Oct 11, 2013

Review : Pelamin


Pengantin basi kembali dengan cerita sensasi..hehe

Tarik nafas panjang-panjang..okey jom sambung review..
Kali ni pasal pelamin..

Untuk makluman saudara & saudari, saya tak ambil mana-mana pakej daripada butik perkahwinan..
Kenapa? Mak saya kata rugiii...
Bayar mahal-mahal, lepas tu cabut, dah tak nampak pelamin..haha..
Pandai mak..

Jadinya, pelamin ni semua kami berdua DIY sendiri, bersama-sama tukang ketuk iaitu Abah..hehe

Pelamin nikah

Ini nak dikategori sebagai pelamin, rasanya tak berapa sesuai. Tapi tak tau nak guna terms apa, guna je lah pelamin. hehe.
Kat rumah kami, ada satu ruang tamu yang ada wallpaper cantik. Dulu masa awal-awal mak pasang wallpaper ni, terus jatuh cinta dan memang dah set, okey nanti nikah kat sini! hehe..

Cuba tengok bawah, cantik kan? hehe


Jadi bagi melengkapkan ruang ni, saya cuma sewa bantal bulat 2 biji dan gubah bunga. Oh semestinya bukan saya yang gubah, tapi mak saya. kui3.


Bunga ni sebenarnya untuk pelamin masa reception, tapi nak nampak seri, letak je kat situ. Taklah nampak kosong sangat.

Dan sebagai pelengkap..dan yang mak saya paling eksaited ialah kena beli karpet baru! Sekarang pakistan karpet dah jarang lalu, jadi susah dah nak beli karpet instant, maka menapaklah ke Kamdar, cari karpet murah dan boleh masuk tema. Mak kata harus sesuai dengan langsir. Mak oh mak. hehe


Wallpaper ni buat gambar jadi cantik. Kan? Menyerlah gitu.


Pelamin Reception

Pelamin reception ni pun kami buat sendiri. Gigih ni Abah pergi cari platform & papan untuk buat pelamin.
Tapi yang sedihnya, OP lupa ambil gambar pelamin ni saje. Oh oh. Yang dalam simpanan saya pun entah kemana. Lupa. Huhu. Takpelah, tak ada rezeki.

Untuk pelamin reception, saya request nak pelamin yang simple je. Dan boleh masuk ramai orang untuk ambil gambar. Itu yang penting.



 

Kan..boleh masuk ramai-ramai. hehe.

Okay. Berapa kos buat pelamin ni?
Kita cerita satu persatu, panjang ni..

Backdrop 
Kain satin 1.5 meter x 5 x RM 2 = RM 15
Diamond = Recycle barang dalam rumah = Free
Rel Langsir = Tak sure berapa kaki & berapa ringgit.

Kerusi & Side Table
Yang ni kami sewa daripada Elzawa Couture.
Kami sewa sekali dengan bantal bulat & minta mereka buat set meja makan pengantin.
Total RM 500.

Platform
Platform ni Abah saya gigih pergi ronda-ronda kat kilang-kilang kot terjumpa. Kan kilang selalu buang kat luar kan. Hasilnyaaa...Ada la dalam 4 platform kayu dia bawak balik. Ada juga yang dia bertukang sendiri. Lepas tu kami tutup platform tu dengan blue carpet. Karpet tu murah je, dalam 10 ringgit semeter rasanya.
Karpet biru 2 meter x RM 20 = RM 40
Skirting = Kain perca
Karpet coklat = Ambil yang rumah punya

Bunga
Beli kat Cowboy semestinya.
Satu jambak tu dalam RM5-7, ada 7 kuntum bunga kalau tak silap.
Kos untuk bunga-bunga dan pasu RM  150.
Kesemua bunga ada 4 pasu dan digubah oleh mak tersayang.

Bantal Kecil
Sebenarnya ada bantal kat depan kerusi tu, tapi lepas pengantin naik, bantal terpaksa dialihkan. hee
Bantal ni ambil yang sedia ada kat rumah je, cuma jahitkan sarung baru je.

Jadi total cost untuk pelamin under RM 500.
Kain-kain tu kami recycle semula untuk kenduri sedara mara dan buat alas meja. hehe.

Berguna jugak.

Berapa lama masa nak siapkan pelamin ni? Tak lama pun, 2-3 hari je. ;)

Senangkan nak berjimat? Cuma kena kreatif dan rajin. :)




2 comments:

lovelyadibah said...

bgsnyerrr!!!sangat la berjimat :)

nik ros said...

bagusnya.berjimat. mmg kena kreatif.