Jun 26, 2013

To let go: White Kebaya

Dear bloggers, followers & readers...

Saya nak let go kebaya ni...
Pernah pakai sekali je.
Masih dalam condition yang sangat baik.






Can fit size M-L..
Length: 
Back :102cm Front: 76cm 
Waist: 41cm 
Burst :36cm 
Sleeve: 46cm

Used once during wedding reception.


Boleh digayakan dengan riben macam ni. hee
Harga? RM 50 including postage. 
Kalau berminat, boleh email: atie_qah227@yahoo.com

Berpantang


Hari ni genap 2 minggu berpantang sejak D&C..

Kalau ikutkan sesetengah pendapat, kalau keguguran, berpantang untuk 2 minggu je..which is dah boleh raya esok..yea!
Tapi mengikut mak mertua saya, kena pantang untuk 40 hari..serupa macam orang bersalin.. jadinya ada 26 hari lagi..isk3...

Ikutkan hati nak je raya esok, tapi suami tak bagi, dia kata baik dengar cakap mak. Nanti badan masuk angin, kembung bla bla bla. Dan bermulalah ceramah panjang si suami yang sayangkan bini dan takmo bini jadi kembung macam belon. hehe. I lap u sayang.

Jadinya tak baik melawan cakap suami, ikutkan aje la. Ada kebaikannnya akan datang kan?

Sepanjang seminggu awal berpantang dekat rumah mertua. Seminggu dijaga oleh mereka, memang best!

1. Hari-hari kena pakai kain batik & stokin. Bukan tak biasa pakai kain batik, tapi nak keluar travel pun kena pakai kain batik. Rasa macam sopan santun sangat masa pakai tu. Lepas seminggu dah mula pakai seluar, mulalah tak reti duduk diam kaki ni, duduk pun tak reti bersopan sampai jadi bleeding lagi sekali barulah sedar nak duduk diam-diam. Barulah gelabah. Jadinya pakai je lah kain batik. Stokin pun pakai sampai ke hari ni. Kalau tak pakai, ada suami tolong bebelkan. Tak habis-habis takutkan bini dia nanti jadi kembung. Sabo je la. hehe

2. Mandi air rebusan kayu. Tak pasti apa isi dalam air tu, yang pasti bila mandi, terasa ringan sangat badan. Terlepas segala stress, dan rasa wangi je sepanjang hari. Seminggu duduk bawah jagaan mak & abah mertua, dorang yang sediakan mandi saya. Mandi tak boleh lewat sangat samada pagi dan petang.

3. Berpantang makan. This is the hardest part bagi si kuat makan macam saya ni. Orang makan sedap-sedap, kita pandang je. Isk3. Kalau ikut mertua saya, tak boleh makan sayur langsung. Ada sesetengah pendapat tak boleh makan beberapa jenis sayur, tapi kata mak mertua saya, senang-senang tak payah makan semua. Nak hafal yang tak boleh makan tu, pening nanti. Kui3.Ikan pun ada sesetengah yang boleh makan. Nasib baik lah ayam boleh makan kan. Air pulak boleh minum kopi,air yang dimasak, dan milo je. Yang lain tak boleh. Masa ni lah, tengok air sirap tu pun nampak macam sedap giler. haha. Cepatlah nak raya, tak sabo nak minum sirap ni. hehe

Yang lain, macam biasa, tak boleh buat kerja berat dll. Tapi dah cukup seminggu, boring duduk rumah punya pasal, ajak suami gi dating & shopping. Sekali tengah jalan, bleeding dengan banyaknya. Padahal dah 3 hari darah stop. Kan dah gelabah time tu.

Lepas 2 minggu berpantang ni, rasa badan kurus sikit kot. Kui3. Kiranya ada hasil lah kan? Kalau tak, main makan je ikut nafsu. Sikit-sikit nak makan kat luar, KFC, McD dll.

