Sep 21, 2012

Progress oh progress


Sangat banyak benda nak update pasal wedding, tapi malasnya nak menaip. huhu.
Demi anda semua,, ku gagahkan jua.

1. Baju reception Han 
Dah berjaya tempah secara last minute kat Harlina Collections, Medan mara Sabtu lepas.
Main masuk je kedai & tanya harga semua, terus tempah. Dah penat nak survey. Hopefully it will turn out well dan tak ada masalah. Dah last minute kan, so tak boleh nak banyak songeh sangat. Next month dah boleh pergi ambil.

2. Cadar Pengantin
Dah selamat beli 2 minggu lepas masa Sogo Warehouse Clearance Sale. Mintak mak datang dari Kuantan, untuk temankan anak dia pilih. Kalau saya pilih, mesti corak katun-katun. hehe. Memang berbaloi. Dapat cadar cotton yang high quality dengan harga yang agak murah. Boleh  bodek salesperson bagi 2 bantal lagi. hehe. Dan yang penting, warnanya SHOCKING PINK!! Nyummmy!

3. Barang hantaran Han
Alhamdulillah. Semua barang-barang yang penting dah dibeli, tinggal makanan je tak beli lagi. Last week Han datang merempit dari Penang untuk settlekan semua ni. Lega rasanya dah tak payah pikir sangat dah. Pening je sebab duit banyak terbang. haha.

4. Veil
Kan konon nak DIY hari tu. Tetiba rasa macam tak panadi dan give up. So saya sewa je. Haha. Memang hangat-hangat tahi itik. Sewa daripada siapa? Jeng jeng jeng. Rahsia. hehe

5. Kebenaran berkahwin Han
Dah setel untuk side dia. Thanks to bakal pak mertua yang baik hati tolong kami. Tinggal nak setelkan side saya pulak. Next month baru boleh buat.

 Rasanya itu je yang penting untuk setakat ni. Tak sabar rasanya nak balik Kuantan, tolong Mak Abah hias rumah, dan tolong apa-apa yang patut.

Mak kata Abah nak cat bilik saya jadi pink. Oh sukanya!

50 days to go!! 

p/s: Semoga segalanya dipermudahkan. Amin.

5 comments:

Orked said...

kite da filled up form kt atas. weeee...betoL2 nak send kad ker?? (excited sudah..)

lovelyadibah said...

chaiyok2:) moga dipermudahkan :)

Unknown said...

kebenaran kawen sume dah setel arini jg ... baik belah laki n belah kite..

siap dia bergurau, esok dh buleh la nikah dlu ...huhuuhuhu...

cik dyla said...

semoga semuanya berjalan lancar..

FarizAtie said...

buat cntik2 ye sme bnd!!..^_^