Feb 28, 2011

~beg doorgift~

Hype!
kali ni nak share beg doorgift yang tqa da beli & siap packing..

1. warna putih :
tqa suka sangat reben dia.. sebab polka dot!
dah suka, tak pikir nak survey da.. belasah je.. kui2..
ni harga dia RM 1 sekeping
material dia bukan kertas, bukan kain.. tapi tak menyerap air..
(sebenarnya memang xtaw nama material dia).. hehe


* ni untuk guest*

2. bunga-bunga:
murah je.. ari tu survey kat Semua House, mahal kot.. dekat 1.50 satu..
tapi yang ni mak beli kat Cowboy, 70 sen je satu!
material :kertas


* ni untuk pihak lelaki & saudara mara*

3. beg kanak-kanak:
erm yang ni kalau tak silap, dalam 30 sen rasanya sekeping..
budak2 tak boleh dapat beg mahal2, nanti rosak..kui2


* untuk anak-anak kecil*

kenapa banyak sangat beg nya kan? haha..
ari tu tqa beli yang warna putih tu 100 je..
then mak kata tak cukup, sedara mara je dah lebih 50 orangkan.. (btoi jugak)

so, dia decide nak beli design lain untuk bagi kat pihak lelaki..
hasilnya dapatlah yang bunga2 tu..
cute tak? =)

sesiapa nak beg2 comel ni, moh datang ke Majlis tqa..
(macam promotion plak kan)


p/s: 2 minggu lagi =)





~malam anugerah festik~

good morning semua!

amacam? best tak Isnin?
sejujurnya, tak ada mood nak kerja hari ni.. Monday Blues la konon.. hehe

ok. last nite tqa attend 1 majlis kat UPM, Malam Anugerah Festik 2011..
Festik ni acara tahunan kat UPM.. pada malam ni, semua orang datang pakai cantik2 mengikut tema.. tiap2 tahun tema die meletup2..
as for this year temanya adalah 'Magika'..

tqa dijemput jadi penyampai anugerah, tapi tak dapat sebab batuk tqa x elok2 lagi.. nanti batuk2 atas pentas, tak ke merosakkan majlis kan.. =(

so, just attend utk bg sokongan kat ahli2 PENTAS tersayang..

layan ~

*thanks to Kavitha sebab bagi tqa pinjam dress yang cantik ni*


* me with 'pari2' *


* jejaka kacak & penari2 yang seksi*


* me with Reza, mantan presiden PENTAS*


* cantik tak costume orang sebelah tu? *


p/s: en Akmal, jangan marah ye saya bergambar dengan 2 jejaka tu.. suka tengok costume mereka =)



Feb 26, 2011

~my hand bouquet~

excited sangat today sebab... sebab...
........
........
........
........

dah berjaya dapat hand bouquet idaman hati!

*suka*

sila tengok.. seperti biasa, hasil kerja tangan wedding planner terbaik di abad ini.. my MOM *bangga*


tak jumpa calla lily macam kat sini..
susah sangat2 nak cari yang artificial..

tapi dapat yang ni pun dah suka sangat2!

*excited*


Feb 25, 2011

~when to drink water?~

sedikit tips untuk hari ni..
waktu yang terbaik untuk minum air..



Drinking water at the correct time maximizes its effectiveness on the Human body:

2 glasses of water after waking up helps activate internal organs


1 glass of water 30 minutes before a meal - helps digestion

1 glass of water before taking a bath - helps lower blood pressure

1 glass of water before going to bed - avoids stroke or heart attack



*sumber*

jadi, mari kita minum air!

Feb 24, 2011

~jeng jeng jeng~

hoye! hehe.. excited sket hari ni..

layan~~

* almond rose utk isi dalam beg doorgift*

biskut almond ni Mak Ndak yang tolong buatkan. sedap taw.
siapa nak tempah boleh email tqa, untuk raya ke kawin ke. =)
p/s: tapi ni mak yang sponsor. hehe


* my dress *

oh baju ku! thanks auntie Lip Hua. heart sangat dress ni walaupun sekadar baju kurung. *suka*
nanti nak raya boleh tempah kat Auntie lagi.
p/s: tak mampu lagi nak tempah kat designer *sigh*


* tudung *
(terpikir nak tambah batu2 kat tepi2 tudung ni)


tudung layer ni beli kat Aalia je.
ari tu tengok dalam butik pengantin, ada model pakai tudung layer + letak aksesori je kat kepala untuk majlis tunang.
simple & sweet.


