Nov 6, 2013

Updated!


Hai hai. 
Kali ni kami ada dress labuh , fishtail & blouse yang sangat comel untuk anda. 
Fishtail & Blouse tu custom made tau. 
Kain sangat sedap dan selesa dipakai. 

Murah-murah je. ;) 

ALL FREE POSTAGE WITHIN MALAYSIA

 For Quick Order Kindly click the link below :

or 

SMS/Whatsapp to 0175513646

Harga: RM 65 (FREE POSTAGE WITHIN MALAYSIA)
Ukuran 
Bahu 13 inci
Dada 32 inci
Pinggang 40 inci
Labuh 54 inci
Material : Lycra sejuk (Stretchable)
Size : FREE SIZE Fit S until L
Note : Kain sejuk dan tidak melekap di badan. Sedikit jarang, perlu pakai kain dalam.


AVAILABLE


AVAILABLE


Harga: RM 50 (FREE POSTAGE WITHIN MALAYSIA)
Ukuran 
Bahu 17 inchi
Dada 44 inchi
Labuh 26 inchi
Material : High quality Chiffon (without lining)
Colour : Peach
Size : FREE SIZE Fit S until small XL


AVAILABLE


AVAILABLE


AVAILABLE


Harga: RM 60 (FREE POSTAGE WITHIN MALAYSIA)
Ukuran 
Bahu 15 inchi
Dada 36 inchi
Labuh Depan 28 inchi
Labuh Belakang 43 inchi
Material : High quality Chiffon (without lining)
Colour : Blue Black
Size : FREE SIZE Fit S L


SOLD OUT


AVAILABLE


AVAILABLE





Oct 31, 2013

The Labels Bazaar.


Ladies, we will be joining The Labels Bazaar this Saturday. Yehoo!
Do come and visit our booth for more Preloved, New Arrival and of course, discounts. 
Price will be cheaper than online. 
Mark your calendar ladies! 
2 more days. Tik tok tik tok. 



Tak tahu jalan? Ni map pergi 1 Mont Kiara. :)



Oct 29, 2013

Harapan.


harapan sangat besar minggu ni..
hopefully boleh nampak double line. 
target nak mengandung bulan November. sebab nak anak lahir bulan Julai, sama dengan Mama. haha
boleh terima tak alasan? hehe

taklah. tu sampingan je. 
but, seriously berharap boleh nampak double line lagi supaya boleh jaga diri elok-elok dan tak berulang peristiwa yang sama macam sebelum ni.

Ya Allah, kurniakan kami zuriat yang soleh yang akan kami bentuk dirinya menjadi hambaMu yang taat dalam menunaikan segala perintahMu. 

Amin.

p/s: seminggu dua ni selalu sangat mimpi ngeri. asal terlelap mesti ngeri mimpi tu. takut. 


Oct 25, 2013

Peplum RM 19 je.


Dah lama tak update blog. hee.
Review tinggal sikit je lagi. Nanti lah sambung.

Ni nak bagitau, Adzraa ada promo hari ni.



Hari ni kami nak buat Clearance untuk 4 helai Tops ni. 
RM 19 SAHAJA (tidak termasuk postage). 
LIMITED PIECES AVAILABLE.

Saiz boleh fit sampai M. Material baju, stretchable. 
Booking strictly for 24HOURS ONLY. 

Measurement : 
B 39cm L 59cm W 35cm

Colour : 
TB01 Peach 
TB02 Red 
TB03 Black 
TB04 Cream

Camne nak order? PM / SMS / WhatsApp ke 0175513646. 

Nak kosongkan cepat-cepat. Banyak tops baru nak masuk next week. InsyaAllah. ;) 

Alhamdulillah, bisnes makin okey sekarang. Boleh tarik nafas lega. 
Yang belum like page kami, boleh klik sini


Banyak tudung, dress, tops cantik2.. :) 

Happy Shopping!

Oct 11, 2013

Review : Pelamin


Pengantin basi kembali dengan cerita sensasi..hehe

Tarik nafas panjang-panjang..okey jom sambung review..
Kali ni pasal pelamin..

Untuk makluman saudara & saudari, saya tak ambil mana-mana pakej daripada butik perkahwinan..
Kenapa? Mak saya kata rugiii...
Bayar mahal-mahal, lepas tu cabut, dah tak nampak pelamin..haha..
Pandai mak..

Jadinya, pelamin ni semua kami berdua DIY sendiri, bersama-sama tukang ketuk iaitu Abah..hehe

Pelamin nikah

Ini nak dikategori sebagai pelamin, rasanya tak berapa sesuai. Tapi tak tau nak guna terms apa, guna je lah pelamin. hehe.
Kat rumah kami, ada satu ruang tamu yang ada wallpaper cantik. Dulu masa awal-awal mak pasang wallpaper ni, terus jatuh cinta dan memang dah set, okey nanti nikah kat sini! hehe..

Cuba tengok bawah, cantik kan? hehe


Jadi bagi melengkapkan ruang ni, saya cuma sewa bantal bulat 2 biji dan gubah bunga. Oh semestinya bukan saya yang gubah, tapi mak saya. kui3.


