Jan 31, 2011

oh No!

tadi termenung depan PC after baca blog2 B2B..
terfikir sekejap..
berapa duit yang perlu ada untuk event nanti..
and apa yang perlu & tak perlu untuk di 'cut' cost kan..

ok. jom buat list:

baju kurung moden - in progress
tudung - in progress
veil - perlu ke?
accessories- done
kasut - perlu ke?
MUA - masih mencari
hand bouquet - perlu ke?
perfume - kalau ada duit lebih baru beli

photographer - sedang menunggu quotation

dulang hantaran (11) - in progress
1)perfume set- done
2)kain pasang - done
3)kuih bekang- auntie
4)sirih junjung - mak
5)cincin- done
6) cupcake - x done
7) chocolate - x done
8) bunga rampai - x done
9) buah - x done
10) jelly - x done
11) tak tahu nak bagi apa

f&b - x done (sponsored by Abah maybe)
canopy - x done
mini pelamin - in progress
kain- done
bunga-bungaan - x done
doorgift paperbag - done
rose almond - auntie

ni yang teringat buat masa sekarang..

mau dekat RM 5k gak habis ni..
adoiyai..
mana nak korek duit lagi ni..~~
luckily dah banyak yang dah beli.. fuhh~~

oh No!

mood: bengang

pernah x korang rasa nak ketuk2 kepala adik2 korang untuk menyedarkan diorang bahawa diorang ni dah terlalu menyusahkan mak bapak n diri korang??

haih.. inilah perasaan di saat & ketika ini..
ada 5 orang adik.. memang sangat2 mencabar emosi dan mental..
lagi2 ada 4 orang adik lelaki yang sedang membesar!

urgh!! 4 orang, bermacam2 perangai.. bermacam2 ragam..
macam tak pernah fikir kan akibat dan kesan kat orang lain..
yang diorang taw, apa diorang nak, DAPAT.

susah ada adik2 yang dah terlampau dimanjakan dengan wang ringgit ni..
lagi susah kalau dapat adik2 yang tak pernah rasa bersyukur dengan apa yang ada..
nak berlagak sangat macam anak orang kaya..

duit tak pernah cukup..
x taw agaknya kakak dia ni kena ikat perut hari2.. n terpaksa tahan keinginan membeli baju yang membuak2 ni..
yang diorang taw
ZARA, AX, TOPMAN, iPHONE, QUICKSILVER, dll..

aku sendiri yang dah dekat setahun berkerja ni, tak pernah beli untuk diri sendiri brand2 ni..
asyik korban duit untuk adik2 je.. haih!

seriously, dah tak tau macam mana nak sedarkan diorang ni..

kalau la bila dapat ketuk kepala diorang tu boleh sedarkan diorang..
dah lama dah buat.. haih!!
luckily masih waras & siuman lagi..

moral: nanti ada anak, tak nak bagi diorang duit dengan senang2 hati..
biar diorang usaha lebih untuk dapat duit tu..
and life is not about Shopping + Enjoy..

mood: bengang


Jan 29, 2011

alhamdulillah

alhamdulillah...
semuanya dah selesai..
tak ada satu saat pun yang menyerupai Meet the Fockers..
tak ada peristiwa2 pelik yang berlaku..
parents semua pun okey..
so movie title hari ni..Meet the Misdars.. hehe

now secara rasminya saya telah dicop oleh seseorang..
iaitu en Akmal..
so, laki lain dah tak boleh kacau.. (ade ke yang kacau??) eheh..

thanks to pakcik Razak & Makcik Habsah sebab sudi datang dari jauh..
ouh tak lupa.. kakak Liza Razak.. semangat ni datang nak jalan2 kat Kuantan..hehe

ouh.. saya sangat gembira hari ni! hehe..
thanks en Akmal untuk hadiah yang sangat3 best di hari anniversary kita ni..
mmmmmuuuuaaaaah!!



Jan 28, 2011

nervous!

lebih kurang beberapa jam lagi akan berlaku satu peristiwa yang sangat penting..

satu hadiah yang sangat2 bermakna daripada en Akmal kepada cik Atiqah..
sesuai sangat dengan tarikh esok:29 Januari
a.k.a Anniversary kami yang ke-4

persoalannya:
adakah peristiwa tu akan jadi seperti Meet The Fockers??

ataupun lebih baik??

dup dap dup dap...

saya dah mula nervous!

just mampu mendoakan yang terbaik untuk esok..
and hope semuanya berjalan dengan lancar..

amin..


Jan 25, 2011

kempen mengurangkan kalori..

saya sedar badan saya dah semakin boooolat..
atau dalam bahasa kasarnya, GEMUK..

so, tadi minta pertolongan En Google, macam mana cara nak lupuskan lemak2 kat badan ni...
and terjumpalah satu blog ni.. Dinar Restu Enterprise, dia bagi details about jumlah2 kalori dalam makanan , and macam mana nak hilangkan berat badan dengan btoi...



and satu fakta yang tqa baru taw, kalori dalam mih
un sebenarnya lagi banyak dari NASI!



penat puasa nasi last week.. adoi~ patutlah x turun2 berat badan.. salah teknik...
so, sekarang, nak ikut panduan dari carta ni..

cabaran 30 hari: hilang 8 kg!
(boleh percaya ke?..haha)





Jan 21, 2011

Lagu Aku & Dia ~

kebanyakan couple ada theme song..
ada yang jadikan theme song sebab lagu tu berkumandang masa diorang mula2 jumpa..
ada pula sebab lirik lagu tu sebijik dengan perjalanan cinta dorang..


kalau tqah & akmal.. ni lagu kami:

Dear God by Avenged Sevenfold..

