Dec 9, 2011

real wedding : Nora & Kerel

Salam Jumaat warga bloggers semua..

nak lari dari topik Indonesia Trip jap..since my story tak dapat banyak sambutan..hihi..
lagipun berhutang nak story pasal majlis Nora ni...

sampai majlis Nora around 1pm..senang je nak cari rumah Nora sebab sebelah jalan..dan jarak dia dalam 5minit je dari rumah saya..

sampai je terus excited nak amik gambar...so, mari layan gambar-gambar yang sempat disnap..



posing sket

photobooth

meletup sangat pelamin ni!

decoration khemah

candy buffet

me with bride, Nora

Nora & pelamin nikah...cantik sangat!

all the hantarans
abang aiskrim

kalau nak tempah boleh call..hehe

sayangnya tak sempat jumpa B2B Pahang semua...terpaksa bergegas balik awal sebab ada urusan lain.. isk3...ruginya..

to Nora & Kerel, tahniah...semoga bahagia berdua hingga ke syurga..Amin..cepat-cepat dapat baby ye..

p/s: tetibe rasa tak sabar nak kawin..hihi  >_<

Dec 7, 2011

Indonesia Trip: Taman Mini Ancol

Holla!

bagi sesiapa yang terlepas kisah sebelum ni boleh refer kat links ini ye..
1. http://tqahmisdar.blogspot.com/2011/12/indonesia-trip-departure-arrival.html
2. http://tqahmisdar.blogspot.com/2011/12/indonesia-trip-mangga-2.html

mari sambung kisah trip ke Indonesia saya!

selepas agak tidak puas bershopping di Mangga 2, kami pun bergerak ke Taman Mini Ancol..jarak kedua-dua tempat ni dalam 10minit je..

bayaran masuk ke Taman Mini ni 15k Rupiah kalau tak silap..tak berapa ingat dah sebab tak excited sangat nak masuk..masing-masing dah penat, dan berpeluh-peluh.

Taman Mini ni lebih kepada macam taman tema kecil. Ada roller coaster, cable car, dan beberapa mainan lain..ala-ala Genting Highlands lah..cuma versi tanah rata.

turun je dari bas, kami terus cari tempat untuk makan dan solat. teringin juga nak naik mainan-mainan tu, tapi disebabkan jalan dengan Mak & makcik-makcik, maka terpaksalah ikut mereka berehat-rehat. Semua orang pun macam tak berminat nak jalan lebih-lebih kat situ sebab dah penat and badan berpeluh-peluh tak mandi lagi.

tapi sempatlah jugak Mak & Achik saya berposing kat taman tu..macam kanak-kanak riang..

ni je yang sempat ambil..sedih

My mom & Achik

kami diberi almost 3 jam kat situ untuk jalan-jalan tapi semua dah mendesak ketua kumpulan supaya balik ke hotel awal, maka after 2 hours kami pun naiklah bas dan mula bergerak ke Bandung...

bila dah balik, rasa rugi pulak tak habis jalan-jalan kat situ..sebab baca balik, memang banyak sangat part menarik dalam taman ni..

masa on the way ke Bandung tu, ada satu pemandangan yang buat saya kagum..sebab rasanya tak pernah jumpa ni kat Malaysia...

kagum dengan landasan keretapi ni..gayat!!!
punyalah penat, sampai semua orang pun tidur sepanjang perjalanan 3 jam ke Bandung..

next, cerita pasal Bandung pulak.. >_<