Assalamualaikum...
Mari sambung pasal A Famosa Resort..sikit je lagi nak habis ni..hehe
Ok..lepas habis pergi Safari, malam tu, kami pun pergi ke Cowboy Town..
Kami tiba seawal 7.15 malam, sebab kata orang kalau cuti, parking confirm penuh dan nanti tak dapat seat yang best..
Lepas claim voucher, terus masuk..kat depan pintu masuk ada Cowboy tengah menyanyi dan menari..rasa cam kelakar tapi layankan je la..kui3..
Lebih kurang 8 malam, gate pun dibuka dan penonton dibenarkan masuk. Dan yea! dapat seat depan sekali dan betul-betul sebelah seat VIP.
Sementara menunggu sampai 8.30 malam, ada kiosk kecil dibuka kat tengah jalan-jalan yang menjual macam-macam makanan. Ada jagung, air, snacks dll. Harga toksoh cakapla, mesti mahal. haha.Tapi saya tengok laku je, especially corn in cup..dalam 10minit je dah licin periuk orang tu..lapar sangat semua orang...
Tepat 8.30 malam, Red Indian show pun bermula! Biasalah typical red indian show, bermain dengan api, telan api, sembur minyak..pergi mana-mana pun sama je..hehe
Lepas habis Red Indian Show, kena tunggu dalam 15 minit untuk tunggu The Carnival start. Dalam 15 minit tu, orang-orang kiosk keluar lagi mencari rezeki. Dan kali ni, ada gajah-gajah! Diorang bagi peluang untuk kita bagi makan tebu pada gajah-gajah ni. Tebu ni boleh dibeli dengan harga RM 5 sepaket.
Selain gajah, ada kuda padi jugak. Comel je kuda tu, tapi bau dia busuk. hee
Tepat 9.15 malam, The Carnival pun bermula. The Carnival ni persembahan perarakan haiwan-haiwan. Ada ayam, burung, tikus, kambing, kuda, gajah, dan lain-lain. Comel sangat tengok semua haiwan ni berarak. Paling kelakar si ayam, sibuk duk kutip jagung-jagung kat lantai walaupun tengah berarak. haha.
Overall seronok. Dulu masa first time datang sini iaitu 8 tahun lepas, suka sangat datang sini..and suka gila dengan show yang ada. Sekarang rasa macam boring sikit, sebab dulu macam lagi banyak haiwan kot. Atau sebab dulu tengah budak-budak, suka tengok benda macam ni. hee
Show habis dalam 10 malam dengan pertunjukan bunga api yang sangat awesome.
Lain kali ada anak, boleh datang dengan suami bawak anak pulak. insyaAllah. hee. :)