Oct 3, 2013

Review : Reception Outfit


Salam semua...

Bagi menyambung edisi Wedding Review yang masih terhutang dengan anda semua, jadi mari sambung dengan review untuk pakaian kami masa Reception..

Groom Outfit:
Material: Baby Blue Satin
Tailor: Butik di Medam Mara Kuala Lumpur (dah lupa nama tailor apa)
Fees
Upah : RM 100++
Kain : RM 90 (4 meter) 

Sampin & Tanjak : Sewa daripada Butik Pengantin Indera Mahkota (butik sebaris Tunas Manja Indera Mahkota 2)
Fee : RM 50 only termasuk aksesori

Bride Outfit: Princess Cut Dress & Veil
Material : Lace + Baby Blue Chiffon + White Satin
Tailor : Ujies Collection (totally recommended)
Fees :
Upah: RM 350 including veil
Lace : RM 200++ (4meter) 
Lace ni beli kat Bandung, beli banyak-banyak takut tak cukup tapi rupanya banyak sangat lebih. Lace yang lebih ni boleh guna untuk tampal kat baju lain. :)
Chiffon :  RM 130++ (12meter) 
Beli dekat Harrison Jalan TAR. Susah sangat nak cari warna biru yang berkenan. huhu





Ini full view outfit kami. :) 


Sangat-sangat suka baju kami! Walaupun 2 hari sebelum majlis, pening-pening kepala baju tak siap lagi, tapi Alhamdulillah..sekejap je Kak Ujie siapkan dan hasilnya memang superb! Jahitan pun elok. 
Dahlah upah murah, puas hati pulak tu.

Sesiapa yang nak tempah baju kahwin, bolehlah contact Kak Ujie ni Facebook. 
Butik dia kat Kompleks Teruntum Kuantan. Oh boleh rambang mata tengok dress cantik-cantik. Rasa nak tukar baju banyak-banyak kali. hehe.

Sekarang saya buka untuk sewa baju ni. Kalau ada yang berminat, boleh contact ye. Murah-murah je. Tak caj mahal-mahal pun. hehe. 

;) 


4 comments:

Khumaera Ismail aka Mariam Ismail said...

memg gojess.pandai tukang jahit tu buat!

IMaH said...

Cantik! suka kombinasi warna dia.

Na Rieana said...

hi, cantiknya baju awak.. lace tu tampal gitu je ke?

tqahmisdar said...

Maera: Kan? pandaikan..hehe

Imah: Thanks! ;)

Na Rieana: Thanks..dia potong dulu dari kain lace 4 meter yg saya beli..dia pilih bahagian2 yg dia nak je then tampal.. :)