Showing posts with label Indonesia Trip. Show all posts
Showing posts with label Indonesia Trip. Show all posts

Dec 7, 2011

Indonesia Trip: Taman Mini Ancol

Holla!

bagi sesiapa yang terlepas kisah sebelum ni boleh refer kat links ini ye..
1. http://tqahmisdar.blogspot.com/2011/12/indonesia-trip-departure-arrival.html
2. http://tqahmisdar.blogspot.com/2011/12/indonesia-trip-mangga-2.html

mari sambung kisah trip ke Indonesia saya!

selepas agak tidak puas bershopping di Mangga 2, kami pun bergerak ke Taman Mini Ancol..jarak kedua-dua tempat ni dalam 10minit je..

bayaran masuk ke Taman Mini ni 15k Rupiah kalau tak silap..tak berapa ingat dah sebab tak excited sangat nak masuk..masing-masing dah penat, dan berpeluh-peluh.

Taman Mini ni lebih kepada macam taman tema kecil. Ada roller coaster, cable car, dan beberapa mainan lain..ala-ala Genting Highlands lah..cuma versi tanah rata.

turun je dari bas, kami terus cari tempat untuk makan dan solat. teringin juga nak naik mainan-mainan tu, tapi disebabkan jalan dengan Mak & makcik-makcik, maka terpaksalah ikut mereka berehat-rehat. Semua orang pun macam tak berminat nak jalan lebih-lebih kat situ sebab dah penat and badan berpeluh-peluh tak mandi lagi.

tapi sempatlah jugak Mak & Achik saya berposing kat taman tu..macam kanak-kanak riang..

ni je yang sempat ambil..sedih

My mom & Achik

kami diberi almost 3 jam kat situ untuk jalan-jalan tapi semua dah mendesak ketua kumpulan supaya balik ke hotel awal, maka after 2 hours kami pun naiklah bas dan mula bergerak ke Bandung...

bila dah balik, rasa rugi pulak tak habis jalan-jalan kat situ..sebab baca balik, memang banyak sangat part menarik dalam taman ni..

masa on the way ke Bandung tu, ada satu pemandangan yang buat saya kagum..sebab rasanya tak pernah jumpa ni kat Malaysia...

kagum dengan landasan keretapi ni..gayat!!!
punyalah penat, sampai semua orang pun tidur sepanjang perjalanan 3 jam ke Bandung..

next, cerita pasal Bandung pulak.. >_<

Dec 5, 2011

Indonesia Trip: Mangga 2

Holla...

mari kita sambung cerita Indonesia Trip..

first destination bila sampai Jakarta ialah Mangga 2.. anyone pernah pergi sana?

ni landmark nak pergi tempat shopping tu

Tempat ni best kalau nak shopping handbag.. banyak sangat handbag longgok 50k Rupiah satu.. cantik-cantik pulak tu.. 50k Rupiah tu dalam 17 ringgit duit kita.. Kalau handbag tak Ori grade A pun banyak yang cantik-cantik & murah..memang rambang mata...phew~~

saya terlepas peluang nak beli sebab ikut Mak & makcik cari telekung punya pasal.. kat sini kain telekung dia taklah murah sangat and even nak tawar menawar pun tak banyak yang diorang bagi turun.. kalau nak beli telekung better beli kat Pasar Baru atau Tanah Abang..

Kalau baju pun ada yang best jugak, cuma agak mahal sikit..and fesyen dia macam baju-baju Thailand, tshirt biasa..tak banyaklah yang best..

Tapi..saya berjaya jumpa baju nikah saya kat sini..yeah! Harga dia dalam 250k Rupiah..kira dalam 80 ringgit lebih je..kalau kat Malaysia rasanya orang jual dekat RM400 kot sehelai sebab beading & manik dia penuh dan berat..memang puas hatilah bila dah beli tu.. boleh cut cost banyak dah..cuma kena buat kain dan inner dalam je untuk baju tu..

Memang tak cukup masa nak round habis dalam ni..lagipun kami just diberi 2 jam setengah untuk jenjalan ..sebab lepas tu nak bergerak ke Taman Mini Ancol...dan tak sempat nak amik gambar banyak-banyak sebab bila dah shopping memang kamera dah dilupakan..hehe

next saya cerita tentang Taman Mini Ancol pulak..

