Aug 14, 2012

Wedding preps: Prosedur baru HIV Test



Selamat pagi kawan-kawan...

Hari ni nak story pasal HIV test yang saya & Han baru buat semalam...

Rupa-rupanya HIV test untuk mohon kebenaran berkahwin dah ada prosedur baru!

Baru 2 minggu lepas, saya call Klinik Kesihatan untuk cek prosedur dan still sama macam yang lama. Tapi semalam bila pergi Klinik Kesihatan, pegawai kesihatan kat situ bagitau ada arahan baru diterima daripada pihak atasan tentang HIV test dalam minggu lepas.

Kalau dulu, cuma ambil darah pada hujung jari je, sekarang dah kena ambil darah dekat lengan.
Kalau dulu, boleh dapat keputusan dalam sehari je, sekarang kena tunggu 2-3 minggu untuk dapat keputusan.

Makanya kelam kabut jugaklah dengan Han semalam.

Semalam saya ambil cuti untuk buat HIV test dekat Klinik Kesihatan Bota Kiri. Han ajak buat test ni sekali, sebab tu kami pilih buat dekat Bota sebab dekat dengan rumah dia.

Disebabkan ni bulan puasa dan biasanya tak ramai orang kat klinik, maka kami bercadang untuk ke klinik pada pukul 10. Nak dijadikan cerita, sebelum keluar, future father in law telefon, bagitau yang ada prosedur baru dan kat Klinik Bota Kiri tu dan tak boleh buat HIV test hari ni. Kelam kabut dah dibuatnya.

Saya pun call untuk double check and apa yang Abah Han cakap tu betul. Dan diorang baru ubah jadual, HIV test available untuk Selasa & Khamis sahaja. Dalam 2 minggu dah berubah semua benda dekat situ. T_T

Then, kami pun ajak mak Han sekali untuk pergi klinik, memandangkan mak dia dulu nurse dekat hospital kerajaan, and abah dia pun pegawai kesihatan, so boleh tolong kami skip barisan atau sebagainya, sebab semalam saya kena kejar train untuk balik ke KL pukul 2pm.

Setelah kelam kabut rushing ke sana ke mari, kami pun berjaya buat HIV test dekat Klinik Kesihatan Parit. Alhamdulillah tak ada orang pun, cuma saya & Han je yang ada untuk buat HIV Test. Maka, dalam setengah jam je dah settle.

Macam-macamlah pegawai kesihatan tu tanya pasal HIV ni. Dan lepas tu, dia terangkan, selepas 3minggu baru datang semula ambil keputusan dan bawa borang HIV test yang ada sekali dalam borang Kebenaran Berkahwin tu.

Makanya, lepas raya baru boleh tahu apa keputusannya.

Alhamdulillah majlis kami ada lagi dalam 2 bulan lebih, so tak rasa kelam kabut sangat nak dapatkan keputusan ni.

Selesai satu benda. Alhamdulillah.


p/s: ada sapa-sapa baru pergi buat HIV test baru-baru ni? sama tak prosedur kita?
kot dekat Perak je yang ada prosedur macam ni.





7 comments:

pelangi chenta said...

baru cadang nak buat dekat2 majlis.tapi kalau betul prosedur hiv test nie ambil masa yang lama harus kena setelkan awal2

S.U.R.I.A. said...

hah?ni tuk suma KK ker???ushh..sib baik settle cpt..kalo tak.kelam kabut..sbr je laaa

tqahmisdar said...

pelangi: yup..better pergi awal.. =)

suria: xsurela..mungkin kot, sebab pegawai tu kate baru kluar surat pekeliling..better check dengan KK dulu sblom pergi.. =)

afee ali said...

Alamak. Sy pn insha Allah lg 2 bln lbih nak nikah, tp x wat hiv test lg. Huhuu

Diyana said...

seriously dah tukar??
sy lepas raya baru nak pg buat...
hope sempat laa... insya-Allah (^_^)
nak settlekan borang nikah tu cepat2

Anonymous said...

saya dah buat 2minggu ++ hiiv test.. baru tadi ja call tanya apa cita, dia boleh plak jawab tunggu lagi dua minggu.. u better follow up progress klinik kerajaan ni.. kalau tak, bole jadi sebulan la jawabnya..

bintanghati said...

assalm tqah ... im B2B too..

salam kenal ..
hiv test tu mmg laa, klu ikutkn presedur baru akn dpt result 2 mgu .. sy ade ebtri psl hiv test ni ..
sy pn bru nk wat hiv test isnin ni..
nnt singgah ye n xchange link..

http://iambintanghati.blogspot.com