Setiap orang, mungkin ada versi lain-lain cara mereka berpantang. Kalau google tu macam-macam dalil keluarkan. hehe. Yang penting, amalkan mana yang patut dan bagi kebaikan untuk diri akan datang. Betul tak? Hee

Dan esok dah kena masuk office. Boringnyaaaaaa! Nak menghadap muka boss yang macam mintak penumbuk hari-hari tu. Sebab setiap kali dia bercakap, mesti menipu, jadi mesti nak tumbuk dia hari-hari. Hua3. Bos yang tak pernah consider perempuan mengandung ke tak, nak pinjam pen pun suruh kita jalan jauh-jauh, bagi kerja bertimbun macam orang mengandung tu sihat sepanjang masa, bila kita pergi check up, dikatanya kita tipu. Bila kita bagitau kita gugur, mulalah buat muka bersalah gila, tapi sempat lagi nak tipu macam-macam. Sabo je la.

Kena cuba bertahan beberapa minggu lagi, then dah dapat gaji, nak berhenti!

Sekarang tengah merangka nak buat bisnes. Sesuatu yang saya saaaaaaangat minat. Tentang wedding, event dll. Nanti saya share dengan semua orang okey?

Tengah belajar nak set up company ni. Doakan semuanya berjaya. Amin.

Eh panjang sangat dah ni membebel.
Sambung len kali. Muah2!!




Jun 20, 2013

Pengalaman D&C


Assalamualaikum..

Selamat pagi semua.

Alhamdulillah, hari ni genap 8 hari berpantang. Menahan diri daripada makan macam-macam benda, tak boleh buat macam-macam benda dan lain-lain.

Last week, Khamis 13 Jun, telah selamat ber'D&C' di Chang & Koh Maternity Clinic.

Apa itu D&C?
D&C adalah singkatan bagi Dilation & Curettage a.k.a proses cuci rahim.

Kalau ikutkan sepatutnya minggu ni baru cuci, tapi doktor kata tak elok simpan lama-lama dan mentua kata kalau hospital kerajaan takut lambat, dan lagi lama kandungan tu duduk dalam rahim akan jadi jangkitan.
Walaupun private clinic agak costly, tapi setakat ni memang puas hati dengan Chang & Koh ni. Mentua kata kalau kerajaan pun kos dia lebih kurang je.

Pengalaman ber'D&C'?
Neves sangat sebab baru pertama kali masuk wad dan masuk bilik bedah! Rabu lepas, buat appointment dengan doktor, dia suruh datang pagi Khamis 11 pagi untuk buat D&C.

Khamis tu pukul 10.45 dah terpacak kat klinik, Mentua hantarkan. Sampai je, register terus masuk wad, kena tunggu kat katil. Punya lama menunggu sampai entah berapa kali tertido da. Rupanya hari tu banyak emergency case, ramai sangat yang nak bersalin dan doktor busy.

Pukul 2.30pm baru nurse datang suruh tukar baju. Baju dia polka dot pink okey? Comel sangat!
Dah tukar baju, terus datang darah gemuruh. Kebetulan ada kakak yang ada case sama macam saya sampai dulu, jadi dia kena masuk operation room dulu. Lebih kurang setengah jam lepas tu, baru nurse datang. Dalam hati, sekejapnya kakak tu buat D&C! Dan comel nurse tu tolong pimpin kan tangan nak masuk operation room. hehe

Bila dah masuk tu, rasa kagum tengok lampu besar dalam bilik tu. Dalam hati sempat komplen 'Tak ada pun lampu macam ni dalam cerita bedah-bedah kat TV'haha. Tak lama tu, kena bius dan jadi pening-pening lalat da.

Masa doktor buat D&C tu, terasa jugaklah ada benda menyedut kat bawah, rasa sakit sikit and geli. hee. Sedar-sedar je dah siap, dan dah diangkat pergi kat katil. Sampai kat katil, terus lelap tak sedar apa. Lebih kurang sejam lepas tu, doktor datang, kejutkan dari tidur dan suruh makan. Sehari suntuk kena puasa, lapo. Melantaklah biskut 3 keping yang disediakan dan air milo panas.

Nurse bagitau, dah boleh balik lepas makan. Tapi kena jumpa doktor dulu. Dengan mamai tu, tukar baju, turun jumpa doktor. Dia scan nak cek kalau ada apa-apa yang tertinggal. Kalau tak bersih, kena buat D&C lagi sekali. Which is tak mampu daaaaaa.