*aksesori kepala*

aksesori ni murah je, beli kat SEMUA HOUSE.
tak sampai 50 pun.

weekend ni nak balik Kuantan and setelkan yang lain-lain.
nanti tqa update lagi.

*suka*

Feb 23, 2011

~mendaki lebih tinggi~

Bibi & Didi yang sangat2 nakal~





~18 hari lagi? ~

erk?? lagi 18 hari ke?

jom buat senarai semak. apa yang blom settle lagi ek?..urm..

Outfit
1) Baju - done
2) Tudung - done ( tinggal nak tambah diamond2 je)
3) Aksesori - done
4) MUA - done
5) Hand bouquet - pending

Hantaran
1) Bekas cincin - pending
2) Bunga rampai - done
3) Kain pasang- done
4) Sampin - done
5) Perfume - done
6) Cupcake - pending
7) Buah - pending
8) Chocolate - done
9) Sirih junjung - pending
10) Kuih Bekang - pending
11) Nasi Manis - pending

Lain-lain
1) Canopy - done
2) Kemeja en Akmal - done
3) Beg doorgift - done
4) Almond rose - done
5) Jelly - pending
6) Gula-gula - pending
7) Photographer - done
8) Mini pelamin - pending

okay. banyak jugak yang done. yang pending kebanyakannya related dengan makanan.
and yang sedihnya still belum jumpa orang yang boleh buatkan Calla Lily bouquet.
Kena mintak tolong kat mak la gayanya ni.

oh ya. nak story sket decoration hantaran semuanya DIY. tapi bukan tqa yang DIY. Mak yang tolong. hehe. Untung dapat mak pandai gubah segala bagai ni. Mekaseh Mak! =D


* ni hasil tangan mak, cantik x? hee *

Feb 21, 2011

~the faceblog~

SELAMAT DATANG DIUCAPKAN KEPADA SEMUA YANG SUDI HADIR KE THE FACEBLOG. TUJUAN FACEBLOG DIWUJUD IALAH ATAS DASAR UNTUK MENGUMPUL DAN MEMBINA SATU KOMUNITI BLOGGER KHUSUSNYA DI SELURUH MALAYSIA DAN DUNIA AMNYA. MARILAH KITA BERSATU DAN BERKERJASAMA DALAM MEMBANTU RAKAN-RAKAN BLOGGER KITA DI SELURUH MALAYSIA. SEPERTIFACEBOOK, KAMI JUGA MEMPUNYAI TUJUAN YANG SAMA IAITU MENJALINKAN HUBUNGAN YANG LEBIH ERAT ANTARA PARA BLOGGER DI SELURUH MALAYSIA SELARAS DENGAN TEMA YANG KAMI GUNAKAN IAITU SEAKAN-AKAN TEMAFACEBOOK. SERTAILAH KAMI DAN BERSAMA KITA MEMERIAHKAN DUNIA BLOG MALAYSIA.
TERIMA KASIH


Edit

~kecewa~

bukan senang nak puaskan hati semua orang kan?
bila kita nak buat event, semua pihak kena ambil kira..
parents, family sebelah sana, family sendiri , kawan-kawan, jiran..

hurm.. bukan niat nak susahkan orang dengan buat majlis pada hari Ahad..
kalau family sebelah sana dah kata nak datang Ahad, tak kan kita nak buat Sabtu jugak kan?
bukan sebelah kita yang buat rombongan.. hurm..
even Abah pun kena ambil cuti Ahad tu sebab dia kerja kat Terengganu..
sana kan kerja hari Ahad..

mungkin diorang belum lagi rasa situasi yang diri sendiri alami sekarang..
tersepit..

takpelah.. date pun dah ada..
majlis tetap akan diteruskan..
tqa dah tunaikan tanggungjawab dengan menjemput sesiapa yang patut..
terpulanglah nak datang ke tak..

kehadiran semua orang sangat2 lah dihargai.. =)

