Selamat berpuasa kawan-kawan.. >_<
Di bulan puasa yang indah ni, saya agak malas nak update menu makanan saya..dah dekat 2 minggu tinggal rasanya...ya ampun..
Kita sambung lepas raya lah ye.. =D
Mari sambung dengan kisah wedding preps saya..
Pada 14 Julai yang lepas, saya dan Han telah sama-sama pergi ke Festival Pengantin di Shah Alam Convention Centre.. Tujuan kami ke situ cuma satu, nak dapatkan vendor kad kahwin.
Usually pakej yang ditawarkan masa festival berganda murahnya dan kita boleh dapat banyak gift.hehe
Sampai dekat situ, memang tak sempat pandang booth lain, Han tegaskan, kita tengok kad je.. everytime saya nak pergi tempat lain, dia dah mula nak tarik muka kan.. haip! Ni la beza perempuan dengan lelaki..nak window shopping dalam tu sikit pun tak boleh kan..Lagipun hampir semua dah setel, so no point juga kami nak tengok booth lain, takut nanti sakit hati..Kui3
Semua booth vendor kad kahwin kami pergi, semuanya kami tanya soalan yang sama, berapa harga sekeping kad untuk 1500pcs dan boleh buat untuk kedua-dua pihak. Jalan punya jalan, kami jumpa satu vendor ni yang bagi harga 30 sen untuk sekeping. Yea!
Kami taknak ambil pakej sebab bajet kami untuk kad kahwin bawah RM 500. Dan saya pun dah ada idea untuk beg doorgift yang lagi murah. Lagipun, saya dan Han berpendapat yang kad kahwin, mahal-mahal rasa membazir, sebab nanti orang buang. kui3.
Vendor tersebut adalah Grazine . Tiada bayaran deposit booking dikenakan masa tu. Just bagi contact details dan nanti mereka contact kita untuk dapatkan further details tentang majlis. Masa tu, diorang bagi gift beg canvas polka dot dan voucher MUA bernilai RM 50. Dan kami juga dapat 2 bunting free! Jimat lagi disitu.
Lebih kurang macam ni design kad kahwin kami nanti. Simple saje |
So far, agak senang bekerja dengan Grazine ni. Saya baru emailkan details Isnin lepas, dan hari ni saya dah dapat draft. Yea! Agak cepat mereka ni buat kerja.
Ada beberapa perkara yang perlu dibetulkan pada kad, hopefully next week dah boleh start printing.
Kalau sempat, boleh diedarkan masa raya nanti sebab masa tu ramai saudara mara yang boleh jumpa.
Lega rasa dah hampir selesai satu benda. Alhamdulillah.
107 days to go!!