Alhamdulillah. Semuanya dah selamat. Dan bermulalah episod berkain batik, berstokin, mandi air suam dan berpantang makan.

Janin pun dah selamat dikebumikan. Sayu. Tak sanggup nak tengok. Tapi berat jugak janin tu walaupun baru beberapa minggu.

Terima kasih Mak & Abah Mertua yang bersusah payah jaga saya. Dan yang paling rasa bersalahnya sebab saya, diorang tak dapat pergi bercuti ke Singapore. =(


Ni contoh video pasal D&C.

Nanti next entry, nak update pasal pengalaman berpantang pulak. hee.

p/s: sesekali rindu saat-saat suami usap perut cuba bercakap dengan baby. Sekarang ni, kalau usap ada lebihan lemak je. haha





Jun 12, 2013

ujian.


Hi everyone.

Its been a while.

Baby kami dah berusia 13minggu sepatutnya hari ni. Tapi sejak Ahad lepas, kami diduga dengan satu kenyataan yang sangat berat nak diterima.

Ahad lepas pergi check up secara normal, timbang berat, cek perut. Nurse kata baby kecik lagi kot, xdapat rasa apa2 lagi. Then bgtau nurse, Sabtu tu ada spotting kecik. Nurse terus refer pergi jumpa doktor.

Sampai klinik, terus doktor panggil, tak perlu tunggu lama. Sebab dah kira kes emergency. Doktor scan and tanya banyak kali betul ke tarikh period semua. Period punya cycle sama tak. Bukan sebelum ni dah selalu tanya ke? Then bila scan, doktor tunjuk, baby baru sebesar 8 minggu. Pelik. Sebab sebelum ni bila scan kat Chang & Koh, dah nampak heartbeat dan doktor sahkan dah 5 minggu.

Doktor suruh pergi jumpa pakar dekat hospital esoknya.

Tidurlah kami suami isteri dalam keadaan yang tak lena. Tak boleh nak lelap pun sebab terlampau risau.

Isnin tu, sampai kat hospital, buat scan, doktor tu kata memang tak dengar bunyi heartbeat. Dan dia scan baby baru 7 minggu. Dia pesan, seminggu lagi datang kalau tak ada heartbeat jugak, terus masuk wad & cuci.

First time dengar benda tu, muka pun blur je. Siap boleh tanya, cuci macam mana tu doktor?

Dah keluar bilik, baru tersedar dari dunia yang nyata. Diorang nak buang baby ni, sebab dia dah tak ada.

Maka menangislah sepuas-puasnya sambil drive balik ke rumah. Dah lama rasanya tak menangis macam tu.

Dan suami keep salahkan diri dia tak jaga kita baik-baik.

Tapi masing-masing masih ada harapan. Pergi jugak cek kat Chang & Koh semalam nak tengok doktor kata apa. Harap sangat dotor tu kata baby masih ada peluang.

Saat masuk bilik tu, berdebarnya semacam. Suami tak sanggup masuk sebab tak sanggup nak dengar.

Dan doktor pun kata benda yang sama. Bezanya Doktor Koh ni kalau bercakap lembut je, tak de lah hati rasa sedih sangat. Doktor Koh kata bukan salah makan, atau salah apa2. Memang janin tu tak elok. Kalau dia hidup pun belum tentu elok. Lega sedikit.

Dan dia nasihatkan untuk keep makan asid folik dan cepat-cepat pergi cuci. Takut jadi jangkitan dalam rahim. Tapi boleh lupa nak tanya doktor tu berapa kos nak cuci kat situ...adeh

Boleh ke redah pergi hospital kerajaan macam tu je kata nak cuci? atau patut tunggu sampai Selasa ni? Pening.


Dear baby, it was a great moment to have you in my tummy for 13 weeks. Susahnya Mama nak lepaskan kamu. Tapi Allah lagi tahu apa yang terbaik untuk kita kan sayang? Be safe. And tunggu Mama & Abah kat sana. We will always love you. Always.