Jun 12, 2013

ujian.


Hi everyone.

Its been a while.

Baby kami dah berusia 13minggu sepatutnya hari ni. Tapi sejak Ahad lepas, kami diduga dengan satu kenyataan yang sangat berat nak diterima.

Ahad lepas pergi check up secara normal, timbang berat, cek perut. Nurse kata baby kecik lagi kot, xdapat rasa apa2 lagi. Then bgtau nurse, Sabtu tu ada spotting kecik. Nurse terus refer pergi jumpa doktor.

Sampai klinik, terus doktor panggil, tak perlu tunggu lama. Sebab dah kira kes emergency. Doktor scan and tanya banyak kali betul ke tarikh period semua. Period punya cycle sama tak. Bukan sebelum ni dah selalu tanya ke? Then bila scan, doktor tunjuk, baby baru sebesar 8 minggu. Pelik. Sebab sebelum ni bila scan kat Chang & Koh, dah nampak heartbeat dan doktor sahkan dah 5 minggu.

Doktor suruh pergi jumpa pakar dekat hospital esoknya.

Tidurlah kami suami isteri dalam keadaan yang tak lena. Tak boleh nak lelap pun sebab terlampau risau.

Isnin tu, sampai kat hospital, buat scan, doktor tu kata memang tak dengar bunyi heartbeat. Dan dia scan baby baru 7 minggu. Dia pesan, seminggu lagi datang kalau tak ada heartbeat jugak, terus masuk wad & cuci.

First time dengar benda tu, muka pun blur je. Siap boleh tanya, cuci macam mana tu doktor?

Dah keluar bilik, baru tersedar dari dunia yang nyata. Diorang nak buang baby ni, sebab dia dah tak ada.

Maka menangislah sepuas-puasnya sambil drive balik ke rumah. Dah lama rasanya tak menangis macam tu.

Dan suami keep salahkan diri dia tak jaga kita baik-baik.

Tapi masing-masing masih ada harapan. Pergi jugak cek kat Chang & Koh semalam nak tengok doktor kata apa. Harap sangat dotor tu kata baby masih ada peluang.

Saat masuk bilik tu, berdebarnya semacam. Suami tak sanggup masuk sebab tak sanggup nak dengar.

Dan doktor pun kata benda yang sama. Bezanya Doktor Koh ni kalau bercakap lembut je, tak de lah hati rasa sedih sangat. Doktor Koh kata bukan salah makan, atau salah apa2. Memang janin tu tak elok. Kalau dia hidup pun belum tentu elok. Lega sedikit.

Dan dia nasihatkan untuk keep makan asid folik dan cepat-cepat pergi cuci. Takut jadi jangkitan dalam rahim. Tapi boleh lupa nak tanya doktor tu berapa kos nak cuci kat situ...adeh

Boleh ke redah pergi hospital kerajaan macam tu je kata nak cuci? atau patut tunggu sampai Selasa ni? Pening.


Dear baby, it was a great moment to have you in my tummy for 13 weeks. Susahnya Mama nak lepaskan kamu. Tapi Allah lagi tahu apa yang terbaik untuk kita kan sayang? Be safe. And tunggu Mama & Abah kat sana. We will always love you. Always. 



8 comments:

EIKA said...

ika harap tqah kuat hadapi semua ni....insyaAllah nanti akan ada rezeki yang lain untuk tqah.

Lemon said...

tqah, takziah dear. anak tu akan tunggu tqah & husband kat titian sirat nanti, nak selamatkan parents dia :) janji, tqah & husband redha atas pemergian dia.

i harap u kuat. jangan lupa yang baby u tunggu kat sana :)

amal salleh said...

tabah k dear.. :')

Anis aka Mama Mila said...

tqah..so sorry to hear that, be strong ya dear. and jaga kesihatan. insyaAllah ada rezeki lagi.

inn said...

salam tqah..kte prnh alami ape y tqah alami skrg..lg2 kandungan dh cecah 5 bulan..huhu..tp Allah lebih sayangkan baby..and skrg alhamdulillah dikurniakan rezeki lagi. Jangan bersedih sebab Allah akn beri y lebih baik utk tqah. Be strong dear! Tqah g cuci n pantang utk 2 mggu. Then cuba lg k! In shaa Allah..

malynd_anggun said...

banyak kan bersabar dear
Allah knows the best!

cik mah said...

Tqah...br tau pasal tqah...ya allah...sngt xsangka...takziah atas kehilangan...sama mcm cik mah...semoga tqah terus tabah ye...insyaallah akn ade rezeki lagi....bnykkan berdoa n rajin mkn acid folic ye dear...

MiYOKO SuKi said...

sedih...

be strong dear....

sejak puasa ni, mkn sy tak terjg tkt jugak kesihatan baby terjejas...ubt pun lama tak mkn..nk kena start mkn blk...sian baby tak cukup zat..