Oct 4, 2013

Review : MUA


Jeng jeng jeng...
nampaknya tarfik kembali sesak disini..hihi..
Korang memang suka baca pasal kawin-kawin ye..hehe

Okay..mari sambung pasal MUA..apa itu MUA adik-adik?
MUA adalah Make Up Artist...
Macam lah korang tak tahu kan..hehe

Untuk kedua-dua majlis ni, saya memilih Kak Giey untuk mekapkan saya.
Sebelum dia make up, dah kemain banyak songeh, nak mekap nipis-nipis takmau pipi pink sangat, takmau putih sangat.. sampai pening akak tu..hehe
Konon mekap nak feeling macam princess..konon la...

So far, memang puas hati sangat..cuma masa nikah, ramai yang tegur, nampak putih sangat sikit.. haha
Yelah, dah hitam, tetiba jadi putih tak ke pelik..hihi
Jadi masa mekap untuk reception tu, saya request nak kurang putih sikit daripada nikah...sib baik akak tu jenis redha, layankan je la pengantin ni..hehe






Inilah hasil-hasilnya...

Sesiapa yang duduk Pahang atau area Kuantan, tak ada MUA lagi, boleh consider Kak Giey ni.. dia datang on time, dan tak susah deal dengan dia...

019-9335062
giey76@gmail.com

Kak Giey ni ada butik pengantin dia sendiri jugak. Jadi jangan pening-pening, boleh tempah dengan dia terus. hee
Berapa upah? Tak mahal pun.. untuk 2 sesi ni RM 400.. Murah dan puas hati. 

Lepas dah habis perasan cantik dan feeling princess dah boleh sapu make up remover dengan senang hati. hihi.

;) 


1 comment:

IMaH said...

Cantik. natural je makeup dia. tak tebal..hehe