Jun 29, 2012
Poligami
Kebanyakan perempuan sangat takut dengan perkataan poligami, bermadu dan sebagainya...
Membaca berita dari Harian Metro hari ni membuatkan saya nak mengulas dan give my 2 cents regarding this matter. Senangnya nak berpoligami sekarang.
Siapa tak baca paper lagi hari ni boleh cek kat sini ya =)
http://www.hmetro.com.my/articles/Kurang15minit/Article
http://www.hmetro.com.my/articles/7hariseminggunikahpasangan/Article
Poligami...
rasanya tak ada lelaki dalam dunia ni yang jika diberi pilihan untuk berpoligami mereka akan menolak bulat-bulat. Mungkin sekarang mereka akan tolak, mungkin lagi 10, 20 tahun mereka sangat-sangat mahu untuk berpoligami.
Dan poligami adalah satu perkara yang sangat perempuan takut dan cuba jauhi...
Hati mana yang merelakan cinta diduakan, menerima hakikat kasih suami dah terbahagi dua, tiga, empat sedangkan sebelum ni kita adalah segalanya..his number ONE..THE ONE and ONLY...
tak ada perempuan yang sanggup..kalau sanggup, I think dia bukannya redha, tapi pasrah dengan ketentuan dia.. dan terpaksa merelakan...sedangkan dalam hati dia, merintih, menangis setiap hari..
Ayat poligami itu sunnah..selalu dijadikan alasan lelaki untuk beristeri lebih daripada 1..Katanya Rasulullah mengamalkan poligami..jadi kena ikut sunnah Nabi.. (Rasulullah selalu pergi masjid, dia taknak ikut pulak kan)..
I ada baca satu artikel dari iluvIslam..sangat menarik untuk dikongsi bersama lelaki-lelaki yang sangat besar keinginan nak beristeri dua, tiga dan empat ni...
KEKELIRUAN FAHAM DISEBALIK AYAT POLIGAMI ITU SUNNAH
Perenggan yang menarik perhatian saya:
Kekeliruan 'sudut pandang' menyebabkan pencinta-pencinta sunnah yang baik dan beriman berasakan perlunya mereka melaksanakan poligami walhal jumhur ulama berpandangan Islam tidak menggalakkannya malah mengawalnya dengan ketat dan payah apabila mensyaratkan 'adil'.
Ada sesetengah golongan yang berhujah mahu menyebut begini, "Poligami itu sunnah tetapi hukumnya bukan sunat dan bukan digalakkan." Faktanya, Rasulullah bermonogami selama 25 tahun dan berpoligami selama 10 tahun sahaja pada akhir usia baginda, maka sunnah bermonogami lebih mendominasi daripada berpoligami. Sudut pandang ini perlu dijelaskan kepada masyarakat bersama kejelasan hukum asal poligami bukannya sunnah.
Sudut pandang sebenar yang perlu difahami ialah poligami cumalah sebagai 'rukhsah' dalam masalah-masalah tertentu, bukannya digalakkan. Inilah pendapat jumhur ulama'. Asal perkahwinan Muslim ialah berkahwin satu seperti kata Syeikh Dr. Yusuf al-Qaradhawi. Dikuatkan lagi dengan hujah-hujah ulama' di dalam buku yang terkenal seluruh dunia, Al-Fiqh waadillatuhu bahawa sesungguhnya peraturan berkahwin satu adalah lebih baik dan ia mendominasi dan ia adalah asal di sisi syarak. Manakala poligami adalah perkara yang jarang, pengecualian (dalam masalah-masalah tertentu) dan bercanggah dengan asal syarak.
Islam membenarkan poligami sekiranya
1. Isteri mandul/sakit/lemah syahwat
2. Membela janda atau ibu tunggal atas dasar Islam dan untuk mengelak fitnah
3. Untuk mengelakkan suami melakukan maksiat.
Tapi apa yang menjadi ketakutan bagi kaum perempuan ialah bila lelaki tak boleh berlaku adil dan kita tak boleh kawal perasaan cemburu dan dikhuatiri boleh merosakkan hati kita.
Perempuan bila dah cemburu, macam-macam dia sanggup buat.
Tak perlu pergi jauh, saya pun pernah buat macam-macam untuk pertahankan hak saya, dan kadang-kadang buat saya leka dan lupa Allah itu ada.
Seperti dalam salah satu komen untuk artikel ni.
Pernah sekali Saidina Ali ingin memperisterikan anak Abu Jahal tetapi Fatimah x meredhainya.... kesedihan Fatimah juga adalah kesedihan baginda..bayangkan baginda yg berpoligami sendiri melarang putrinya dimadukan .. logiknya jika sesuatu perkara menjadi sunnah(digalakkan) .. mengapa baginda hendak melarang pula?pastinya larangan terhadap sesuatu yg harus mmpunyai sebab-sebab tertentu (mengikut situasi).. sbb itulah poligami itu harus
Mampukah kita mengawal rasa cemburu kita?
Kuatkah kita?
