Jul 12, 2012

Dejavu di Kinabalu


Selamat pagi kawan-kawan!

Pagi-pagi ni terasa nak mengulas pasal drama yang sedang hangat sekarang, Dejavu di Kinabalu.

Mesti ramai yang terpesona dengan kekacakan Aqasha dalam cerita ni kan. Sejak dua menjak ni rasa dia macam makin hensem kan? hehe

Dulu masa mula-mula cerita ni, sukalah jugak layan, then bila makin lama, terasa macam kena kat batang hidung sendiri. haha.

Drama ni sangat sensitif bagi saya. Sangat menyentuh hati saya. Dan saya sangat memahami apa yang Bazli rasa. Saya team Bazli! Anda?   =D

Melihat Nadira mula suka pada Amar, dan semakin melupakan dia sampai macam dah tak sedar diri yang dia tu tunang orang, buat saya sedih dan sakit hati sangat. Sedangkan Bazli tu sangat baik, jaga Nadira ni dari sakit sampai sihat dan sanggup sabar je dan tak cepat naik marah dengan apa yang Nadira buat. Terlampau banyak yang Bazli ni korbankan.

Ya. Cinta boleh buat manusia jadi buta. Cinta buat manusia tak pedulikan orang sekeliling, keluarga, dan akibat yang lain. Lupa hakikat ada hati lain yang terseksa dan terluka.

Tapi kita dikurniakan akal untuk membezakan yang mana baik dan buruk. Untuk membezakan antara nafsu dan cinta. 

Kalau benda ni jadi kat kehidupan realiti, sentiasalah ingat, Allah tu Maha Adil.

Sekarang kita sakitkan hati orang, buat dia menangis, gelisah dan terluka..nanti lambat laun, perkara ni akan jadi balik pada kita. Cuma lambat atau cepat je.

Trust me. Saya dah pernah rasa, saya dah pernah kena.

Kuasa Allah tu besar, dan sentiasa ingat, Allah tu Maha Adil.

Tak sabar nak tunggu ending drama ni walaupun makin sakit hati bila tengok. Dan rasanya tak adil untuk Bazli kalau dia sorang je yang merana.

Semoga pengarah bagi dia gadis yang layak untuk dia dalam ending drama ni.


Sekian bebelan pagi ini.

Have a Nice Day!

p/s: Kalau tak ada, saya sudi. haha. 



  



6 comments:

choclairissa@intan marliana said...

hahaha cite ni sgt pelik sbnrnye..heroin yg curang..cume benci die bleh lupekan tunang..n family laki tu semua bila jumpe laki lain (yg baru die kenal)..hehe satu soalan..kenapa kdg2 bazli tu ckp cm x bukak mulut rase..hehe..kalo bazli tu adelah aaron aziz confirm semua pompuan kutuk tiz zaqyah..hahah :)

ni@ @in said...

ain pun tak sabar nak tau ending dia..pasal perasaan ni mmg susah nak jangka..tp kita ada akal & fikiran kan..jgn biar perasaan mengaburi akal& fikiran(^__^)

Qiela said...

susah la, cerita ni mcm complicated sikit,. sebab yanag gilakan si aqasha yu mmh nadirah tapi sebab jantung tu :(

tqahmisdar said...

intan: kan? kalau AA memnag dah kecoh rasanya senatero malaya..hehe

nia ain: yup..betul tu.. =)

qiela: tak sabar nak tau ending die mcm mane kan? =)

vanilla said...

cite ni from korean drama summer scent kan..xtau la adaptasi ke ape..tp kalo summer scent tu mmg hero n heroin akan bersama jgk last2..poor bazli kan..huhu

izan said...

sy juga di pihak Bazli, x suka watak tira tiba2 muncul.. Nadira please be with Bazli :')