Bunga ni sebenarnya untuk pelamin masa reception, tapi nak nampak seri, letak je kat situ. Taklah nampak kosong sangat.

Dan sebagai pelengkap..dan yang mak saya paling eksaited ialah kena beli karpet baru! Sekarang pakistan karpet dah jarang lalu, jadi susah dah nak beli karpet instant, maka menapaklah ke Kamdar, cari karpet murah dan boleh masuk tema. Mak kata harus sesuai dengan langsir. Mak oh mak. hehe


Wallpaper ni buat gambar jadi cantik. Kan? Menyerlah gitu.


Pelamin Reception

Pelamin reception ni pun kami buat sendiri. Gigih ni Abah pergi cari platform & papan untuk buat pelamin.
Tapi yang sedihnya, OP lupa ambil gambar pelamin ni saje. Oh oh. Yang dalam simpanan saya pun entah kemana. Lupa. Huhu. Takpelah, tak ada rezeki.

Untuk pelamin reception, saya request nak pelamin yang simple je. Dan boleh masuk ramai orang untuk ambil gambar. Itu yang penting.



 

Kan..boleh masuk ramai-ramai. hehe.

Okay. Berapa kos buat pelamin ni?
Kita cerita satu persatu, panjang ni..

Backdrop 
Kain satin 1.5 meter x 5 x RM 2 = RM 15
Diamond = Recycle barang dalam rumah = Free
Rel Langsir = Tak sure berapa kaki & berapa ringgit.

Kerusi & Side Table
Yang ni kami sewa daripada Elzawa Couture.
Kami sewa sekali dengan bantal bulat & minta mereka buat set meja makan pengantin.
Total RM 500.

Platform
Platform ni Abah saya gigih pergi ronda-ronda kat kilang-kilang kot terjumpa. Kan kilang selalu buang kat luar kan. Hasilnyaaa...Ada la dalam 4 platform kayu dia bawak balik. Ada juga yang dia bertukang sendiri. Lepas tu kami tutup platform tu dengan blue carpet. Karpet tu murah je, dalam 10 ringgit semeter rasanya.
Karpet biru 2 meter x RM 20 = RM 40
Skirting = Kain perca
Karpet coklat = Ambil yang rumah punya

Bunga
Beli kat Cowboy semestinya.
Satu jambak tu dalam RM5-7, ada 7 kuntum bunga kalau tak silap.
Kos untuk bunga-bunga dan pasu RM  150.
Kesemua bunga ada 4 pasu dan digubah oleh mak tersayang.

Bantal Kecil
Sebenarnya ada bantal kat depan kerusi tu, tapi lepas pengantin naik, bantal terpaksa dialihkan. hee
Bantal ni ambil yang sedia ada kat rumah je, cuma jahitkan sarung baru je.

Jadi total cost untuk pelamin under RM 500.
Kain-kain tu kami recycle semula untuk kenduri sedara mara dan buat alas meja. hehe.

Berguna jugak.

Berapa lama masa nak siapkan pelamin ni? Tak lama pun, 2-3 hari je. ;)

Senangkan nak berjimat? Cuma kena kreatif dan rajin. :)




Oct 7, 2013

Review: Hantaran


Salam..

Hari ni saya nak buat review pasal hantaran pulak...
Hantaran kami sebenarnya 7 berbalas 9..tapi ada gambar hantaran yang tak sempat ambil, jadinya..yang ni je lah ada.. hehe

For Him
Warna tema : Biru
Tukang Gubah : Mak saya! hehe
Hantaran :
1. Cincin
2. Minyak Wangi
3. Buah-buahan
4. Coklat
5. Tali Pinggang & Wallet
6. Sejadah
7. Bunga Rampai
8. Jam
9. Kek










For Her 
Warna tema : Pink
Tukang Gubah & Idea : Mak saya jugak! hehe
Hantaran:
1. Set mandian Victoria Secret
2. Handbag
3. Gelang & Cincin
4. Kain Telekung
5. Perfume
6. Al-Quran
7. Mas Kahwin







Semua gubahan ni dibuat oleh mak saya. Saya tukang bagi idea je. Tangan tak ada seni nak gubah. Haha. Comel tak? hehe
Kami buat hantaran untuk kedua-dua belah pihak sebab nak mudahkan belah pengantin lelaki, diorang dari jauh, kesian nak bawa barang banyak-banyak. hee

Gubah sendiri lebih jimat kos rasanya, dan yang penting adik-adik nanti boleh guna balik. hehe.
Kos gubahan tu kalau tak silap, tak sampai 10 ringgit pun sedulang.. jimatkan?

Bunga-bunga tu saya beli dekat Pasaraya Cowboy. Orang-orang Pahang mesti tahu pasaraya ni. Sekarang dekat Cowboy, bunga cantik-cantik tau. Cuma kena pandai pilih. Boleh rambang mata sebab semua pun murah. haha. 