Tertahankah kudrat dan jiwa kita menerima adanya seorang lagi di hati dia.
Lelaki selalu membidas mengatakan kita zalim sebab menyekat keinginan mereka, dan cuba menolak sunnah.
Tapi realitinya, fahamkah mereka dengan rasa berkongsi?
Dapat ke mereka bayangkan bagaimana bila kita yang menduakan mereka?
Bermanja-manja dengan lelaki lain. Tidur malam ditemani lelaki lain.
Siapa sebenarnya yang zalim?
Mulianya Islam sebab menjaga dan mengutamakan fitrah perempuan yang semula jadi lembut hatinya, penuh kasih sayang dan tidak kuat.
Wahai lelaki, bukan kami nak menolak hukum Allah..
Tetapi kami bukanlah golongan yang boleh memberi jaminan tidak akan cemburu dan boleh redha dengan segala perlakuan kamu bersama isteri baru.
Bayangkanlah hancur dan luluhnya perasaan bila diduakan.
Letakkanlah diri kamu di tempat kami.
Sedangkan ketika bercinta, bercouple, bertunang, kita tak sanggup diduakan, apatah lagi setelah berkahwin, setelah sama-sama berkongsi rumah, tempat makan, tempat tidur dan segalanya.
Andai satu hari nanti ditakdirkan saya terpaksa menerima kehadiran seorang lagi di hati dia, saya bukanlah insan yang sangat kuat menerima segalanya dengan tabah.
Pengalaman banyak mengajar.
Dimadukan? Bukan satu pilihan saya untuk hidup.
Ramai kawan-kawan yang kata, kita tak tahu masa depan.
Anak-anak boleh buat kita memilih untuk teruskan perkahwinan, dan cuba menerima segalanya dengan tabah.
Ya. Kita tak tahu masa depan.
Tapi banyak iktibar kita boleh baca dari surat khabar, majalah, dan artikel kisah bermadu ni.
Pengajaran daripada kisah-kisah sekeliling kita banyak menyedarkan saya hakikat kehidupan ini.
Semoga satu hari nanti, jika si dia meminta untuk berpoligami bukan kerana benar-benar mahu mengikut sunnah membantu perempuan teraniaya, saya sudah cukup kukuh untuk berdiri di atas kaki sendiri pada waktu itu, dan dapat membesarkan sendiri bakal anak-anak dengan kewangan yang cukup dan kasih sayang yang sempurna. InsyaAllah.
Ini pendirian saya, dari dulu sampai bila-bila. InsyaAllah.
Saya dah pernah melalui perasaan ni. Cukup perit, cukup sakit.
Dan saya bukanlah seorang yang kuat dan mampu mengawal rasa cemburu dan gelisah sepanjang masa.
Kepada mereka yang sanggup, saya sangat kagum dengan kekuatan anda.
Tabahlah.
Syurga menunggu anda dan anda sememangnya wanita yang sangat kuat.
Hanya Allah yang mampu membalas kebahagiaan yang lebih besar di Syurga. InsyaAllah.
=)
Jun 27, 2012
Wedding idea: wedding shoes
My dream wedding shoes.
Lebih kepada nak DIY sendiri je kalau rajin..hehe
Inspired by this shoes from bellarina by Rins Suzana..kali pertama tengok dah jatuh hati.
Next mission, nak cari kasut-kasut seperti dibawah untuk menjalankan misi DIY.. chaiyok!!
harap-harap dapat jumpa kaler krim yang menawan hati...
source: here |
source: here |
source: here |
Mana ye nak cari kasut kosong yang selesa dan murah? Yang penting harganya tak sampai 50 ringgit..
Any idea? Mari share dengan I..
>_<
Labels:
wedding idea
Oyen
Dialah penawar duka..
Dia pembawa ceria sekarang...
Siapa je yang tak jatuh hati dengan dia..
Dialah anak dara kesayangan, Oyen..
Manja sangat..
Setiap kali tdo pun nak peluk tangan mama dia...
Meow meow..
Hi!! ayu tak saya? hehe |
Jun 22, 2012
I'm back!
Bismillahhirrahmanirrahim..
Saya kembali membuka semula blog ini setelah 2 bulan kisah hitam dan duka berlalu..
Kita letak ketepi dulu kisah disebalik tu..semoga satu hari nanti Allah akan membalasnya..
Saya tahu ramai yang tertanya-tanya kenapa..
InsyaAllah satu hari nanti bila saya dah cukup kuat untuk bergurau senda tentang kisah tu, saya akan ceritakan sebagai pengajaran untuk semua.. =)
Jadi sekarang, nak sambung semula progress kahwin-kahwin yang tergendala selama 2 bulan ni..
Alhamdulillah..masih diteruskan..
Masih ada jodoh diantara kami..dan semoga ia terus dipanjangkan sehingga ke syurga..insyaAllah..
Doakan yang terbaik buat kami ye..
Mari kumpul mood nak kahwin semula!
141 days to go!!
>_<
Subscribe to:
Posts (Atom)