Sep 30, 2013

Family Trip : A Famosa Resort (Part 3)


Assalamualaikum...

Mari sambung pasal A Famosa Resort..sikit je lagi nak habis ni..hehe
Ok..lepas habis pergi Safari, malam tu, kami pun pergi ke Cowboy Town..

Kami tiba seawal 7.15 malam, sebab kata orang kalau cuti, parking confirm penuh dan nanti tak dapat seat yang best..

Lepas claim voucher, terus masuk..kat depan pintu masuk ada Cowboy tengah menyanyi dan menari..rasa cam kelakar tapi layankan je la..kui3..




Dah masuk dalam tu, cepat-cepat pergi beratur nak masuk untuk tengok Red Indian Show & Carnival. Red Indian Show ni bermula pukul 8.30 malam. Nak dapatkan seat yang best, jadi kami beratur la cepat-cepat. Kebetulan masa tu pun dah ramai sangat orang berasak nak masuk.

Lebih kurang 8 malam, gate pun dibuka dan penonton dibenarkan masuk. Dan yea! dapat seat depan sekali dan betul-betul sebelah seat VIP.

Sementara menunggu sampai 8.30 malam, ada kiosk kecil dibuka kat tengah jalan-jalan yang menjual macam-macam makanan. Ada jagung, air, snacks dll. Harga toksoh cakapla, mesti mahal. haha.Tapi saya tengok laku je, especially corn in cup..dalam 10minit je dah licin periuk orang tu..lapar sangat semua orang...


Tepat 8.30 malam, Red Indian show pun bermula! Biasalah typical red indian show, bermain dengan api, telan api, sembur minyak..pergi mana-mana pun sama je..hehe






Lepas habis Red Indian Show, kena tunggu dalam 15 minit untuk tunggu The Carnival start. Dalam 15 minit tu, orang-orang kiosk keluar lagi mencari rezeki. Dan kali ni, ada gajah-gajah! Diorang bagi peluang untuk kita bagi makan tebu pada gajah-gajah ni. Tebu ni boleh dibeli dengan harga RM 5 sepaket.
Selain gajah, ada kuda padi jugak. Comel je kuda tu, tapi bau dia busuk. hee


Tepat 9.15 malam, The Carnival pun bermula. The Carnival ni persembahan perarakan haiwan-haiwan. Ada ayam, burung, tikus, kambing, kuda, gajah, dan lain-lain. Comel sangat tengok semua haiwan ni berarak. Paling kelakar si ayam, sibuk duk kutip jagung-jagung kat lantai walaupun tengah berarak. haha.


Dan kebetulan bateri kamera kami pun habis. Jadi sempat rakam video pakai tab suami je. Gambar tak cantik, kecuali gambar lembu ni je. hihi. Bolehla tengok sebahagian rakaman The Carnival ni.

video

Overall seronok. Dulu masa first time datang sini iaitu 8 tahun lepas, suka sangat datang sini..and suka gila dengan show yang ada. Sekarang rasa macam boring sikit, sebab dulu macam lagi banyak haiwan kot. Atau sebab dulu tengah budak-budak, suka tengok benda macam ni. hee

Show habis dalam 10 malam dengan pertunjukan bunga api yang sangat awesome. 

Lain kali ada anak, boleh datang dengan suami bawak anak pulak. insyaAllah. hee. :)




Sep 26, 2013

The Return of Wedding Review


Hai korang...
tajuk konon-konon gempak..hehe

Berbalik pada entry sebelum ni, Ada orang kata saya tak habis review wedding lagi.. hihi

Betul!!

Ada lagi ke yang sudi baca? Dah nak setahun kawin ni, macam dah basi je. uhuk2.

Okeyla. Saya tau, kebanyakan traffic yang masuk kat sini menunjukkan ramai yang bukak nak baca post pasal kawin-kawin yang sebelum-sebelum ni.

InsyaAllah next week saya sambung review yang tergendala ye. Nak habiskan review pasal Afamosa dulu.

Ada yang boleh dijadikan renungan dan diambil sebagai idea, insyaAllah.