>_<

Dec 3, 2011

Indonesia Trip: The Departure & Arrival

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum..

Akhirnya, terjumpa masa nak update pasal trip ke Indonesia last 2 weeks...timbunan kerja dan connection internet yang tak berapa nak bagus membataskan keinginan nak update yang membuak-buak..

Okey..lets story about the trip..

22.11.2011

Seawal 3 pagi dah bangun & bersiap-siap nak ke LCCT. Agak liat nak bangun pagi tu sebab malam tu tidur lambat akibat tengok bola. Excited sangat sokong Malaysia masa final bola tu.

Tiba kat LCCT dalam pukul 5..dan terpaksa bersiar-siar cari parking kat situ sebab parking full akibat himpunan penyokong Harimau Muda yang memenuhi airport..ramai gila yang tunggu team Malaysia..siap nyanyi bagai..

Hampir setengah jam lah jugak cari parking tu..dan kami pun terpaksa rushing nak drop baggage dan terpaksa skip Q orang ramai.. yelah flight pukul 7...nanti kena tinggal pulakkan..

This is my first time naik flight... so agak excited dan semua gambar pun nak amik.. agak jakun disitu..almaklumlah kecik-kecik tak merasa nak naik kapal terbang.. hehe


my mom & auntie

muka excited naik flight


setelah 2 jam perjalanan, kami pun sampai ke Terminal 3 Soekarno Hatta International Airport.. terminal ni katanya baru dibuka..nampak cantik lagi dan lagi best dari LCCT... Terminal 3 ni memang khas untuk Air Asia Indonesia kalau tak silap saya..


bye Malaysia! hehe

after settle check out semua, kami pun sabar menunggu Pak Supir kami.. dan mula bergerak ke bandar Jakarta...

dan memulakan misi SHOPPING! Yeah!

...to be continue....

>_<

Nov 9, 2011

Indonesia Trip: The Plan

morning alls!...

thanks to those yang bagi idea untuk my wedding dress.. >_<

now, I nak cerita pasal my planning trip to Indonesia in 2 more weeks..

Ni first time I nak pergi luar dari negara dan first time jugak I nak naik kapal terbang...sedey kan? isk3.. sebab tu  I excited melampau sangat-sangat..hehe


Trip ni actually my mom yang ajak..ada member dia promote join travel pi Indonesia ni, trip ke Jakarta & Bandung untuk 4 hari 3 malam..for RM 900. tu campur ticket flight, hotel, and transport kat sana. Ni trip kumpulan yang besar, maybe dalam 20 orang kot..and maybe ramai makcik2..

Bila my mom ajak, I terus setuju..tak fikir pun 900 tu mahal ke tak..u olls rasa mahal ke? I pun tak google dulu sebelum setuju tu..hee

hari tu masa balik raya, my mom bagitau tentatif trip dah keluar..bertambah-tambahlah excited nya..google sana sini..nak tengok apa yang best..so, here is the plan:

22/11/11 : 
Flight to Jakarta
Shopping at Tanah Abang
Shopping at Senayan Mall City
Bertolak ke Bandung

23/11/11:
Visit Tangkuban Gunung Berapi
Visit Trans Studio (pun ada shopping mall kat situ..hehe)

24/11/11:
Shopping at Pasar Baru
Shopping at Toko3
Visit Kedai Kek Lapis Indonesia
Balik ke Jakarta

25/11/11:
Shopping at Mangga 2
Balik ke Malaysia

Cuba u olls kira, berapa banyak perkataan shopping disitu? waaaaa! I excited sangat!


Duit dah kumpul, tinggal nak tukar ke duit Rupiah je belum lagi..jadi jutawan lah kat sana kan..ada berjuta-juta Rupiah..hihi..I nak cari sikit barang untuk wedding, jeans, begs, kebaya... semualah...Hopefully cukuplah duit yang I bawakkan...hee

Nak guna advise ni sepenuhnya nanti,


hihi... wink wink >_<