Apr 20, 2013

Double lines that makes us happy ;)




Alhamdulillah..

actually last week lagi dah buat UPT Test. Ni result yang keluar. Pagi-pagi Jumaat lepas bangun tidur, terus buat test. Tak sabar punya pasal, 4 hari lambat period, terus buat test. Muahaha. Orang kata kena tunggu seminggu, tapi dah memang jenis tak sabar. ;)

Petang tu, pergi Klinik Iman dekat Kulim ni, cadangnya nak dapatkan nasihat doktor & confirmation.
Boleh pulak doktor tu suruh balik buat test lagi sekali kalau rasa tak confirm. Dari excited terus down rasanya.

Balik dengan rasa kecewa, dan kemudian gigih pergi Watson beli satu lagi upt test. Alhamdulillah. Keputusan yang sama.

Isnin malam baru pergi klinik lain. Kali ni pergi Chang & Koh Maternity Clinic dekat Kulim jugak. Baru puas hati! Ngadu kat doktor tu pasal Klinik Iman tanpa sebut nama klinik tu, dan doktor tu teka nama klinik tu. Jadinya, mungkin klinik ni ada rekod tak baik la kot. Sabo je la.

Pergi klinik, doktor cek tekanan darah, timbang berat dan yang paling excited, scan! Walaupun tak nampak apa sangat, tapi bila dapat tengok apa yang ada dalam rahim masa tu, buat hati rasa sayu & gembira sangat.
Ada insan yang sedang terbentuk dalam rahim saya. ;)

Doktor estimate sekarang adalah 4-5 weeks. Doktor mintak jumpa dia lagi next Tuesday, untuk confirmkan usia baby and EDD. Next week boleh tengok jantung baby doktor kata. ;)

Tak sabarnya nak Selasa!

Doakan yang baik-baik untuk kami berdua. Eh dan suami. hehe.

Ya Allah, peliharalah anakku ini selama ia berada di dalam perutku, dan sihatkanlah dia,
Engkau yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhanMu,
Penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. Ya Allah, rupakanlah atau bentukkanlah dia yang ada diperutku dengan rupa yang baik dan tetapkanlah di dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada RasulMu. Ya Allah, keluarkanlah dia dari perutku dengan mudah dan selamat. Ya Allah jadikanlah dia sihat yang sempurna berakal dan pandai, alim dan beramal. Ya Allah, panjangkanlah umurnya, sihatkanlah badannya, baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad S.A.W, dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam.






11 comments:

SOULMATE is said...

tahniah tqah....hehe
bdebar kan?hehe
alhamdulillah...
baby 2013 ;)

yistanaamy_artistiQ said...

tahniah fren.....semoga semuanya di permudahkan...... =)

Diyana said...

tahniah tqah (^_^)

IMaH said...

Tahniah Tqah. Alahmdulillah...take care ok!

BAIZURA NATASHA said...

Congrats!!! Boleh join the club pasne ;)

S.n.Fariza said...

Alhamdulillah. jaga diri baik2 ye.

♥ Chacha said...

Congratz tqahh! ALhamdulillah. Doakan untuk kita plak ea. Aminnnn.. :)

Super Ummi said...

Alhamdulillah...
Tahniah..
jaga diri baik2 ye..
Kalo, free, singgah blog kite ye..
http://ummidaddyloves.blogspot.com/

EIKA said...

tahniah dear :) & welcome to the club taw :) jada diri & bby lek lok k...masih awai lagi

cik mah said...

Tahniah2...

cheQmOomOo said...

takecare ok mommy..