Banyak sangat hutang dengan korang ni.
Yelah, hari tu sampai handbouquet terus senyap kan. hua3. Okey nanti ganti. Janji!

Nah gambar masa outdoor 1, tak share lagi dengan korang.

Muah2!




Sep 25, 2013

Kenapa ye?

Korang...

Sejak dah tak cerita pasal wedding kan..
Terus pageview merudum..
Paling tinggi lepas wedding tu, kisah keguguran..

Cerita lain-lain korang takmo baca ye?
Korang boring ek?

Alaaaa..tapi saya takkan kawin lagi sekali..huhu
Nak cerita pasal pregnancy entah bila..
Tahun depan kot kalau ada rezeki..

Nak cerita pasal anak, breastfeed, shopping barang baby..lagilah nye...
Sedih tau sedih..isk3..

Oh oh kenapakah? Adakah boring sebab asek kena tengok gambar tudung dan kucing? huhu.

Walaupun korang boring nak iklan jugak. haha.

Yea! Dah lebih 1000 like malam semalam. Alhamdulillah. Sesiapa yang belum like boleh like ye. Hari ni orang gomen gaji kan? Haha


Silalah menabur duit anda kepada kami. Besar pahala. hehe. Acah je.


Dan..dalam minggu ni ada update hoodie baru...PLAIN...
warna comel-comel dan sedap-sedap...nyum3


Dan sekarang ada promosi aidiladha tau..


Ha..sape nak bagi promosi free postage 1 malaysia? selalunye Sabah Sarawak pun kena tambah duit ye dak?hehe..

Okey dah. nanti jatuh merudum lagi pageview. hehe.

Bye. Sayang korang.


Sep 24, 2013

Family Trip : A Famosa Resort (Part 2)

Morning olls...

Mari sambung kisah cuti kami sebelum rasa malas menerjah..

Destinasi kami keesokan harinya ialah Safari Wonderland..Safari ni bukak dari pukul 9 pagi - 5 petang kalau tak silap.. Lepas check out dan check in homestay, baru kami pergi Safari ni..nanti saya cerita pasal kediaman kami masa kat sini ye...

Kami sampai Safari ni dalam pukul 3.. masa ni kereta pun dah tak banyak..yelah dah petang kan..sampai je terus redeem voucher dan dapatkan tiket kat kaunter..





Masuk je, kami terus beratur nak naik trak...trak ni akan bawak pelawat tengok haiwan-haiwan macam zirafah, harimau, singa, beruang, seladang, pelanduk dan lain-lain. Haiwan-haiwan ni lalu sebelah trak je tau.
Paling suka tengok harimau, comel gilaaaa macam kucing! Oh dan excited tengok zirafah, dan duk panggil zirafah tu Kwang Soo! haha.. Siapa tengok running man confirm tau..hee





Kwang Soo Oppa!





Dah habis pusing kawasan dengan trak, kami pun berjalan kaki tengok haiwan-haiwan kat bahagian lain pulak. Yang best, kami jumpa arnab dan rakoon yang tidur macam Oyen selalu tidur. hehe









Kebetulan kami datang dah lewat petang dan safari dah nak tutup, maka hampir semua show kami terlepas. Yang ada cuma Elephant Show. Ni je sempat kami tengok. Ada gajah menari, melukis dan lain-lain. Sangat kagum okey tengok dorg melukis. Ayah mertua saya siap beli lagi lukisan diorang sebab nak bergambar dekat-dekat dengan gajah. hehe


So far, Safari ni best lah. Masa pergi 8 tahun lepas lagi best rasanya, sebab tempat baru lagi dan lebih banyak haiwan. Pape pun yang penting, enjoy! ;)




Sep 20, 2013

Family Trip : A Famosa Resort (Part 1)


Hai hai..saya kembali bersiaran *poyo sangat*

Hujung minggu yang lepas, saya dan family suami berkesempatan bercuti di A Famosa Resort Melaka. Almaklumla suami cuti 3 hari kan. Harus pergi bercuti jauh-jauh sikit. Lagipun kami berdua dah lama tak pergi Melaka. Dulu masa bujang, Melaka ni lah tempat kami dating setiap 2 bulan. hee.

