Feb 6, 2014

Kegembiraan untuk Dikongsi


Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum..

Its been a long time since my last post. 3 months! Fuhhh.
Rindu nak menaip tapi tak ada modal nak cerita apa.

Sekarang baru ada modal. Nak share something nih.

Taraaa.



Alhamdulillah.
Masa test ni baru sehari lambat period dan jauh dari hubby. Balik Kuantan sorang2 sebab adik bertunang. Tak sabar punya pasal, beli UPT test yang murah dulu. Lama nak nampak 2 line. Line kedua tu samar2 je.
Macam tak percaya, beli 1 lagi yang biasa jugak. Line kedua pun samar2 jek.

Tunjuk kat Mak, mak kata, positif la tu. Alhamdulillah.
Bila dah balik Kulim, baru test guna Clear Blue, Yea! 4-5 weeks pregnant. Syukur. Happy tak terkata.

Kali ni bila dapat tahu pregnant, hubby terus hantar saya duduk dengan Mak Abah dia. Dekat 2 bulan jugaklah duduk sana.
One of the reason, rumah kitorang macam tertutup sikit, takut saya terdedah pada habuk2 yang tak sihat dan bulu-bulu kucing. Dan takut peristiwa lama berulang kembali.

Bila dah kukuh betul2, baru boleh balik Kulim.

Sepanjang dibawah jagaan Mertua, banyak kali jugak pergi klinik. Mula2, masa 6 minggu pergi Klinik Yasmin untuk dapatkan ubat kuat rahim since ramai yang kata kalau pergi KK, takkan dapat ubat ni.
Makan ubat untuk 2 minggu dan datang lagi pada minggu ke8.


Alhamdulillah. ini hasil scan minggu ke8. Kecik je. Oh ye kali ni punya morning sickness agak teruk berbanding masa mengandung kali pertama. Tak mengeluh, malah suka lagi ada. Sebab tau bila banyak muntah2 baby sihat dalam kandungan. hehe. Sambung makan ubat untuk 2minggu lagi dan dah boleh stop. :)

Minggu ke7 dah pergi buat buku merah. Kali ni buat kat KK Bota Kiri Perak. Sangat suka nurse dekat sini. Tak macam nurse dekat Klinik Desa Sg Kob & KK Karangan, mostly perengus and kuat merungut. huhu
Disebabkan sejarah pernah gugur, jadi bermacam2 nasihat free dapat drpd nurse. hehe.



Ini scan masa check up minggu ke 11. comel je kan. Subhanallah. Nervousnya tak terkata masa scan. hehe


Dan ini scan Selasa lepas, sakit pinggang menyucuk kuat sangat sebab travel 2 hari non stop Kulim-Kuantan-Kulim. Arwah Mak Long meninggal. AlFatihah. 
Badan penat, sedih lagi, takut bagi kesan kat baby. Jadi pergi check keadaan baby macam mana. Alhamdulillah. Heartbeat semua okey. Rupanya kepala dia syok tekan belah kanan pinggang Mama. Mungkin sebab tu sakit. 

Subhanallah. Kagum sangat tengok si kecil dalam perut ni syok meregangkan tangan & badan dia. Speechless. Besarnya kuasa Allah. Nampak muka dia, seronok senyum sampai ke telinga. hehe. 
Tunjuk hubby gambar, dia pun senyum je. Tak sabarnya nak tunggu awak keluar sayang! hehe

Sekarang dah masuk minggu ke14. Hello second trimester! 

Alhamdulillah. :)

Doakan yang baik-baik untuk kami ye. 

;)