Kain alas Polistren tu beli kain satin murah je, dalam semeter boleh dapat 4 ringgit. Dan dengan semeter boleh muat untuk 2 dulang. 

Mari kira kos :
Kain : RM 2
Polistren : RM 4
Bunga : RM 2 (Sejambak RM 5-7, ada 7 kuntum bunga rasanya)
Reben : RM 0.50 (1 gulung RM 4.00 rasanya) 
Kain Alas Dulang : RM 1.50 
Total : RM 10.00 

Kat mana nak beli barang buat gubahan? Cowboy kan adaaa...hehe
Yang penting kena pandai pilih dan dah ada idea, kalau tak dari pagi duduk dalam tu xtau nak pilih bunga sebab rambang mata. haha. 

Sekian. 

;) 



Oct 4, 2013

Review : MUA


Jeng jeng jeng...
nampaknya tarfik kembali sesak disini..hihi..
Korang memang suka baca pasal kawin-kawin ye..hehe

Okay..mari sambung pasal MUA..apa itu MUA adik-adik?
MUA adalah Make Up Artist...
Macam lah korang tak tahu kan..hehe

Untuk kedua-dua majlis ni, saya memilih Kak Giey untuk mekapkan saya.
Sebelum dia make up, dah kemain banyak songeh, nak mekap nipis-nipis takmau pipi pink sangat, takmau putih sangat.. sampai pening akak tu..hehe
Konon mekap nak feeling macam princess..konon la...

So far, memang puas hati sangat..cuma masa nikah, ramai yang tegur, nampak putih sangat sikit.. haha
Yelah, dah hitam, tetiba jadi putih tak ke pelik..hihi
Jadi masa mekap untuk reception tu, saya request nak kurang putih sikit daripada nikah...sib baik akak tu jenis redha, layankan je la pengantin ni..hehe






Inilah hasil-hasilnya...

Sesiapa yang duduk Pahang atau area Kuantan, tak ada MUA lagi, boleh consider Kak Giey ni.. dia datang on time, dan tak susah deal dengan dia...

019-9335062
giey76@gmail.com

Kak Giey ni ada butik pengantin dia sendiri jugak. Jadi jangan pening-pening, boleh tempah dengan dia terus. hee
Berapa upah? Tak mahal pun.. untuk 2 sesi ni RM 400.. Murah dan puas hati. 

Lepas dah habis perasan cantik dan feeling princess dah boleh sapu make up remover dengan senang hati. hihi.

;) 


Oct 3, 2013

Review : Reception Outfit


Salam semua...

Bagi menyambung edisi Wedding Review yang masih terhutang dengan anda semua, jadi mari sambung dengan review untuk pakaian kami masa Reception..

Groom Outfit:
Material: Baby Blue Satin
Tailor: Butik di Medam Mara Kuala Lumpur (dah lupa nama tailor apa)
Fees
Upah : RM 100++
Kain : RM 90 (4 meter) 

Sampin & Tanjak : Sewa daripada Butik Pengantin Indera Mahkota (butik sebaris Tunas Manja Indera Mahkota 2)
Fee : RM 50 only termasuk aksesori

Bride Outfit: Princess Cut Dress & Veil
Material : Lace + Baby Blue Chiffon + White Satin
Tailor : Ujies Collection (totally recommended)
Fees :
Upah: RM 350 including veil
Lace : RM 200++ (4meter) 
Lace ni beli kat Bandung, beli banyak-banyak takut tak cukup tapi rupanya banyak sangat lebih. Lace yang lebih ni boleh guna untuk tampal kat baju lain. :)
Chiffon :  RM 130++ (12meter) 
Beli dekat Harrison Jalan TAR. Susah sangat nak cari warna biru yang berkenan. huhu





Ini full view outfit kami. :) 


Sangat-sangat suka baju kami! Walaupun 2 hari sebelum majlis, pening-pening kepala baju tak siap lagi, tapi Alhamdulillah..sekejap je Kak Ujie siapkan dan hasilnya memang superb! Jahitan pun elok. 
Dahlah upah murah, puas hati pulak tu.

Sesiapa yang nak tempah baju kahwin, bolehlah contact Kak Ujie ni Facebook. 
Butik dia kat Kompleks Teruntum Kuantan. Oh boleh rambang mata tengok dress cantik-cantik. Rasa nak tukar baju banyak-banyak kali. hehe.

Sekarang saya buka untuk sewa baju ni. Kalau ada yang berminat, boleh contact ye. Murah-murah je. Tak caj mahal-mahal pun. hehe. 

;) 


Oct 1, 2013

Wedding Review : Outdoor

Assalamualaikum..

Sebelum menyambung entry wedding review yang berat-berat.. jom warm up dengan tengok gambar outdoor kami dulu..
Lokasi di Taman Gelora Kuantan Pahang. Masa shoot ni, ramai gila pasangan pengantin tengah shoot gambar jugak. Jadi, taklah segan sangat. hehe.
Kami siap masuk dalam air lagi, habis balik baju basah. hehe.

Okay. Jom tengok gambar!






 














Sekian.