A lonely road crossed another cold state line
Miles away from those I love, purpose hard to find
While I recall all the words you spoke to me
Can't help but wish that I was there, back where I'd love to be, oh yeah

Dear God, the only thing I ask of You
Is to hold her when I'm not around, when I'm much too far away
We all need that person who can be true to you
But I left her when I found her and now I wish I'd stayed
Cause I'm lonely and I'm tired, I'm missing you again, oh no, once again

There's nothing here for me on this barren road
There's no one here while the city sleeps and all the shops are closed
Can't help but think of the times I've had with you
Pictures and some memories will have to help me through, oh yeah

kenapa lagu ni? sila tanya en Akmal..hehe

so, apa theme song anda? JOM SHARE!

Jan 19, 2011

stress!



stress hingga tahap nak lempang orang..
today aka 19 januari ni bukan hari yang bagus nak buat2 comel or nak wat2 annoying & irritating ..
cukupla bos & client je yang buat macam tu.


sekian

Jan 18, 2011

horay!

i had my cupcakes last night..


thanks to Wondermilk!


sangat best & yummy!




Jan 17, 2011

teringin~

saya teringin nak makan cupcake.. dah seminggu dah, tak tertunai lagi... haih~






mengidam tahap kritikal dah ni!!!!~

Jan 13, 2011

saya tak suka~

saya tak suka bila dia ignore saya..
saya tak suka bila dia buat saya rasa jauh..
saya tak suka bila dia buat saya rasa nak nangis..
saya tak suka bila dia buat saya rasa marah..

kenapa??

sebab dia adalah nyawa saya..
one of the reason why I'm still alive~


nak bagi apa ya..~


29 Januari ni Akmal+Atiqah 4th Anniversary ..
lebih kurang 2 minggu je lagi...
and as usual, apa nak bagi pada beliau ye?? any idea??

29 Januari ni juga saya bakal mendapat hadiah yang dinanti-nantikan dari beliau..
tut tut tut........
x sabar!!

tapi.. nak bagi apa kat dia? haih!~




PS3?? urm.. yang ni coming soon.. not now..~



cupcake?? urm....~



atau belanja dia sup tulang kat GULAM MEE??



Jan 10, 2011

i'm so in love with my new boyfriend.. to be.. =D

salah satu cabaran untuk diri sendiri pada 2011 ni ialah mengumpul duit deposit untuk volkswagen POLO!

I need RM 13000 for deposit ..

my dearie POLO, I will try my best to get you by JANUARY 2012 with my own money..




which colour should I buy?

are you POLO enough? =D

I'm sooo in LOVE with you MR POLO..~


Jan 7, 2011

yeehoo!

got this from my bosses..Miss Kacey & Mr Ryan..
love it sooo much!





i will try my best to achieve RM 50k per month for 2011..
RM 7 million for Hong Kong Disneyland!

nak pergi..nak pergi!~~

Jan 6, 2011

rindu pada mereka..~~

ok.. enough pasal perkara2 yang berkaitan dengan kahwin ni.. banyak kontroversi nanti.. (perasan artis jap) .. entry kali ni nak dedicate kat budak2 PENTAS ..

PENTAS? apa tu? PENTAS = Kelab Penggiat Teater Sejagat UPM..


logo kebanggaan kat UPM dulu..

haih..rindu sangat333 kat korang semua.. bila nak jumpa ni??~~




thanks to PENTAS & orang2nya untuk segala emosi; marah, sedih, dan GEMBIRA selama kita bersama..

u'olls adalah salah satu kenangan dan orang2 terindah yang tqa pernah ada..

sayang sangat3 kat korang!

muahx!!


Jan 5, 2011

berangan jap~~

nak berangan jap..ececeh..warna tema apa nak buat untuk majlis tunang & kawin nanti ye..idea da ada tapi x tawla sesuai ke x kan.. urm..~~~


warna-warna ni nampak cantik & sweet..da cop untuk E day nanti.. hehe



warna ni buat untuk majlis sanding kan cantik..hehe




ni pun cantik..(pinjam jap dari zafie zainal)


nikah nanti wat tema krim..sweet~~

reception punya tema je x pikir lagi..tu kita serahkan pada en akmal & emaknya..jangan amik warna gelap2 sangat dah la..tenggelam saya yang sememangnya dah gelap ni..hehe

xoxo!

Jan 4, 2011

Back to School~

decision was made. they choose BACK TO SCHOOL as iKnowledge annual dinner's theme!



so now, I have to find suitable 'school uniform'..haha







which one? =D

Jan 3, 2011

mencari perfect tailor+design~


pinjam jap dari: shadyna.blogspot.com


pinjam jap dari: shadyna.blogspot.com

haih~ baru je balik dari bercuti yang panjang.. 10 hari ye.. dah pening nak on kan course, n pening nak mencari tailor! memangla banyak tukang jahit kat luar sana, tapi nak dapat yang pandai jahit fit & cantik, memang susah.. duit pun kena keluar banyak..haih~

semalam pergi karnival pengantin kat stadium melawati shah alam, kot2 la ada orang terima tempahan murah2 kan..sekali tanya harga.. RM 1500++.. terus speechless..haha

kain dah beli, cantik sangat2..lace warna peach & satin warna hijau pucuk pisang.. mula2 cam takut je nak gabungkan..sekali dah tengok btoi2..haih memang lawa sangat gabungan 2 warna ni..xsabar nak tengok baju ni siap!

cadangnya nak buat baju kurung moden je, contoh seperti diatas..paling suka yang warna putih tu.. hope dapat jumpa tailor yang boleh realisasikan baju idaman saya.. kalau x, menangis la...isk3~~

nanti dah siap baju tu, gerenti I upload!!~

muahx!