~kisah 20.2.2011~

semalam tqa attend 2 majlis yang sangat3 cute & adorable..
1. majlis reception Pn Danyta (puan dah dia ye)
2. majlis bertunang cik Siti Khamsiatun

tak dapat digambarkan dengan kata-kata kecomelan pelamin & majlis diorang..

layan pictures yang sempat di'snap' semalam..~~

*pelamin Pn Danyta**Pn Danyta & En. Fairuz*

* cik siti khamsiatun*


* sweet kan Mini Pelamin dia? *


p/s: lepas ni turn sendiri pulak.. =))

Feb 18, 2011

~baju dah siap~

alhamdulillah..
tadi call tailor, tanya perkembangan baju untuk E-day nanti..
dia kata dah siap!
thanks auntie Lip Hua
and thanks to kak Ayin sebab rekemenkan auntie ni..
bagus dia.. on time.

oyeah!
sangat3 gumbire!

hope baju tu PERFECT & tak ada apa2 masalah..

esok dah boleh ambil kat kedai dia..
tak sabarnya saya!

mood: suke

Feb 17, 2011

~calla lily bouquet~

teringin nak jadikan calla lily as hand bouquet on E-day nanti..

cantik kan?..


*sumber


*sumber


*sumber

2 warna ni je tqa nampak cantik..
probably nak order warna putih kot..

mood: suke
=)

~counting days~

today, 17th Feb
maknanya ada lagi 24 days sblom E-day..

tengok bilangan hari macam lama je lagi..
tapi kalau kira minggu.. ada lebih kurang 3 je..
adeyh..

semalam cakap telefon dengan mak..
buat checklist..

alhamdulillah..
banyak perkara dah settle..
canopy dah book..
bilik dah kemas..
hantaran pun dah 60% siap..

wah! suke2!
hehe

this weekend nak gi ambil baju kat tailor..
harap2 PERFECT la..
kalau x, menangisla.. isk2

weekend ni jugak nak cari kemeja untuk en Akmal..
nak menjelajah semua G2000 kat KL ni..
*cerewet sangat dia ni nak cari kemeja..haih*

tinggal nak setelkan doorgift je lagi..
maybe next week dah boleh setel kot..

wish me luck ye
dah mula risau ni..
=)

Feb 14, 2011

my 1st chanel..

oho.. Chanel..
dulu2 dengar nama Chanel, takut je..
mau x takut kan.. MAHAL..

tapi..
akhirnya tqa dah berjaya beli my 1st Chanel item..(kesiankan? orang lain dah berlambak2 kot Chanel..hee)
Waterproof Eyeliner!
hehe..

walaupun sekadar eyeliner.. tapi berharga ok? =D
ni beli kat Metrojaya untuk harga RM 78..
kalau kat Sogo, baru RM 70..
tapi x ada stok warna hitam plak kan...
kena korban lebih sket..

xpe.. berbaloi..hehe

so far, dah guna for 2 days, suka sangat!
x mudah comot & senang..

thanks to kak Liza Razak sebab rekomen eyeliner ni ye!


Feb 12, 2011

~save the date~

Akmal & Atiqah E-day

13.3.11
Kuantan

all closest friends & families are invited.

*smile*

Feb 10, 2011

introducing..

anak-anak saya.!! nama asal diorang adalah Picaso & Mozart..
disebabkan susah sangat nak panggil mereka dengan nama tu..
Tqa tukar nama diorang jadi..
Bibi & Didi.. hehe
(sorry ye Feroney =D )

Kucing-kucing ni tqa adopt melalui pet finder.. diorang sangat2 la adorable.. comel.. lincah.. & sangat kuat main.. waaa! geram rasa nak picit2 je diorang.. hehe


Ni Bibi..


Ni Didi..
dia ni sangat2 nakal & suka tidur dengan macam2 gaya..

buktinya:

hahaha..

Mama sayang korang sangat3!!~
xoxo!

Feb 2, 2011

Happy Chinese New Year!

as the year of Rabbit begins..
hope it brings the greatest share of happiness, good fortune and prosperity..
to you and your dear one...

Happy Chinese New Year


colours..





Dah dapat idea untuk warna tema..
cantik tak?

tak pernah terfikir pun nak gabungkan warna hijau & peach..
tapi bila beli kain hari tu.. & try gabungkan.. nampak cantik sangat!!

so, stick pada warna2 diatas untuk perkara yang lain2...

mood: excited!