Dec 18, 2012

Review: Handbouquet

Morning!!

Kali ni nak review pasal Hb pulak..Saya paling tak sabar nak review pasal handbouquet ni..taktau lah kenapa..hee

Ada 2 handbouquet, semua ni DIY..yang pasti bukan sendiri yang buat..tangan sendiri takde seni..isk3..ni my mom yang buatkan..

Handbouquet nikah:

Artifical flower ni I beli dekat kedai Cowboy, Kuantan. Sesiapa orang Kuantan mesti dah kenal sangat Cowboy ni..lagi-lagi orang yang nak kawin..

Bunga ni dijual sejambak terus...sejambak tu, harga dia kalau tak silap dalam RM 15-RM17..
Mula-mula my mom membebel, kenapa beli warna masam macam ni..tapi I tebalkan telinga aje..janji hati suka..hehe

After that, I minta my mom cantikkan bunga tu..potong tangkai dia kasi sama panjang and nampak bulat..and then tambah reben..Hasilnya..suka!!!hehe..

Artifial flower: RM 15-RM 17
Ribbon: RM 2 semeter
Total: RM 19

Jimat kan?hehe




Handbouquet reception:

Bunga ni pun sama I beli dekat Cowboy. Untuk bagi dia nampak lebih kembang, I beli 3 jambak. Bunga ni best sebab sekeliling dia dah siap daun-daun besar untuk bagi dia nampak kemas.

Yang ni pun my mom yang tolong gubah. hehe.

Artifial flower: RM 18 (kalau tak silap bunga ni sejambak RM 6)
Ribbon: RM 2 semeter
Total: RM 20

Jimat lagi sekali disitu! hehe.

Sesuai untuk pengantin bajet seperti saya.  ;)

 





Dec 17, 2012

Review: Henna


Assalamualaikum...

Selamat pagi Isnin!

Acane weekend korang? Fuhh...my weekend sangatlah penat..penat jadi pembonceng motor suami dari Kulim ke KL...KL ke Kulim..rasa nak tercabut segala tulang belulang ni...mana tak nye sekali perjalanan 4 jam atas motor..memanglah penat..huhu

Ok..mari sambung review...kali ni pasal henna..

Ar first, nak pakai inai kat hujung jari je, malas nak berlukis-lukis bagai...tapi bila makin dekat nak wedding, cam cantik je tengok orang buat..timbul keinginan mendadak disitu..haha..

2 days before majlis nikah, me & my bestie menapak pergi Kuantan Parade untuk buat henna...Sebelum ni dah survey kat kedai tu, dia caj RM 50 for both hands, termasuk inai kat jari..memandangkan auntie yang lukis henna tu baik dan meyakinkan, so terus buat..tak perlu apa-apa appointmnet, just datang & buat...

I pilih design yang macam Ayu Raudhah punya henna tu..so, auntie tu buatkan..tapi dalam dia punya version..auntie ni buat bunga dia rapat-rapat..

Yang menarik, dia pakai berus water colour je untuk inai hujung jari, so inai tu jadi rata... untuk orang yang baru first time merasa, agak jakun disitu..haha




Ni hasilnya..tadaaaa!

Hasil bila dah kering

Kena tunggu dalam setengah jam nak bagi inai ni kering...So, berjalanlah dalam Kuantan Parade dengan kedaan seperti orang cacat...tangan tak boleh pegang apa-apa..semua orang pun pandang je apa ada kat tangan...kui3..

Auntie tu siap bagi tips, sebelum tanggal inai, sapu minyak baby dulu pada inai tu, so that nanti inai tu jadi lebih merah & nampak glowing..

To B2B Kuantan, I totally recommend Auntie ni.. Kiosk dia kat Ground Floor Kuantan Parade, dekat depan mesin ATM...Nanti boleh jenguk-jenguk dia kat situ ye..

So far, memang puas hati..sedara mara pun ramai yang puji sebab warna dia cantik..hehe

Me love it!








Dec 13, 2012

Review: Nikah Outfit


Salam semua!

Mari mulakan review!

Today, saya nak review pasal nikah outfit kami dulu.

Groom Outfit:

Baju Melayu
Material: White Satin 
Tailor: Achik (Makcik Han)
Fee: Tak sure berapa. kui3

Sampin
Pinjam Abah punya. Sampin ni kakak angkat abah hadiahkan pada Abah. Kebetulan dia ni penenun songket. Kalau nak beli sendiri memang tak mapula. Ribu-ribu kot harga. huhu. So, pinjam je lah abah punya. hehe



Bride Outfit:

Baju Kurung
Material: White Chiffon
Fee: RM 250 sepasang
This dress I beli daripada blogshop Colourcycle Boutique. Nampak, berkenan, terus beli.
Mula-mula beli saiz 40, sebab saiz ni je yang tinggal.  Seminggu sebelum majlis, I hantar kat jiran untuk alter kasi kecik.

nak bagi nampak detailing kat baju. tertutup dengan kertas pulak. adeh.

Tudung:
Tudung Bawal
Material : White Cotton
Fee: RM 5
Yang ni beli kat Jalan TAR je. hehe

Veil
Disewa daripada mama comel Puteri Raifana. Veil Put ni Puan Intan yang buatkan. 
Harga sewa: RM 50.



Nilah full view baju akad nikah kami. Memang sangat puas hati!!



p/s: Kasut? Cincai je pakai selipar. haha.


Dec 10, 2012

Wedding review: Bride Reception


Hi semua!

Thanks untuk ucapan dan kata-kata pujian untuk gambar majlis akad nikah sebelum ni.

Sblom mula nak review setiap benda tentang wedding hari tu. Layan gambar lagi boleh? hehe. Mari layan gambar bride reception pulak.

Muah2!








 











 





Dec 6, 2012

Wedding review: Akad Nikah

Hai semua!!

Gambar dari OP ku baru je sampai semalam...so, mari mula share dengan jayanya...
Hari ni nak share gambar masa akad nikah dulu ye..
Ni edisi malas nak edit..fresh dari kamera OP: Imsyadzain PhotoArt.
Nanti saya review pasal diorang..

Mari layan gambar dulu...