Kami gerak ke Melaka pagi Sabtu. Cadangnya nak gerak pukul 9 pagi, tapi sebab tunggu mak mertua siap masak bekal semua, pukul 10 jugak lah kami gerak. Dan yang bestnya jammed dari Bangi sampai ke Nilai. Berserta hujan lebat pulak tu. Biasalah kalau dah cuti kan, jalan ke selatan confirm macam ni. ;)

Hampir pukul 1 jugaklah kami sampai ke A Famosa Resort tu. Bila sampai, kami terus ambil voucher untuk tiket water world dan terus menuju ke Water World. Niat dihati nak check in dulu tapi tak boleh lagi sebab Check in kat sini pukul 4 ye. Sangat lambat.

Sementara nak tunggu ke pukul 4, kami pun bermandi manda di Water World. Gambar tak ade lah pulak. Dah nak masuk air, semua pun malas nak bawak kamera. hehe.

Water World dia okeylah. Cuma tempat ni macam tak well maintained and managed. Signboard pun susah nak cari. Tapi yang penting kami happy. hehe.





kemain cik abang bercekak pinggang. hehe


ngee. menyeringai je. abaikan muka bulat tu. 

tengok! ada dolphin. 

laki bini comel. eh? hehe


peace!

Okey nanti sambung cerita pasal tempat lain pulak ye dalam A Famosa ni.  ;)


Sep 12, 2013

Kehidupan dan Kucing


Hye semua...

Disebabkan kehidupan saya sekarang lebih kepada duduk dengan kucing 24 jam...dan tumpu pada online business..tak keluar sangat rumah melainkan ke pejabat pos...jadinya tak ada yang menarik sangat untuk dikongsikan...kesian korang kena baca update yang sama je..isk3..

Sejak duduk Kulim ni, kawan pun tak berapa nak ada... setakat ex-opismate masa kerja kat kolej tu, dan jiran sebelah rumah ni...tu je la kawan saya kat sini...sedih..itu pun kawan2 yang lebih tua..oh I miss KL and Kuantan so much...

Suami pun busy dengan kerja..almaklumla bini dah tak kerja, kenalah suami gandakan masa kerja untuk dapat OT..hee.. maka si isteri ini terpaksa melayan 2 ekor anak bulus si Oyen & Mogy yang mengada-ngada..

Tengoklah perangai masing-masing...yang sekor tu kerja dia kacau Mama..kacau Mama packing barang, kacau Mama edit gambar tudung...jaki sangat kalau Mama tak layan dia...Oyen..Oyen..

nampak tak kepala sape?

puas hati sangat dapat kacau Mama katanya.

Krohh krohh

Kakak Oyen sayang sangat kat adik dia. 
Ni lah hiburan saya masa kat rumah. Takpe, lusa kami nak pergi Melaka, nanti boleh share dengan korang eh. Ada modal lain sikit nak update. Hehe.

Okeylah. Take care!


Sep 10, 2013

Hujan, Sakit & Halfmoon


Selamat Selasa semua gadis-gadis cantik ;)

Sekarang musim hujan dekat Kulim ni, sampai sakit-sakit kepala, batuk..dan takde mood nak membebel panjang dekat blog.. Tapi gagahkan juga buat kerja untuk menyara anak-anak bulu dirumah ni..hehe

Nak tanya..Ramai tak yang suka shawl Halfmoon?

Kalau ramai, mehla nak jemput belek-belek FB Page Adzraa , kami baru update Shawl Halfmoon 2 Layer Koleksi Candy. Kenapa Candy? Sebab warnanya comel-comel macam Candy Crush. hehe. 

Hanya 6 warna sahaja yang masih available sebab stok limited. 

Harga? RM 25 SAHAJA tidak termasuk postage. 

Oh ya! Bagi yang duduk area Kulim & Seberang Perai, mulai esok kami boleh buat COD di AEON Seberang Perai, Sunway Carnival, dan Kulim Landmark Central. 

Marilah shopping dengan kami. Confirm korang puas hati. ;) 









Untuk tempahan dan kod penuh, boleh lawat FB Page kami : ADZRAA

ATAU