Apr 26, 2013
inside me
Masih kecil.
Terharu + gembira + sayu + excited bila tengok jantung kecil dan comel itu berdegup.
Be safe in me sayang.
Cant wait to see you!
Ya Allah, peliharalah anakku ini selama ia berada di dalam perutku, dan sihatkanlah dia,
Engkau yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhanMu,Penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit.
Ya Allah, rupakanlah atau bentukkanlah dia yang ada diperutku dengan rupa yang baik dan tetapkanlah di dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada RasulMu.
Ya Allah, keluarkanlah dia dari perutku dengan mudah dan selamat.
Ya Allah jadikanlah dia sihat yang sempurna berakal dan pandai, alim dan beramal.
Ya Allah, panjangkanlah umurnya, sihatkanlah badannya, baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad S.A.W, dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam.
Labels:
maternity
Apr 20, 2013
Double lines that makes us happy ;)
Alhamdulillah..
actually last week lagi dah buat UPT Test. Ni result yang keluar. Pagi-pagi Jumaat lepas bangun tidur, terus buat test. Tak sabar punya pasal, 4 hari lambat period, terus buat test. Muahaha. Orang kata kena tunggu seminggu, tapi dah memang jenis tak sabar. ;)
Petang tu, pergi Klinik Iman dekat Kulim ni, cadangnya nak dapatkan nasihat doktor & confirmation.
Boleh pulak doktor tu suruh balik buat test lagi sekali kalau rasa tak confirm. Dari excited terus down rasanya.
Balik dengan rasa kecewa, dan kemudian gigih pergi Watson beli satu lagi upt test. Alhamdulillah. Keputusan yang sama.
Isnin malam baru pergi klinik lain. Kali ni pergi Chang & Koh Maternity Clinic dekat Kulim jugak. Baru puas hati! Ngadu kat doktor tu pasal Klinik Iman tanpa sebut nama klinik tu, dan doktor tu teka nama klinik tu. Jadinya, mungkin klinik ni ada rekod tak baik la kot. Sabo je la.
Pergi klinik, doktor cek tekanan darah, timbang berat dan yang paling excited, scan! Walaupun tak nampak apa sangat, tapi bila dapat tengok apa yang ada dalam rahim masa tu, buat hati rasa sayu & gembira sangat.
Ada insan yang sedang terbentuk dalam rahim saya. ;)
Doktor estimate sekarang adalah 4-5 weeks. Doktor mintak jumpa dia lagi next Tuesday, untuk confirmkan usia baby and EDD. Next week boleh tengok jantung baby doktor kata. ;)
Tak sabarnya nak Selasa!
Doakan yang baik-baik untuk kami berdua. Eh dan suami. hehe.
Ya Allah, peliharalah anakku ini selama ia berada di dalam perutku, dan sihatkanlah dia,
Engkau yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhanMu,Penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. Ya Allah, rupakanlah atau bentukkanlah dia yang ada diperutku dengan rupa yang baik dan tetapkanlah di dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada RasulMu. Ya Allah, keluarkanlah dia dari perutku dengan mudah dan selamat. Ya Allah jadikanlah dia sihat yang sempurna berakal dan pandai, alim dan beramal. Ya Allah, panjangkanlah umurnya, sihatkanlah badannya, baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad S.A.W, dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam.
Labels:
maternity
Apr 6, 2013
Wedding review: Groom Reception
Cerita dah basi. Mau tak nye, dah hampir 3 bulan majlis sambut menantu ni berlangsung.
Lamanya tak update blog! Busy memanjang...
Jadi mari nak share dengan anda semua gambar-gambar yang dipetik dengan kamera pada hari kejadian.
Tak ada OP, guna kamera sendiri & kamera kakak ipar je. Mostly gambar ni memang daripada dia, kalau raa pernah tengok dah, maknanya dah tengok dalam blog Liza Razak la tu..hehe
Tarikh Majlis: 13.1.13 (cantik tak?hihi..ok, saya giler tarikh)
Lokasi: Gelung Pepuyu, Bota
Tema : White + Purple
Labels:
the wedding
Apr 5, 2013
Tenggelam timbul
Kucing baru kami yang sangat amat nakal. |
Ada yang rindu saya? hehe.
Bagi mukaddimah 2 + 1 cinta hati saya dulu.. =p
Nanti sambung lagi..janji! >_<
Subscribe to:
Posts (Atom)