Oct 7, 2013

Review: Hantaran


Salam..

Hari ni saya nak buat review pasal hantaran pulak...
Hantaran kami sebenarnya 7 berbalas 9..tapi ada gambar hantaran yang tak sempat ambil, jadinya..yang ni je lah ada.. hehe

For Him
Warna tema : Biru
Tukang Gubah : Mak saya! hehe
Hantaran :
1. Cincin
2. Minyak Wangi
3. Buah-buahan
4. Coklat
5. Tali Pinggang & Wallet
6. Sejadah
7. Bunga Rampai
8. Jam
9. Kek










For Her 
Warna tema : Pink
Tukang Gubah & Idea : Mak saya jugak! hehe
Hantaran:
1. Set mandian Victoria Secret
2. Handbag
3. Gelang & Cincin
4. Kain Telekung
5. Perfume
6. Al-Quran
7. Mas Kahwin







Semua gubahan ni dibuat oleh mak saya. Saya tukang bagi idea je. Tangan tak ada seni nak gubah. Haha. Comel tak? hehe
Kami buat hantaran untuk kedua-dua belah pihak sebab nak mudahkan belah pengantin lelaki, diorang dari jauh, kesian nak bawa barang banyak-banyak. hee

Gubah sendiri lebih jimat kos rasanya, dan yang penting adik-adik nanti boleh guna balik. hehe.
Kos gubahan tu kalau tak silap, tak sampai 10 ringgit pun sedulang.. jimatkan?

Bunga-bunga tu saya beli dekat Pasaraya Cowboy. Orang-orang Pahang mesti tahu pasaraya ni. Sekarang dekat Cowboy, bunga cantik-cantik tau. Cuma kena pandai pilih. Boleh rambang mata sebab semua pun murah. haha. 

Kain alas Polistren tu beli kain satin murah je, dalam semeter boleh dapat 4 ringgit. Dan dengan semeter boleh muat untuk 2 dulang. 

Mari kira kos :
Kain : RM 2
Polistren : RM 4
Bunga : RM 2 (Sejambak RM 5-7, ada 7 kuntum bunga rasanya)
Reben : RM 0.50 (1 gulung RM 4.00 rasanya) 
Kain Alas Dulang : RM 1.50 
Total : RM 10.00 

Kat mana nak beli barang buat gubahan? Cowboy kan adaaa...hehe
Yang penting kena pandai pilih dan dah ada idea, kalau tak dari pagi duduk dalam tu xtau nak pilih bunga sebab rambang mata. haha. 

Sekian. 

;) 



1 comment:

Farhain Azmi said...

cantik hntaran awk. sy ex-b2b dri kedah.. jemput jenguk blog sy
http://akuhanyagadiskampung.blogspot.com