru terlaksana.. seronok dapat mengepau duit beliau..hihi..mana taknya, makan 2 orang je dah 74 ringgit kan..

*ni resit dia*

memang berbaloi2 makan kat sini.. boleh grill n ada steambot.. nyum2!~ makan memang tak hingat la.. ambik je semua yang nampak sedap kat mata..


part yang paling best.. dapat makan udang banyak2! nyum2.. en Akmal duk makan lamb je.. seronok sangat dia dapat makan benda alah tu.. tengokla.. tak sempat nak snap gambar lamb tu.. dah masuk perut dia dulu..pape pun, thanks sebab belanja saya, n layan saya makan macam tuan putri hari tu..bukan selalu dapat manja2 dengan awak kan? ngee..


*pose sekejap depan kedai*

next, ktorang jalan2 dalam Mahkota Parade tu, n masukla Vincci, konon2 nak belek2 je barang kat situ.. sekali 'terbeli' plak handbag..tak sengaja okey?.. ngee..murah je pun.. ada less 50%.. harga 55 je after less.. so, sebab tu tak sengaja beli..


*ni lah beg yang tak sengaja dibeli tu*

lpas tu, ktorang jalan2 kat Dataran Pahlawan plak, n kul8 malam, dah kena balik, sebab sy kena drive balik KL malam tu.. takut nak drive sorang balik malam2.. hee

overall, Sabtu lepas memang best.. sebab hati senang.. n perut pun amatlah kenyang.. ngee

Thanks en Akmal.. saya sayang awak sangat5!



Mar 18, 2011

~hantaran..part 2~

uolls dah lunch? hope perut dah tak nyanyi dah.. =)

okay, malas nak cte panjang, ni dia review hantaran dari sebelah lelaki plak..


*tepak- dalam ni ada sirih, beras, gambir, kapur n juga duit* =D


* bekas cincin*


*coklat yang sedap..nyum2*


*kain nikah*


*sejadah*


*kain telekung*


*set make up*


*biskut famous amos*


*halwa maskat*


* kuih kacang*


*buah-buahan*


*cupcake yang comel*


*bukit lolipop*


*jeli mangga*

semua makanan sedap2.. nyum2..
hantaran dr sebelah laki sangat simple.. tapi cantik.. =)