Oct 1, 2012

Kisah kanopi


Hello October!!

Selamat Isnin kawan-kawan..

How was your weekend? Hujung minggu saya sangatlah memenatkan..phew~~

Alhamdulillah, berjaya sudah mem'booking' kanopi..

Ada banyak kisah suka duka dalam perjalanan nak book kanopi ni...

Majlis saya nanti akan dibuat kat rumah je. Rumah kami depan padang dan sangat sesuai untuk buat kenduri kat situ. Lapang dan luas.

Awal-awal lagi Abah da cakap, tak perlu risau tentang kanopi sebab dia yang akan uruskan..so, saya pun buat tak kesah je..

Sebelum ni, ada beberapa kali Abah suarakan pendapat untuk buat kenduri kat Dewan Indera Mahkota 2.. dewan ni betul-betul depan rumah ktorang je.. tapi kriteria dewan tu amatlah tidak menepati citarasa saya..

Sebab apa?

1. Buruk & busuk - Cat yang dah lusuh, dan ramai jantan-jantan yang takde adab membuang air kat tepi dewan tu..euwww!
2. Takde air cond - tak sanggup nak biar tetamu panas. kalau ada yang pengsan nanti cane? dah lah sempit.
3. Sempit- boleh muat 300 orang je dalam satu masa, sedangkan jemputan lebih 1000 orang.

Biasanya kalau ada majlis dekat dewan tu, saya dan mak mesti perasan ramai tetamu merungut tak selesa dan sebagainya. Jadi, sebagai tuan rumah, taknak lah dengar tetamu-tetamu saya mengalami benda yang sama. Mestilah nak diorang balik dengan kenangan yang indah. Gitu~~

Jadinya, dengan alasan-alasan ni dan sebab saya dah banyak kali saya kata taknak bersanding dalam dewan tu, abah pun setuju untuk sewa kanopi. Siap dah beli kain untuk buat scallop lagi.

So dah dapat tarik nafas lega.

Tapi tiba-tiba, last week Mak call bagitau, katanya Abah dah bising nak buat kat dewan tu semula. Sebabnya? Dewan tu tengah dalam proses renovation. Dah nak jadi cantik.

Saya pun bila dengar dah mula gelabah. Rasa pening kepala dan sakit-sakit satu badan. Punyalah tak suka kan dewan tu.. haha..

Esoknya, terus saya ambil cuti, balik Kuantan lepas Subuh. Sampai je kat Kuantan dalam pukul 10 pagi, terus bawa Abah pergi book kanopi kat Koperasi Pekerja, (KOSPEK) Majlis Perbandaran Kuantan. 

Dan Alhamdulillah. SETEL sudah!

Tak perlu risau tentang dewan buruk tu lagi. 

Boleh kacau mood kalau fikir pasal dewan tu. Haha.

Dan semalam dengar mak cerita, rupa-rupanya ada pakcik yang merangkap AJK dewan terbabit yang menghasut abah untuk buat kenduri kat dewan tu. Biasalah golongan bapak-bapak ni cepat ikut cakap kawan.

Takpelah pakcik, Abah saya lebih sayangkan saya. Muahaha.

Sekian kisah kanopi.

p/s: rasa macam berterabur je tulisan hari ni.




5 comments:

cik mah said...

pantas bertindak..bgus2...dah settlekan..xpayahlah pk2lagi...hehehe

lina R said...

Hye..date kawin kte same..just drop by sbb nak carik idea utk wed. Btw congrats n good luck!

Fahimah Mahayuddin said...

kelakar jugak baca cerita pasal dewan awak ni. Hehehe..apapun yang penting kepuasan hati kita kan? Bila tetamu yg datang selesa kitapun turt happy. Good luck ok!

sarahhernyzar said...

tqah... boleh share x price sewa kanopi. err... kanopi jenis apa ya ? hehe. makasih.

Az lkf88 said...

Jadilah usahawan kanopi. Perniagaan yang sangat menguntungkan.

www.saidinaxlcanopy.com.my
blog kanopi