Banyak ura-ura, cakap-cakap, khabar-khabar yang kata kalau bela kucing, susah nak mengandung, susah nak lekat, senang gugur dan lain-lain.
"Eh? Jangan main sangat kucing, nanti susah mengandung"
"You bela kucing? Sebab tu gugur kot hari tu"
"Kucing tak baik untuk orang baru kawin"
Apa salah kucing??
tiap-tiap masa rasa nak gomol budak ni, geram! |
Tengok muka budak gebu kesayangan saya ni, sampai hati ke nak tuduh dia macam tu?
Saya ada jugak buat research, baca pasal kaitan antara kucing dengan orang mengandung ni semua, tapi ramai je yang bela kucing, mengandung, malah ada yang tiap2 tahun lagi mengandung...
Ramai jugak yang tak bela kucing tak mengandung..
Jadi salah kucing ke?
Kengkadang terpikir, adakah ia propaganda barat je, sebab kucing kan haiwan kesayangan Nabi & sahabat. Dorang yela boleh bela anjing, kita ni kucing je la yang mampu sebagai penghibur dan pelepas stress.
Apa anjing tu takde kuman ke? Rabbit takde kuman? Hamster? Kenapa kucing?
Anak-anak bulus saya semuanya duduk dalam rumah je, which is rumah kami memang dibersihkan sekurang-kurangnya 2 kali seminggu. Dorang takde main benda-benda kotor, dan suka sangat grooming. Sikit-sikit jilat badan. Tak cukup badan dia, tangan Mama dia pun jadi. Air liur kucing bukan najis, dan takde kuman..
apa?? siapa kata kita kotor tu Mama??kita banyak tahi mata je lah. |
Kenapa nak salahkan kucing?
Soal mengandung ni, semuanya REZEKI ye dak? Kalau Allah kata nak bagi, Dia bagi, kalau Allah kata nak tarik, Dia tarik. Semuanya kuasa Allah.
Bela kucing ni buat pahala sebenarnya, bagi dia makan, tempat tidur, sayang dia. Tengok berapa banyak kucing terbiar kat luar sana. Sedih tau tengok. Setiap kali nampak, terutamanya yang kecik-kecik lagi rasa nak ambil bawak balik. Kesian. Tapi keadaan belum mampu. Mampu bawak balik sekor je.
Lena sungguh. Kalau kat luar tak dapat tdo macam ni. |
InsyaAllah satu hari nanti memang nak kutip kucing-kucing ni, mandikan, bagi makan, vaksin dan mandulkan mereka. Biar kurang kucing terbiar ni.
Kucing ni pun pembuka rezeki juga, yelah, kita bagi dia makan, mesti hari-hari dia doakan kita murah rezeki sebab jaga dan sayang dia baik-baik. Dan rezeki tu datang dalam pelbagai bentuk, duit, anak, bahagia dan macam-macam lagi.
Kami suami isteri sangat bahagia dan gembira dengan anak-anak bulu kami. Kalau sehari tak jumpa, rindu membuak-buak. Memang rasa macam anak sendiri. Memanglah anak betul tu lagi lain rasanya, tapi entahlah, orang yang sayang dan treat kucing as family je kot paham.
Still tak boleh terima orang salahkan kucing sebab tak mengandung.
Kecik hati kucing-kucing kami kat rumah kalau dengar. Lagipun bukan saya tak pernah mengandung pun kan? hehe. Hanya Allah yang tahu apa yang terbaik untuk hamba-hambaNya.
family kecik kami, tapi gambar adik Mogy tak ada. |
Anak-anak Mama doakan Mama murah rezeki okey? Mama nak belikan korang cat tree baru hujung tahun ni, jadi doa kuat-kuat untuk Mama. ;)
2 comments:
Sya bela cat 5 ekor..n skung da baby 4mnth.alhamdulillah smuanya shat..kcing xbslah pn.lgpn kcing ni bleh dktakn mbwa tuah nkpd tuannya♥loves cats
Ha taw takpe. Ntah org yg mulakan tu tak suka kucing kot....cuma sy lepas ni terpaksa bg pengkot kt org lain. Sbb da bersalin nnt x de org dlm family sanggup take over. Huhu sedey..
Post a Comment